Broken Strings

Oh, tidak. Tidaklah terasa broken strings seperti lagu James Morrison dan Nelly Furtado ini. Eh, mungkin juga sedikit broken. Anyway, Zeah, sila dengar lagu di bawah. Conform kau suka. Tapi jangan include jadi soundtrack of your life plak.

Hari ini adalah hari yang malas.

Semalam aku hendak rebus telur. First time nak guna cooker kat dapur. Electric cooker. So, aku pun boh la periuk atas tu tapi sampai tak kesudahan, tidak panas. Rosak ke apa kah. Aku sudah mahu menyebai.

Last-last aku simpan balik periuk dan makan megi tanpa telur.

Hari ni baru aku tanya Sam. Rupanya electric cooker itu guna insulation punya sistem. Maka, hanya periuk yang steel sahaja yang boleh digunakan. Sentap. Apakah. Aku check-check periuk aku, nasib baik ada periuk yang Rosmin tinggalkan. Periuk tu steel, so boleh la guna yang tu. Masih sentap. Nih nak memudahkan kehidupan ke nak menyusahkan kehidupan.

Tapi rumah ni memang banyak peralatan yang advanced sikit. Aku punya shower, takyah pulas-pulas. Tekan jer butang, dan pastu air keluar sambil ada lambu berkedip-kedip (kedip-kedip=kelip-kelip). Bila lampu berhenti berkedip, menandakan air sudah panas (atau suam sebenarnya).

Aku dah beli basikal second hand. Tak nampak smart, tapi berfungsi seperti yang dikehendaki. GBP27.50. Aku bid kat ebay. Nasib baik tak ikut hati dan perasaan dan beli basikal baru itu hari di MetroCentre waktu keluar dengan Hafidz. Basikal baru paling murah pun dah lebih kurang GBP70. Hehe, tak ikut hati dan perasaan beli basikal, tapi ikut hati dan perasaan beli baju. Takpe, kita pakai ni sekadar kepuasan, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Cis. Mana ada. Jangan riak sudah. Amin.

Oh, sebenarnya zaman dulu-dulu ada iklan Habib Jewels. Dia punya ayat macam itulah. ‘Kita ni pakai, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi sekadar kepuasan..’ something like that. Aku dan kengkawan selalu poke-fun on the adverts.

Ok, esok nak kena pergi cari padlock untuk basikal dan maybe pump basikal jugak. Helmet? Ah, nanti kang barang-barang nih jer dah nak sama dengan rega basikal.


3 Responses to “Broken Strings”

  1. WaReMoN says:

    Wow, advance gile..ni mesti cooker yg permukaan dia x panas tp boleh memanaskan makanan dalam periuk..best la ang :D

  2. Lutfi Amri says:

    Tak tak, permukaan dia memang panas. Tapi dia detect steel, baru dia on. Kalau tak, dia tak on. Or maybe kepanasan tu sebenarnya dari steel tu kot. Jadinya kalau lepas masak, disebabkan bersentuhan dengan permukaan bawah, panas la kan.

  3. zeah says:

    You know me too well…. i really like the song…. damn…..

Leave a Reply

See also: