define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Mari membuang masa - Pagi Hari di Durham

Mari membuang masa

[Ini entri sarkastik]

Mula-mula duduk di depan komputer.

Kalau mampu, sila melengu dalam 1-2 minit. Ini bagi memastikan otak anda tenang.

Kemudian klik inbox email Yahoo dan Facebook dan delete semua spam-spam email dan juga spam-spam tag gambar atau video Facebook. Untag gambar-gambar dari orang-orang yang tak dikenali dan applikasi yang bukan-bukan. Gambar-gambar yang kurang macho juga boleh diuntag.

Melengu lagi sambil memikirkan kerja-kerja tertangguh dan bertangguh (istilah ini belajar dari Halim). Risaukan diri dengan kerja-kerja yang berlambak dan terus buka page Youtube dan search video lagu yang diminati, kononnya untuk menenangkan diri.

Lihat link di blog jika ada rakan-rakan yang sudah mengupdate blog, buka dan baca. Tinggalkan komen jika terasa mampu memberikan komen kreatif. Baca dengan khusyuk jika entri menarik. Sekadar skroll ke bawah jika entri berkaitan artis Korea (keke). Hantar mesej ke Facebook jika entri rerakan berunsur isi tersirat.

Fikir balik fasal study, tetapi masih tidak click ikon program yang berkaitan study. Check email universiti kalau-kalau ada email penting kononnya.

Buka forum tv, kalau-kalau ada cerita tv yang masih belum didownload.

Akhirnya, buka program berkaitan study dan biarkan program itu loading di belakang. Terasa lapar, dan turun ke dapur untuk memanaskan makanan di dalam microwave, kembali ke bilik untuk makan sambil menonton Friends.

Setelah kenyang, ulang kembali menyemak email dan Facebook, dan lain-lain mengikut turutan ataupun secara rawak.

Terima kasih.

P.S: Melengu ialah kata kerja yang bermaksud duduk tanpa berbuat apa-apa.


8 Responses to “Mari membuang masa”

  1. Pingu Toha says:

    huahuahua rupe2nya entri ku dpt mengajar pmbaca ttg penggunaan bahasa.

  2. Rin says:

    hahaha! aktiviti buang masa yg diceritak secara comel..

  3. Lutfi Amri says:

    Saya memang comel. Penceritaan ja secara comel. Bila diaplikasi buat kesekian kalinya ~ tak tentu arah kehidupan!

  4. khalidah says:

    dan juga penggunaan kemajuan telekomukasi untuk bergosip.. :D

  5. khalidah says:

    typo: telekomunikasi

  6. WaReMoN says:

    how nice..aku pun membuang masa gak ni, tp sebenarnya menunggu verification flow aku abih :D

  7. zeah says:

    wah itulah yg aku buat selalu. Hehe. Terasa jugak betapa bnyk aku membua kerja lain rebelum belajar. Haha.

  8. Nurul says:

    ooo, ‘melengu’, perkataan yg plg sya suka..sbb sya juga slalu guna perkataan ini walopun tak tahu dr mn perkataan tuh dtg..maybe next time, kena wat research pasal etimologi ‘melengu’….

    p/s: sejak bila rutin abg am jd mcm nii?hahahahaha

Leave a Reply

See also: