Round 2

Yesterday was a looong day.

Berjaga sepanjang malam, pastu dengan semangatnya pergi melihat basikal di Howlands Farm. Diorang ada buat jualan basikal. Tapi yang diorang jual suma yang basikal yang agak bagus, so harga dia tak seperti yang diharapkan. Terus pergi bilik Hafidz dan sempat tido 2 jam kat bilik dia sebelum jumpa supervisor.

Sebenarnya kalau kerja tu dibuat bersungguh-sungguh sepanjang malam, dengan tangan tidak gatal menekan Facebook dan Youtube di sementelahan, maybe boleh tido lebih awal dan tidak perlu cranky sepanjang hari. Ni… terus berjaga sebab dok pulun nak perbetul programming.

Abis jumpa supervisor, makan kat kolej Hafidz dan kemudian pinjam kereta Shabana untuk proses mengangkut barang pusingan akhir. Waktu nak call, tetiba handphone aku separa buat hal. Bila taip, dia keluar huruf lambat. So, aku dah taip ‘shabana’, tapi huruf ‘sh’ baru keluar.

Aku cakap kat Hafidz, ‘so, this is how Superman feels like’. I meant, bila otak dan reaksi kita bergerak lebih laju daripada alatan mekanikal, maka kita akan rasa benda-benda lain bergerak lambat, ye tak?

Anyway..

Now I’m in my new place. Sedapnya tido katil double bed. Dapat berguling ke sana ke mari dan bantal boleh ada di kedua-dua belah. Keke.

Rumah ni pulak banyak kabinet dan laci. So, aku boleh dedikasikan satu laci ni untuk plug – Plug handphone Sony Erricson, plug DS, plug laptop untuk Europe region, plug laptop untuk region apa ntah dia kasi sekali, bateri, etc.

Uh, still rasa ngantuk. Ni, kalau nak nap sempat lagi nih sebelum Jumaat.


One Response to “Round 2”

  1. zeah says:

    wah memang seronok tidur kat double bed…. boleh guling2… boleh simpan baju yg tak pakai sebelah…. boleh santai sambil guna laptop… hehehe….. :D

    Wah banyak laci… best nya…. i kinda miss my room in bowburn… hehehe…

Leave a Reply

See also: