define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Terjemahan lagu - Pagi Hari di Durham

Terjemahan lagu

Salah seorang penonton Youtube aku, highflyer, tanya tentang proses menterjemah lagu. So here it goes.

Saya akan bercakap dari sandaran pengalaman, tidak merujuk pada mana-mana jurnal. Maka kalau ada yang sedikit bercanggah dari prinsip penterjemahan, harap dimaafkan.

Suku kata

Saya dan kakak saya pernah berbincang tentang terjemahan lagu. Disertasi Masternya berkenaan dengan terjemahan lagu. Mungkin nanti saya boleh uploadkan untuk tatapan bersama. Kami bersetuju yang terjemahan lagu sebagai cabang terjemahan sajak dan seangkatan. Cuma yang membezakannya ialah pengekalan bilangan suku kata yang sama. Atau, jika bilangan suku kata tidak sama pun, masih boleh dinyanyikan.

Misalannya lagu You Are The Music In Me (lagu asal: Zac Efron, Vanessa Hudgens. Versi terjemahan Bahasa Melayu dinyanyikan oleh Jac Victor dan Vincent Chong) [Contoh 1].

You-are-the-mu-sic-in-me : 7 suku kata
Kau-mu-zik-di-ha-ti-ku: 7 suku kata

Ketika saya dengar lagu ini, sebelum versi terjemahan keluar, saya pernah terfikir terjemahan untuk lagu ini (tapi tak pernah buat). Saya terjemah ‘kaulah muzik di hati’.

Maksud

Terjemahan itu ialah satu interpretasi. Adakalanya sesetengah ayat itu boleh diterjemah secara terus seperti Contoh 1. Namun, ada sesetengah ayat yang perlu difahami dan diberi makna lain.

Mari ambil contoh lagu Jay Sean – Down [Contoh 2].

You won’t be lonely
Even if the sky is falling down

Terjemahan literal ialah

Kau takkan sunyi
Walaupun langit runtuh %  %

Sila ambil nota yang tanda % digunakan untuk menunjukkan bilangan suku kata yang perlu dilengkapkan.

Maka, pada ketika ini, penterjemah perlu menggunakan kemahiran interpretasi untuk tujuan berikut
i) memberi makna yang hendak disampaikan
ii) memastikan lagu masih boleh dinyanyikan
iii) melihat nada lagu tersebut.

Pada hemat saya, saya akan memilih untuk mengekalkan maksud literal ‘even if the sky is falling down’, kerana nada lagu ini ialah lagu rancak, dan ayat tidak perlu sangat serius. Saya akan terjemah kepada

Takkan kau sunyi (alihkan kau dan takkan untuk lebih mudah dinyanyikan)
Walau langit jatuh ke bumi

Biasanya proses terjemahan saya melalui beberapa peringkat. Iaitu mula dahulu dengan ayat yang mungkin agak janggal. Biar orang lain dengar dan cuba dapatkan respon. Kerana, adakalanya terjemahan itu sedap didengar untuk diri sendiri, tapi mungkin bukan orang lain. Adakala juga yang terjemahan itu tidak saya sukai tetapi orang lain sukakannya. Maka terjemahan alternatif untuk mengekalkan maksud ‘even if the sky is falling down’ ialah ‘biar apa saja terjadi’.

Perubahan Makna

Namun, ada kalanya kita merubah sesuatu baris itu atas beberapa sebab. Antaranya sama ada penyesuaian budaya atau penceritaan yang lebih baik. Saya mencari-cari lagu komersil yang boleh dijadikan contoh. Saya terpaksa ulang lagu You Are The Music In Me sebagai contoh [Contoh 3].

Baris ‘together we’re gonna sing, yeah’ diterjemah sebagai ‘bersama kita laung’.

Saya fikir penterjemah itu mengubah maksud ‘nyanyi’ kepada ‘laung’ sebagai penceritaan yang lebih baik dan untuk lebih enak didengar.

Ambil contoh lagu My All nyanyian asal oleh Mariah Carey, diterjemah kepada Segalanya.

Baris

I’d give my all to have
just one more night with you

diterjemah kepada

Kuberikan emas
intan dan permata.

Saya fikir terjemahan ini diasimilasikan dengan penyesuaian budaya.

Maka

Ini merupakan intisari dalam penterjemahan lagu. Banyak lagi pertikaian boleh dibincangkan seperti pengekalan stuktur, penggunaan rima yang sama di hujung baris dan penggunaan kata-kata yang indah.

Namun, di akhirnya, persoalan yang penting ialah lagu itu boleh dinyanyikan atau tidak. Dan akhirnya juga, kita boleh membuat kesimpulan sama ada lagu itu sebenarnya diterjemah ataupun diberikan adaptasi baru( diberi maksud lain). ##


3 Responses to “Terjemahan lagu”

  1. WaReMoN says:

    Huh, aku dah nmpk sikit2 ttg methodology ang..patut la dgr lagu ang shmooth shailing ja

  2. x-student 181 says:

    bagus r enry ni…lpas ni,makin ramai la org yg terjemah2kn lagu…hehe

  3. x-student 181 says:

    1st time komen,tetibe kuar gmbar katun tu r.terkejut ak.huahua..

Leave a Reply

See also: