HoP

Sekarang ni aku seperti project manager dalam cerita Apprentice. Kak Khalidah jadi director. Aku game coordinator untuk program sekolah kak aku tu.

Banner sudah siap diprint.

hop-logo2

Tadi arrange kereta untuk bawah lebihan peserta. Rosmin sudah dicall untuk datang hari Jumaat. Khamis optional. Zakia sudah dicall untuk buat kerja dia. Dia datang Khamis petang. Zali datang Khamis malam.

Takde open-invitation sebab dah banyak sangat peserta dan guest coordinators.

Ni first time aku handle projek kat luar. Sebelum ni kitorang buat kat sekolah memanjang sebab tak nak handle tempat tido suma. Tapi this time, saja nak a breathe of fresh air, so buat kat luar.

HoP ni English Camp. Kalau dulu, kitorang adaptasi Amazing Race punya konsep. Kali ni kitorang buat ala-ala performance camp. Hopefully I would be able to put some video online after this program.

Anyway…

Ini cerita berkonsepkan perasan. Semalam aku gi makan kat satu restoran dekatĀ  dengan UiTM Merbok dengan parents aku. Pastu terasa macam ada sekumpulan students ini (3 perempuan 1 lelaki) mengusya lebih pulak. Agaknya pernah tengok video aku dalam Youtube kot. Siap seorang minah ini ala-ala eye on eye dengan aku. Terus aku malu. Keke.

Anyway lagi…

Aku bagitau Kak Khalidah, ‘kenapa lepas balik dari UK, seolah-olah hilang hak untuk ekspresi rasa panas? Sedangkan dulu sebelum pergi UK pun selalu jer mengeluh panas’


6 Responses to “HoP”

  1. Allan's secret admirer - no more says:

    Lutfi malu?
    Apakah?
    Sejak bila malu?
    Siapakah?
    Lutfi? Malu?
    Malu? Lutfi?
    Sudah lama atau baru?
    Realiti atau ilusi?

    Malu?

    *LOL… LMAO…. sambil menahan perut supaya tidak ketawa keterlaluan sampai terbatuk tidak boleh dikawal….

  2. Lutfi Amri says:

    Itu namanya malu-malu vain

  3. Rin says:

    waahh.. mmg jenis tak dok diam dia ni.. ada je aktiviti eh..

  4. WaReMoN says:

    mesti la malu2, dah dia x kenai budak tu..cuba kalau kenai..

  5. zeah says:

    Apa… LUTFI MALU????… Heeeyyyy what was that suppose to mean?… sungguh aku seperti bermimpi ketika membaca blog ini… adakah lutfi yg menulisnya atau bukan?…. Curious sungguh aku… Hehehe…

    Ohh mudahan semuanya berjalan lancar dgn HoP tue… post banyak2 sebab aku nak tengok jugak.. aku dah geram sebab tak dpt nak join.. bencinyaa…

Leave a Reply

See also: