I’m healing

2010
01.25

Kadang-kadang I ask myself, kenapa aku tak berapa berani share semua dalam blog? Rasanya sebab aku pun dah tak tau sapa yang baca blog ini. Kadang-kadang bukanlah cerita-cerita pelik pun. Cumanya bila dilafaz (atau dalam konteks ini, ditulis) dalam pengistilahan yang berbeza, impaknya berlainan. Orang yang kenal dan rapat, bleh la nak mengeji berlebih-lebihan. Tapi orang-orang yang tak rapat, hanya boleh melawak sahaja. Orang yang tak kenal langsung, kenalah sekadar berseloroh. (Walaupun sebenarnya mengeji, melawak dan berseloroh tu sama ja dalam definisi blogging aku. Note= definisi aku, so takleh bidas)

Maka malam ni aku nak buat 1 cerita dengan 2 pengistilahan berbeza. Nak tunjukkan yang dek kerana aku tak tau sapa baca (aku tau ada gak pembaca bawah umur), so tu sebabnya selalu aku control. Supaya tak nampak over kot. Hehe.

Ayat cool dan control macho:

Sementara menunggu ayam goreng dimasak kat Falafel al Hana, aku pergi ke Tesco. Beli barang sikit-sikit, lepas tu aku ke kaunter bayaran automatik. Dah tersedar tadi yang aku tak bawa Tesco Clubcard. Sementara scan barang-barang, aku terdengar mesin kaunter sebelah cakap ‘Clubcard Accepted’. Jadi untuk tidak mensia-siakan mata, aku pun tegurlah orang sebelah tu. Sekumpulan pelajar perempuan kat situ. Aku tanya sama ada diorang nak points. Yang awal-awal tu taknak. Tapi ada seorang tu nak. Cantik juga dia tu. Dia pun scan sambil kami membalas senyuman. Aku pun melangkah keluar dengan hati yang berbunga.

Ayat tak berapa cool yang biasanya digunakan dengan Kak Khalidah dan seangkatan. (Sebab Kak Khalidah, jadi guna ‘saya’)

Saya pi Tesco tara nak tunggu ayam goreng saya order kat Falafel. Beli-beli barang, pastu pi kat kaunter. Tadi dah terperasan dah tak bawak clubcard. Dah rugi dah. Tengah-tengah bayar terperasan kaunter sebelah ada cakap ‘Clubcard Accepted’. Eh, bebudak pompuan uni. Hehe. Pastu saya pun tegur la tanya nak tak point, ala-ala bermesraan gituh. Yang sorang tu, taknak takpa la kan, tapi siap buat muka-muka apahal.. Tiba-tiba seperti filem yang kiranya saya hero filem tu la kan, sorang minah yang cantik tetiba muncul kata dia nak. Keke (gelak untuk dramatik). Kitorang pun ala-ala berflirtan selama beberapa saat. Habis bayar, saya pun keluar, tengok-tengok kot-kot ada dak lagi untuk flirting lanjutan, tapi takda. Takpalah. (Pastu Kak Khalidah akan komen dan mengeji balasan). Tu la… padahal tadi ikhlas ja nak bagi point, tetiba sambil berjalan balik terus ada niat di sebalik. Konsep… Keke (gelak lagi untuk efek dramatik)

***

Okeh, ciao


6 Responses to “I’m healing”

  1. WaReMoN says:

    mantap gile, kiranya niat sebenar ang telah terbongkar la ni :D

  2. Lutfi Amri says:

    tak… dibongkarkan.
    aku hanya manusia normal. hehe

  3. sutera says:

    hai2..lama xterjah blog kmu..
    kelakar entry kali ni..
    sy pmbaca yg kmu tdk kenali :P
    sy lg suka ayat yg kedua, nmpk cool jekk hehe

  4. Lutfi Amri says:

    sutera, kamu generasi muda.. takpe. Keke.

  5. sutera says:

    means ayat pertame utk generasi tua la ekk hik3

  6. rehan says:

    ske yg second pnye.. haha..

Your Reply