define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Crash and burn! - Pagi Hari di Durham

Crash and burn!

Saja tajuk psycho.

Sekarang ni laptop VAIO aku problem. Kipas problem. Rupanya Sony dah buat statement tahun lepas yang model CS ni ada problem wiring. Rujuk sini. Diorang dah siap buat callback. Tidak tahu. Kalau tahu, balik Malaysia ari tu, boleh antar.

Ni diorang nak datang pickup hari Isnin. Tu pun satu hal. Aku call entah berapa kali.

Lepas tu janji nak call aku balik, pastu tak call. Dah la call tu service centre 36p per minit. Aku dah abiskan 11 pounds just untuk call diorang. Takpe, japgi aku nak antar surat aduan fasal servis buruk kepada Sony. Mana taknya, tak efektif. Memula kena masukkan nombor rujukan. Pastu dapat cakap dengan orang service centre, mintak sekali lagi. Apa guna boh nombor rujukan camtu?

Hari ni dan semalam aku call, aku buat kurang ajar (adik-adik sila jangan kurang ajar dengan orang yer). Aku cakap, ‘you promised to call me back yesterday, can you can call me back please!’ Aku suruh diorang call back sebab kalau tak aku kena charge mahal.

Oh, so konklusinya, mari boikot beli Sony Vaio. Terima kasih.

Di cerita yang lain, aku start dengar album JLS semalam. Quite nice. Lagu-lagu dia style lagu-lagu Five, time-time sekolah menengah dulu. Walaupun aku dok membidas-bidas jer diorang punya lirik, tapi at least it’s nice to hear.

Cuba try dengar lagu nih.

We got a nice plan for tomorrow. Oh nope, today (coz it’s 3.42 am already). InsyaAllah lepas Asar aku, Kam dan Hafidz akan drive to Dundee melawat Mahadi dan Elly. So, we’re gonna have a weekend in Dundee! InsyaAllah.

Really looking forward to meet Mahadi for the first time since he got married.

Oh, masih belum burn lagu JLS untuk dijadikan sountrack Durham-Dundee. Kam, copy some songs on ur mp3 player as well. Well, anything other than Hindustan would be fine. Keke.

Oh, hari tu balik Malaysia, berat dah turun kepada 55kg. Yeah, instead of all junk food I was eating. Tapi takpe, hati senang.

Sekarang menyenang hati dengan menambah berat. Sudah 57kg +. Caiyok. I need to hit those 60 marks!!!


3 Responses to “Crash and burn!”

  1. khalidah says:

    chaiyok2x…selamat mencecah 60..sampaikan salam assalamualaikum kat Mahadi & isteri … :)

  2. SeMiN says:

    Salam jugak buat semua…Mahadi, Elly, Kam N Hafidz, jeles aaaaa x dpt join huhuhuhu

  3. WaReMoN says:

    Mahadi dah kawin??

Leave a Reply

See also: