Entah kenapa hendak tulis progress hendak balik. Maybe untuk inspirasi? Ataupun hendak mencari reason menulis? One of the thing I talked to Mahadi, and Mahadi bagitau yang kalau dulu, aku akan update blog sehinggakan tiada apa berlaku pun, tetap mencari reason untuk menulis. Maka here it goes.
Untuk pengetahuan bersama, waktu di bawah ialah waktu UK. Kalau nak tau waktu Malaysia, sila tambah 8 jam. So, 12 tengah malam = 8 pagi Malaysia.
12.00am
Baru terjaga dari nap. Beg masih belum dipack.
12.30am
Berbincang dengan Cik Penasihat LB&TT fasal What About Now punya translation
1.27am
Baru lepas makan fillet fish sambil tengok How I Met Your Mother (S4E20). Sekarang tengah berdiskusi dengan Zali Debat arrange dia punya time untuk turun SP nanti. Beg masih belum pack.
2.48am
Sudah print jadual perjalanan. Walaupun aku sangat tidak kemas dalam hal-hal susunatur bilik (keke), tapi bab-bab berjalan nih, aku agak teratur (ini namanya masuk bakul angkat sendiri). Aritu pun waktu jalan dengan Rosmin dan Mahadi, masa perjalanan, suma diprint. So, kali ni pun buat yang sama.
Sudah call mak aku. Saja sembang sebelum balik.
Tetiba terasa hendak menunjuk jadual perjalanan yang biasa aku buat setiap kali sebelum balik. Yang atas ni Hannover punya trip itu hari. Sila click untuk gambar lebih besar.
Nota untuk Mahadi: Uploading this kind of stuff lately seem to be a big deal. Konflik diri sangat! Sekarang ni ala-ala menggunakan konsep ‘kita pakai (buat) ni bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk kepuasan’. Hehe
5.29am
Nak topup nombor Celcom tapi apsal ntah cam tak boleh. Baru terperasan dah 3 bulan tak topup, maka dah burn baki yang ada dalam RM20 ari tu. Sigh.
8.00am
Baru nak start packing
8.08am
Pack baju/pakaian selesai. Jeans yang zip rosak jeans dibawa balik. Jeans yang okey dah dibawa. T-shirt yang disukai dibawa balik. T-shirt belum basuh yang disukai juga dibawa balik. Belt extra juga telah dimasukkan. Tracksuit dan pakaian dalam juga sudah dipack. Take a break sekejap sebelum sambung pack.
8.46am
Baru nak mula pack alat-alat eletronik.
8.54am
Dah abis pack barang-barang eletronik. Sambung pack bebenda baki.
9.00am
Rasanya dah abis packing. Yang tinggal hanyalah DS yang sedang dicaj, laptop yang masih diguna dan tengah consider nak bawak balik mic ataupun tidak. So, tempoh pack barang ialah 8 minit untuk baju, 8 minit untuk barang eletronik dan 6 minit untuk barang-barang lain. Jumlah 22 minit untuk packing. Masa bertangguh = berjam-jam lamanya.
9.05am
Dengar lagu nih. Maher Zain – Always Be There. Introduced by Kak Nur. Well, lagu ni ada cerita lawak di sebaliknya, tapi because I know I’m gonna tell it and fail miserably of conveying the funniness of the story, so I skip.
Wah, post ini penuh dengan alat bantu audio visual:)
9.19am
Snow turun rintik-rintik. Good, coz I’m leaving. Am not being sarcastic. I don’t really like snow.
11.17am
Still awake. Salji dah makin lebat sejak tadi.
1.01pm
Nak ciao gi airport.
3.27pm
Tunggu masuk balai berlepas pukul 4.00pm. Baru lepas makan sandwich dan masih lagi tengok Heroes sambil-sambil.
3.55pm
Time to go. Newcastle – Amsterdam – Kuala Lumpur – Penang. Doa agar selamat semuanya

are you still awake since 12am?!?!
wah cepatnya pack! dalam masa 2 jam dah boleh siap? I cant do that!
HAHAHAHAHA.. *laughing at the funny story behind lagu maher zain* is it what i think it is??
aiyaa, cerita je lah!
jumpa nanti huhuhuhu!
Yes, Kam. Been awake since midnite:)
Rosmin, c u definitely! InsyaAllah.
err..aku dah dgr lagu ni 2x, aku masih x dpt apa benda yg lawaknya..ang cerita la kt aku
Safe journey Am!!!!!! *BANYAK TANDA SERU SEBAB COMMENT TERLALU SHORT KATANYA*
Maher zain- lagu yg sgt best…all the songs..especially ..”inshaAllah”, “open your eyes”, and “Hold My hand”…i got all the songs…=)