Selamat Pagi Malaysia

2010
02.04

Semalam tidur dah pukul 5 pagi. Dalam pukul 2 pagi, kelaparan. Tengok bawah periuk takde apa, sebab tak tengok dalam peti ais. So, aku pun menanak nasik dengan periuk karen. Cadangnya nak goreng telur tapi ada sosej ayam dalam peti ais, so aku goreng sosej. Pastu pukul 4 pagi, makan nasik dan sempat tambah.

Tidur, bangkit Subuh tido balik, dan baru bangkit tak sat dalam 10.30.

Not bad. At least, tak terasa panas macam selalu. It’s either means two things ~ masih lagi belum panas, ataupun badan tidak mengada-ngada.

Hari ni kena pergi cari sim card baru. Dek kerana tak topup lebih 3 bulan, nombor mati. Nampak macam Digi ada kadar baru yang murah, so probably choose Digi. Entahlah. Tak kisah sangat. Nak guna 3 minggu ja.

Semalam sempat drive  dari Semeling ke Merbok (rumah bisan parents aku ke rumah aku). Mak, ayah, kak ipar, abang aku dan anak ketiga dia naik kereta diorang. Aku, Bulba(Danish) dan Darwish naik kereta Kelisa aku drive.

Tetiba lak buka CD kereta, terus ada lagu Simple Plan. So, dek kerana parents tidak ada, aku pun melalak la lagu yang on-play. Sekali Bulba join sekali! Impressed! Tahu lagu Simple Plan.

So aku pun try la test, nak tahu dia faham ke tak.

Lagu: Simple Plan – Take My Hand
Lirik yang didengar: ‘take my hand tonight.. one last time’
Aku: One last time tu apa?
Bulba: Hari terakhir
Aku: Time bukan hari
Bulba: Masa..
Aku: (bersemangat menerangkan ala-ala kursus penterjemahan) One last time tu macam buat kali terakhir la..

Lagu: Simple Plan – The End
Lirik yang didengar: ‘what can I do when you’re gone?’
Aku: What can I do tu apa?
Bulba: Apa yang boleh saya buat

Wah, bagus-bagus. Dapat menterjemah dengan ayat yang baik. Aku cakap dalam hati- Boleh jadi geng Pak Tam.

Lagu: Simple Plan – Your Love Is A Lie
Lirik yang didengar: ‘your love is just a… lie!’
Aku: Lie tu apa
Bulba: Tak tau
Aku: Lie tu tipu

Tu jer la aku bagitau. ‘Your love is just a lie’, nanti discuss lagi 10 tahun! Hehe.

Ah, ada nasik lemak untuk breakfast!!


6 Responses to “Selamat Pagi Malaysia”

  1. WaReMoN says:

    Geng Pak Tam tu sapa?

  2. Lutfi Amri says:

    Pak Tam tu aku la weh

  3. WaReMoN says:

    lohh yeke..mai mana Tam tu, x kena dgn nama ang pun..hahaha XD

  4. syafiqah says:

    yummy nasi lemak dengan suasana pagi mesia *homesick

  5. Zeah says:

    wah… dah sampai malaysia rupanya ya… hahaha.. meh datang brunei… jom lah… hahaha

  6. mahfuedzha says:

    …‘Your love is just a lie’, nanti discuss lagi 10 tahun!…

    sgt suka part itu. hehehe… ;P

Your Reply