Round 1

Letih badan semalam sebab pindah barang. Ditambah makan nasik beriyani – sebab kononnya reward diri sendiri kerana sudah buat kerja yang memenatkan. Konsep reward diri sendiri ini tidak boleh dipakai. Sebabnya, akhirnya akan digunakan sebagai alasan. Misalannya, ke Falafel sebab tak mahu buang masa untuk memasak. Kononnya boleh digunakan untuk study. Tapi akhirnya masa yang ada dibuat benda lain.

Tapi bangun, dan timbang berat badan, sudah 57.7kg. Apakah? Sudah kurang.

Perlu turun dan panaskan makanan. Makanan yang dipanaskan ni sebenarnya tinggi dengan ~ apa istilahnya, ala buku tu dan dipindah ke rumah baru la pulak. Tinggi dengan kadar penghasilan gula ~ something like that. Katanya, kalau selalu sangat makan bebenda perangat ni, senang naik berat badan.

Tapi kat dapur sekarang ni ada bebudak Jerman, kawan housemate aku tengah tido. Oh, dapur tu bersambung dengan ruang tamu. Semalam waktu tengah memindah barang, budak-budak Jerman ni dah ada dah dalam rumah. Tapi, aku ingatkan orang British jugak. Kawan kepada housemate aku lagi sorang pon aku ingatkan orang UK, tapi rupa-rupanya dari Norway. See. Aku lemah sikit detect detect orang nih walaupun dah dengar diorang punya slanga. Lepas bebudak yang tengah tido kat bawah tuh bagitau yang dia dari Jerman, baru aku cam yang dia punya accent ada Jerman sikit.

Call me biased, tapi aku memang feel fond upon orang-orang Jerman dan Jepun. Simply because I made some good friends from that country, to be named – Chris, kawan Brunel dulu dan host bro and family Jepun serta kengkawan dari Nihon Fukushi Uni sebab join program International Office waktu kat USM dulu.

Oh, bercakap fasal orang Jepun, semalam aku kasi tau kat Ryugo, housemate Jepun aku yang aku nak pindah. So, tetiba dia buat reaksi kesedihan. Sudah add dia di Facebook. Nota kepada ‘secret admirers’nya, boleh la add dia nanti bila dia dah approve. Keke.

Sekarang 5.40 pagi. Tido pukul 12, dan pukul 5 pagi dah terjaga yang takleh tido balik. Nak turun bawah dan makan nasik yang Mahadi dan Elly bagi melalui Amalina. Oh, nasib baik aku tido semalam. Kalau tak, conform bebudak Jerman tuh takleh tido sebab aku berkentung-kentang di dapur.

Oh, bercakap fasal ‘berkentung-kentang’, walaupun aku bukan anak jati Kedah (IC -08- okeh), dulu aku selalu kena mocked dengan kengkawan sepusat pengajian bila discuss study. Sebab bila aku terangkan kat depan, aku ada tendency untuk buat sound effect sendiri.

Misalnya, bila terangkan fasal persamaan, ‘Bila dah dapat x=5, pastu kita masukkan dalam persamaan ni dan ‘srooop’ (membuat anak panah), dapat la selesaikan.’ Diorang gelak sebab bila aku tarik anak panah, aku buat bunyi sekali.

Aku rasa ni adalah effect dari Bahasa Kedah. Sebabnya banyak istilah dalam Bahasa Kedah yang dihasilkan dari bunyi-bunyi. Well, ni diskusi bahasa yang tidak berapa ilmiah.

Berkentung-kentang ~ bunyi yang sama bila kuali tetiba berlaga dengan pinggan mangkuk katakan. Maksudnya, bunyi bising.

Yang lainnya macam ‘dup dap, dup dap’. Contoh ayat, ‘ish awat rasa hati ni dup dap dup dap tau?’. Maksudnya, tak sedap hati, tapi mimicking bunyi jantung dipam.

Aku dah takleh recall contoh lain. Yang aku ingat lagi satu ~ lit lit. Contoh ayat, ‘malas nak keluar, dok panas lit-lit nih’. Lit-lit tu sekadar kata sokongan, menunjukkan sangat. Kan ke kalau bakar kertas, ada bunyi lit lit lit lit…

Ah, aku dah merapu sampai ke mana sudah.

Ciao.

Mahu memulakan pagi hari di Durham (and once in a blue moon, I got this ‘blog title’ right! Kalau tak tido time-time nih)

Tambahan selepas baca balik post sendiri:
Contoh ayat ‘dup dap’ yang lebih keKedahan ialah: ‘awat rasa dup dap dup dap tau?’ Sebab ‘dup dap dup dap’ tu memang dah merujuk pada hati, so kalau sebut lagi hati, macam dah berganda.


6 Responses to “Round 1”

  1. zeah says:

    aku dah tengok VC kau belum ke temu…. aku suka…. i like!!… hahaha… boleh tak aku comment kat sini?… hehehehe…

  2. Lutfi Amri says:

    Tak boleh! Hehe.

    Wah, aku tak buat pon lagi entri:)

  3. zeah says:

    cepat buat entry tuk lagu baru tue… hehehe

  4. Lutfi Amri says:

    nanti – nanti. nak study!!
    keke

  5. WaReMoN says:

    Pergh, housemate Jepun ang dah ada secret admirer? mantap gile :D

    Aku rasa normal la buat bunyi “sroop” tu, aku dah biasa dah sampai x perasan pun dah wat bunyi tu..kdg2 bila aku explain kt colleague ttg sesuatu, aku wat gak bunyi mcm “zasss” (sama tujuan dgn “sroop”)

  6. Lutfi Amri says:

    Gimme five Fariz

Leave a Reply

See also: