define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Rawak di pagi hari 10 - Pagi Hari di Durham

Rawak di pagi hari 10

Sudah lama tidak buat rawak di pagi hari. Sebab selalu tido lebih awal. Tidaaaaak. Sudah mula berjaga. Takpe takpe, esok akan berusaha untuk meletihkan diri. Akan gi gym dan makan banyak2.

So here it goes:-

Hard disk

Beli hard disk external 1 TB. Sebabnya, banyak sangat video-video peribadi yang dirakam dan sayang nak dibuang. So, simpan dalam tuh. Barulah bleh bernafas sikit laptop.

Gathering

nawaru

Sempat bergathering dengan Nawaru-chan kat London. Hehe, tak bagitau Mahadi pun turun London. :D

Nawal grab kain tirai sebab dia sejuk. Aku cakap, okey ja tara ni.

Akhir bulan nih Zeah plak datang. Yeay! Hafidz sudah dipaksa stay Durham (sebab tengah cuti Easter, Hafidz akan gi Glasgow rumah sepupu dia) untuk bermain bintang!!!! (4 tanda seru menandakan semangat berkobar-kobar). Rosmin, sila beli tiket ke sini kalau nak join.

P.S: Aku kan ajak Arni jua, tapi aku tau susah banar mau dapat cuti.

Thin wall

Nota pada rakan-rakan sepenggosipan (jeling Kak Khalidah), dek kerana bilik ini sangat nipis, maka takleh bergosip bila melepasi 11 malam lebih (ala-ala time Pak Guard KMPP datang tiup wisel suruh tutup lampu). Nanti budak bilik sebelah ketuk-ketuk dinding.

Tadi dia minta maaf sebab dia kata dia buat bising semalam sebab tengok AC Milan main bola. Ish, silap pulak aku mengaku aku takde kat bilik. Patutnya menggunakan guilty conscious (bleh la aku tak tau eja ni, terpaksa rujuk dictionary.com) dia untuk claim time aku buat bising. Aih. Takpelah. Next time. Next time.


5 Responses to “Rawak di pagi hari 10”

  1. SeMiN says:

    wah wah wah! diam-diam jer ekkk! hahahaa…. hmmm mcm la dekat..mcm nak beli tiket KP-Penang jer cara ajak tuh hahahaha!

  2. Mahadi says:

    ces,….
    adakah membalas dendam ketidakbagitahuan aku pasal kereta baru itu….???

  3. Nawal says:

    Mahadi!!! rindu tul la kat hang! tula..kalau am bawak mahadi boleh dia jadi camera man utk vclip baru tuh! hahahahah (teringat plak the mole!)

    It was really fun that day! wished that “someone” bangun awal that day! dahlah terbawak balik my tudung!! iss ish ish..Am post cepat2 k. That was my favorite!

  4. Mahadi says:

    =))
    teringt kenangan lalu.
    muga ketemu lagi

  5. Nawal says:

    Am.. if pakai adobe audition tu, if kita pakai lagu yang dah ada vocal, boleh ka padam vocal part penyanyi tersebut lantas menjadikannya minus one. boleh ka??

Leave a Reply

See also: