Party!

2010
01.29

Sudah lama tidak buat entri rawak. So here it goes

Hate

Among the tips to be hated by people (or at least by me). Here is one of them.

Pabila orang yang tak berapa rapat bercakap tentang satu topik harus (harus in the term of halal,haram, harus,sunat,makruh), sampuk dengan soalan yang berbentuk nasihat yang berbunyi sindiran.

Contoh A,B dan C

A: Aku dengar ada kedai mamak baru buka kat depan tu?
B: 24 jam jugak ke?
C: Ha, duk pi makan kat kedai mamak tu yang perut makin buncit tu.
A: (Reaksi: Apahal mamat nih)

Ini aku come across minggu lepas. Adalah kat mana-mana. Just respon orang itu buatkan aku sentap.

ME

Mahadi dan Elly dah selamat sampai minggu lepas. Tapi hari ni baru aku sempat bergosipan panjang. Aku cakap kat dia, tak call sebab takde mood nak cakap. Fasa depresi sebelum ini.

Mahadi confused kenapa ada banner dalam post-post sebelum ni. Terpaksa aku terangkan yang aku guna tema ‘tajuk tak berkaitan post’ untuk bulan ni. Sekarang dah terseksa sebab takleh assign tajuk yang berkaitan.

Falafel

Sejak menjadi pelanggan tetap Falafel al-Hana dan duta (lantikan sendiri), aku dapat free fries semalam waktu beli ayam goreng. Hehe.

Marathon

Target jangka panjang ialah untuk masuk marathon. Gila. That might not be achievable. So, target jangka separa panjang ialah lari 10km. Ada beberapa larian yang dianjurkan oleh Bupa. Dekat Manchester bulan 5. Dekat Sunderland bulan 7. So, sekarang tanam azam dulu. Nanti balik dari Malaysia, baru revise balik.

Sedikit terinspirasi dari Biggest Loser. Hari Isnin ari tu aku lari 2km atas treadmill dalam 20 minit. Hari Rabu dapat jadi 16 minit. We’ll see. Nak target 2km 12 minit.

Tahun baru

Tadi aku bagitau yang aku nak balik kat kawan aku. Dia cakap going back for new year yeh? Aku macam … apa tahun baru dah nak dekat sebulan dah. Pastu baru aku teringat yang dia maksudkan Tahun Baru Cina. Baru teringat orang-orang UK banyak yang ingat aku ni dari China. Tapi hari tu ada jer sorang mamat China ni tegur aku dalam Bahasa Cina. Sentap sebab orang China pun ingat aku dari China. Oh, juga ari tu orang Thailand pun tegur aku sawadikap sebab dia ingat aku Thailand. Baguslah. Ala-ala suma orang nampak ala-ala rasa aku ni orang diorang. Hehe:D

The making

Dulu pun Fariz pernah komen cakap fasal lightsaber dalam aku punya video When I’m Gone tu cam bengok. Aku bagitau dia, tu disebabkan rotan yang aku pegang tu memang bengkok di hujung. So to Fariz, and all, sila tengok the making sikit-sikit kat sini.

2 Responses to “Party!”

  1. WaReMoN says:

    Haha, patut la..ang pegang rotan..len kali pegang batang penyapu, konpem straight XD

  2. Lutfi Amri says:

    Tu la, sepatutnya aku pegang kat atas sikit. Tapi sebab cam susah nak delete la pulak:D

Your Reply

Spam Protection by WP-SpamFree