define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Air panas - Pagi Hari di Durham

Air panas

Boiler rosak. So air panas takde. Aku dah call agency dan diorang akan datang pukul 10 pagi esok.

So, bangun pagi tadi takde air panas. Nak basuh pinggan pun takleh sebab sangat sejuk gedi. Nak mandi, apatah lagi. Dah la bangun tadi, terasa masam sangat bau diri sendiri. Kalau diri sendiri pun rasa tak best, kalau orang lain apatah lagi, ye tak. Ada meeting lak dengan supervisor.
Tetiba terdapat idea untuk boh air panas dalam baldi macam kat Malaysia. Aku pulak ada bawak gayung. So tengah hari tadi mandi sebegitu rupa. Hendak crash bilik Hafidz untuk mandi tapi dia ada kelas.

Aku baru lepas bangun nap nih. Ni japgi nak gi makan. Tadi bangun-bangun terasa seperti nak minum Milo, so sempat turun dan buat. Terserempak dengan Ryugo. Dia komplen air panas takde. So, aku tanya sama ada dia nak pinjam baldi dan gayung. Aku cakap ‘Japanese style’. Walhal kita kat Malaysia pun selalu jer camtu kan. So, dia baru lepas guna la tuh.

Petang tadi lepas meeting, aku buat discussion dengan David, salah seorang rakan seperguruan (juga supervisor yang sama). Mintak dia explain coding fasal Marching Cube yang meruntun jiwa. So, terus belajar sedikit fasal hexadecimal number. Not bad.

Pastu lepas abis study, kitorang gi falafeling. Chicken parmesan. Cheese yang panas-panas bersalut ayam sangat meruntun jiwa dan raga (bzzzzz…. menghantar aura pada Cik Costa yang aku baru falafeling petang tadi).

Okey, nak pi makan ayam goreng yang beli tadi.

Tambahan: Kam told me that she said to Syafiqah yang she doesn’t think I can even sing in this house (due to the thinness of the wall (I was going for thickness, but I came out with thinness. Pastu check dictionary.com, ada rupanya thinness:)) That is so true! Sigh…


One Response to “Air panas”

  1. Amalina says:

    ahah nk rampas title nmpak

Leave a Reply

See also: