define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Waiting for Glee - Pagi Hari di Durham

Waiting for Glee

Glee hari ni. Semalam Hafidz dah tanya, ‘mana episod baru Glee’. Nope, he didn’t say it like that. He’s gonna speak Brunei. Inda ku faham semua. Dulu waktu aku baru kenal Hafidz, aku sampai cakap, ‘cakap dalam English!’. Hehe.

Glee lagi 1 jam 45 minit. Lagi 45 minit (or perhaps now?) dah siar kat US. Pastu, terus available untuk download. Hehe.

Tadi aku pergi tengok Clash of The Titans.

Not bad. Not good. Skala okay. Macam cerita Bounty Hunter, pun aku rasa okay jer.

Antara cerita romantik – Just Like Heaven – aku rasa best. Bounty Hunter – sekadar okay.

Antara cerita thriller/action – Resident Evil 2 -aku rasa best. Cerita apatuh, yang vampire tuh, yang bukan Twilight, sebab aku tak tengok Twilight. Cerita yang vampire penuh kat bumi, dan manusia yang diburu tuh, yang tu aku rasa best, walaupun ending dia sedikit tak best. Clash of the titans – sekadar okay.

***

Tak sabar nak pindah rumah. Kegembiraan memancar sehingga ke dalam blog sampaikan kengkawan Durham sudah tidak larat mendengar. Hehe. Oh, itu akan berlaku, InsyaAllah akhir bulan ni. Sementara tuh, kena la bertahan dalam bilik ni. Bila melepasi pukul 11, aku dah mula malas nak call. Baik family mahupun rakan-rakan sepenggosipan. Semalam call mak aku, aku turun kat dapur sebab senang nak menjerit. Kalau tak macam bercakap dalam kelambu.

***

Aku baca tadi, yang orang-orang kurus macam aku nak kena amik 4000-5000 kalori sehari, untuk tambahkan berat badan. Aiyo, banyak tuh. Kononnya nak makan 1/2 pounder burger setiap hari minggu ini. Tapi siksanya nak habiskan. Well, sebab tak kena dengan selera sebenarnya. Itu hari waktu balik drive dari London, aku habiskan nasi beriyani 1 container. Elly (isteri Mahadi) tak habis, dan keesokkan harinya dia boh dalam pinggan separuh container yang dia tak habis tu. Aku tengok, wah banyak jugak 1/2 container pun. Tapi aku habiskan sebab – sedap :D

***

Bara 2 kali dalam minggu ini perihal makanan. Satu, hari ini punya kes. Aku beli ayam dari Dixy Chicken. Dia boh semua part-part isi. Mana best. Aku suka part-part tulang (hence orang cakap, tu sebab badan macam tulang, but hey, part-part tulang la yang manis. Part isi – dry!). Terpaksa esok aku potong isi tu dan buat jadi sandwich. Baru aku lalu makan.

Hari tu, beli ayam goreng kat Falafel (which is a short of Falafel al Hana, kedai Falafel kat Durham). Aku call, dan cakap, ‘don’t put purple salad’, yang mana sepatutnya aku sebut ‘red cabbage’. Aku baru tahu semalam. Sekali dia boh semua red cabbage. Terus mahu menyebai.

***

Aku suka Haven’t Met You Yet, lagu Michael Buble. Sekarang dalam proses terjemah. Tu la. Sini restrictive sebab aku bersemangat selalunya time-time malam macam ni. Tapi takleh jerit-jerit pulak. Anyway..

Mari study sementara tunggu Glee.

And I should be calculating my calorie intakes:) Baru bleh tambah berat.


7 Responses to “Waiting for Glee”

  1. zeah says:

    glee… Aku pun tengah tunggu. Hehehe.

  2. WaReMoN says:

    Clash of the Titans biasa ja..tp Resident Evil 2 best? Aku amat kecewa dgn RE2 tu, RE3 lagi sedih teramat..

  3. Lutfi Amri says:

    Fariz, aku suka ja Resident Evil 2.

  4. WaReMoN says:

    mungkin sbb ang x main game Resident Evil kot..hehe..org yg dah main game mmg expectation lain terus :D

  5. Lutfi Amri says:

    Ha ah, aku tak main. Lupa lak nak bgtau that fact

  6. zeah says:

    game resident evil memang best,,,, tapi movie dia… entah lah…. ok je kot… hahahaha

  7. WaReMoN says:

    Zeah pun setuju dgn aku! yiehaa~ XD

Leave a Reply

See also: