Sekarang ini busy planning untuk HoP. House of Pumpkin ialah aktiviti sekolah kak aku. It is an English camp and this year we do it in a camp near Candi Lembah Bujang.
Semalam meeting dengan crewmember. Nih bawah ni gambar Afnan, anak menakan aku yang tertido kat kerusi kat makmal komputer sebab kak dan abang ipar aku ada meeting.
Anyhow..
Nak menjawab soalan dari Youtube follower (gunakan istilah ini kerana lebih sopan)
Soalan dari Markonah berkenaan train untuk Europe:
1) train yang awak naik tu..special tuk org yang duduk di europe sajakah atau for public?
2) semua perjalanan tido dalm train ke?
3) ada link pasal train x..
Markonah,
Train tersebut untuk orang yang duduk di Eropah DAN yang bukan eropah. Kalau yang menetap di Eropah (orang tempatan ataupun bermastautin atas sebab bekerja dan belajar seperti saya), kena beli tiket InterRail. Tiket ini membenarkan perjalanan tidak terhad ke seluruh Eropah buat tempoh tertentu TETAPI bukan di negara didiami. Maksudnya kalau saya duduk UK, saya beli Global Pass, saya boleh guna untuk naik train di Spain, France etc, tapi kat UK kena beli tiket biasa.
Tapi kalau bagi yang bukan menetap di Eropah, kena beli tiket EUrail. So, yang ni akan cover semua negara di Eropah bergantung pada jenis tiket yang dibeli.
Dia pulak ada 2-3 jenis. Global Pass yang cover semua negara Eropah. One Pass Country cover negara-negara tertentu. Katakan sekadar mahu pusing satu Jerman. Maka belilah tiket Jerman sahaja.
DAN, perlu aware yang ada negara yang caj lebih untuk sesuatu perjalanan. Hari tu, kitorang kena bayar ekstra waktu di Itali dan Sepanyol. Kena bayar ekstra ni bagi train yang ‘reservation is compulsory’. Biasanya ini untuk route popular. Macam waktu kitorang naik train dari Venice ke Rome. Tu kena bayar extra. Rome yang ke Ventimiglia tu, tak payah sebab train lembab. Extra tu kalau tak silap dalam 3-10 Euro. Tapi train yang kitorang amik dari Barcelona ke Cordoba agak mahal dalam 10-2o Euro. Tapi bila dah naik, terasa berbaloi jugak la sebab giler jauh Barcelona tu dari Cordoba.
Waktu trip kitorang, kitorang hanya amik night train dari Innsbruck ke Venice. Sebabnya, susah oo nak reserve train malam. Train malam memang wajib book, dan ramai orang nak naik. Tu pun kitorang hanya amik flight seat (seat biasa) dan bukannya bed. Sebab bed punya mahal, baik la gi tido kat hotel atau hostel.
Yang lain, kitorang tido separa malam dalam train (seperti waktu dari Augsburg ke Praha yang naik keretapi lama tuh).
Satu tips yang saya bleh bagi ialah backpackers place ni banyak. Kalau sampai dalam waktu tengahhari atau pagi, agak senang la nak gi dan cari kekosongan. Sila jangan sampai waktu malam dan baru gatai nak cari macam waktu kitorang kat Paris. Sangat susah sebab banyak dah penuh.
Okeh ciao!

salam abg am.. lme x dgar citer ek.. erm so sad coz meera x dpt nk join HoP 2.. time tue meera join program persatuan mahasiswa kedah (PEMRMADAH), UM kat kuala muda dr 13 – 17hb 2/2010.. mizz so much that moment when i became perserta n crew2.. huhuhu ~_^.. hope 1 fine day i can join it again..
Yep yep