[Post di bawah mempunyai informasi matematik yang betul tetapi contoh-contoh yang merapu dan boleh menggugat perasaan sesetengah pihak (baca: menyentapkan). Read at your own risk]
Adik-adik, mari kita bercerita tentang penggunaan dua perkataan ini. Dan dan atau. Walaupun pada dasarnya kedua-dua perkataan ini sudah menjadi sebahagian perkataan seharian, memahami konteksnya tidak kurang penting, bukan sahaja untuk menjawab soalan matematik (Penaakulan Mantik) dan Fizik (yang bahagian GET TAK, GET DAN, GET ATAU tuh. Mahadi sila namakan chapter), tetapi juga dalam kehidupan seharian.
Tidak perlulah saya panjangkan maksud ‘dan’ dan ‘atau’. Saya pasti anda semua tahu.
Contohnya, ketika lapar, Halida akan memesan, ‘boleh bagi saya teh tarik dan cok ubi‘. Maksudnya dia mahu kedua-duanya.
Tapi ketika kurang lapar, Halida akan memesan, ‘boleh bagi saya cok ubi atau cok pisang?‘. Maksudnya dia mahu salah satu.
Atau contoh lain. Camilla tidak kisah untuk pergi ke Pusat Metro dan Taman Dalton. Dalam kes ini, dia tidak kisah untuk pergi ke kedua-duanya sekali.
Contoh atau. Tetapi Fi hanya mahu pergi samaada ke Pusat Metro atau Taman Dalton sahaja. Dalam kes ini, Fi tidak mahu pergi ke kedua-dua tempat.
Dalam contoh-contoh di atas, penggunaannya mudah dan juga berkisarkan kehidupan seharian.
Sekarang kita panjangkan penggunaan dan dan atau dalam gabungan 2 pertikaian.
Kita ambil contoh berupa soalan.
Q: Awak suka biri-biri dan awak suka Yamapi kan?
Ri: Saya suka biri-biri jer.
Jah: Saya suka dua-dua (sambil melompat-lompat gembira).
Dalam contoh di atas, jika soalan tersebut berupa kenyataan:
Ri suka biri-biri dan suka Yamapi; Maka kenyataan ini tidak benar.
Jah suka biri-biri dan suka Yamapi; Kenyataan ini benar.
Maka, jika ayatnya begini. Amri hebat, macho, cool atau Amri belajar di Durham University. Kenyataan ini dikira benar kerana sekurang-kurangnya salah satu daripadanya ialah benar (nota: betul tidaknya kenyataan pertama itu terpulangkah kepada persepsi adik-adik, keke). Ini bukannya premis dan kesimpulan yang perlu digabungkan (jeling Fariz). Hanya benar atau tidak.
Dalam konteks ayat seharian, Fi akan menelefon Adiey apabila dia sedang menunggu bas atau hendak bergosipan. Situasi benar (iaitu Fi telefon Adiey) boleh berlaku jika Fi sedang menunggu bas walaupun tiada gosip, bukan sedang menunggu bas tetapi ada gosip; atau sedang menunggu bas sambil mahu bergosip.
Dengan contoh-contoh bahasa tadi, mari kita beralih 5 minit kepada konteks matematik.
Penggunaan dan dan atau ini memudahkan penulisan matematik yang mungkin digunakan dalam bahasa pengaturcaraan.
Misalnya. Bagi Lola, ketinggian ideal untuk dijadikan calon suami ialah lebih 175cm. Kata Abu, ‘Padan-padan la.. takkan la nak lebih 180cm kot?’ Biasanya kita tulis 175<tinggi<=180. Tapi dalam C++ mahupun Matlab, kita kena guna dan atau atau. Maka dalam kes ini, kita perlu faham kita perlu guna penggunaan DAN. Tinggi lebih 175 DAN tinggi tak lebih 180. Bukannya tinggi lebih 175 atau tinggi tak lebih 180. Kalau kita menggunaan perkataan ‘atau’, maka jika ada calon suami yang ketinggiannya 160cm, Lola terpaksa terima.
Dalam ayat matematik, kita tulis
t>175 && t<=180. (& satu sahaja untuk Matlab).
Selamat mencuba.
agaknya org yg tulih entry nie tgh sentap kot… keh keh keh!
Oh my..I’m reading between the lines. LOL
*kepeningan……*
Woh, sentap! (jeling balik)
x perasan plak ATAU tu, aku mula2 ingat DAN bila tgh typing comment tu, hehehe XD
sentap okeh…Lola bagi tau dekat I yang pastinya..ketinggian calon bakal suami itew mesti lebih dari 175cm….sebab ketinggian Lola cuma 150cm. pengaplikasian hukum Mendel diambil kira memandangkan dlm gene bank Lola gene dominan adalah “tinggi” cuma Lola mewarisi gene resesif “pendek” gitew…. tapi kalo 180cm tu agak sukar bagi Lola kan kan…tak gitew… er..”Amri hebat, macho, cool atau Amri yang belajar di Uni Durham” wakakakkaaaaaa
Dan dan Atau ni.. formula baca seksyen2 dlm akta jugak neh..
Haha (to everyone)
tu get-get logik, dalam elektronik digital.(titik yang satu ni adalah ikhlas okeh)
hahhahahaha!
aku gelak at the examples!! hee.. new nickname ke tu? “Fi” eh? heeee..
paham, paham…
oh ya.. my gay friend yg duk bulgaria ada kata…. tak nak buat video clip ke?… dia offer rumah dia jadi tempat rakaman video clip…. then dengan nada tidak puas hati, i also self-invite myself and the usual crowd… ko dengan dia dan partner dia boleh buat la hal korang, we can round town …. rumah dia, cantik la tgk gambar n then dekat dengan rumah tepi bukit2 yg cantik… di manakah tempatnya… nanti akan ditanyakan dengan terperinci… oh ya, dia offer dtg summer …. mamat ni pandai masak n then dia kalau masak n jamu tetamu makan, siap letak menu masakan lagi sebelum hidang… fine dining gitu…. hahahhaha…. dia dah jadi dengan rasminya ur fan…. tiada unsur promosi di sini… dia yg tanya dulu… i just tell him about u as what i know u … tidak kurang, tidak lebih….
kteorg blaja math dlm b.i… kurg phm ble dlm malay… tp, logic get 2 kteorg blaja kt dlm fzk..huhu…
hmm…. menarik!!
Amri hebat, macho, cool atau Amri belajar di Durham University
adakah itu satu soalan atau pernyataan berunsur perasan?… errrmmm
ha’a…. ikutlah apa nko nak cakap, DAN, ATAU, ALL or SOME… kalau bebudak tu tak reti membaca, nak aja camana. STATEMENT pun tak reti. Ada ke dia kata Jangan bising tu statement sebab bende tu memang TRUE… poning den