Baru bangun tidur sejam yang lalu. Lepas balik jumpa sv, terus solat, makan dan tido. Penat giler hari ini. Mujur ada makanan dari Falafel al Hana (sekarang rasanya sudah mengatasi status pelanggan tetap Amalina. Hehe). Semalam aku pergi Falafel seperti biasa. Biarpun meredah salji yang lebih tinggi dari buku lali, tapi sanggup nih demi sesuap pizza.
Pastu orang kedai tu tanya aku nak jadi driver tak? Wah, macam best. Tapi disebabkan takde kereta dan jugak tak berapa ada masa, so takpelah. Aku tolak dalam hati.
Sekarang ni aku mula mencari-cari tempat baru. Sekarang ni aku duk kat university halls. Kat USM, panggil desa, kat uni lain panggil kolej kediaman. Saja dah plan nak pindah bulan 3 nih. Nak cari kat city centre sebab senang nak ke kedai Falafel. Selepas ditinjau-tinjau, murah lagi pulak duduk luar dari duduk dalam. Sentap sikit. Oh tak, flabbergasted. Ish macam tak kena. Sebabnya kalau sebut ‘sentap’, intonasi itu dramatik. Bila sebut flabbergasted, terdengar intonasi mat saleh UK yang monotonous.
Aku pernah berbual dengan kawan UK aku fasal benda ni. Aku cakap, aku tak suka cerita UK sebab tak banyak background music. Dia cakap itu realistik. Aku akui. Tapi aku suka background music sebab dia menggambarkan suasana. Tu sebab aku boleh layan soap opera Sepanyol tapi tak berapa bleh masuk soap opera UK.
Tadi, balik-balik, flatmate China aku masak nasik goreng. Boleh bau dari dalam bilik. Terus aku terasa nak makan nasik goreng. Worry no more. Tadi jugak aku dah masak nasik. So, japgi boleh masak nasi goreng walaupun sekarang dah 12.56 pagi kan. Well, makan selagi boleh. Kalau tergemuk, masuk Biggest Loser.
Aku sempat tengok Biggest Loser Asia episod 2, dalam 10 minit pertama. Sigh. Tak dapat cari tempat nak download. Banyaknya torrent. Aku takleh guna torrent sebab kena block uni.
Aku sangat suka Biggest Loser. Baru tadi tengok season terbaru yang US punya. Asia pun dah ada ek. Dan bagus jugak sebab ada contestant bertudung. Sebab dulu waktu Amazing Race takde kan.
Tu aku cakap kat Zeah. Bila aku tengok Biggest Loser, aku pun terasa terinspirasi nak kurangkan berat badan. Tapi tetiba tersedar aku dalam aim nak meningkatkan berat badan. So aku bagitau Hafidz, aku tengok cerita ni untuk belajar dari diorang, camna nak tambah berat badan. Boleh? (terdengar sayup-sayup Kam membalas)
But I talked about it with my sister. It should be a bless. Nikmat juga boleh makan dan tak risau fasal berat badan. Tapi tatkala salji bertimbun kat luar, sangatlah best kalau ada sedikit lemak.
Oh, salji sangat tebal di luar. People say it’s a bad winter. Aku ~ okey jer kot. Well, it’s a winter experience. Kan ke ramai jer orang kat Malaysia teringin nak main salji. Sekarang salji itu aku harung. Aku kaut sedikit salji dan campak ke atas. Well, it’s an experience like no other and I want to appreciate it while it last. Hehe.
My room does has tropical temperature, so that’s why I said that:)
*Tajuk juga tiada kaitan dengan kandungan. Tapi sekarang tengah suka lagu Jay Sean – Down.
2010 adalah konsep menulis entry yang takde kena mengena dengan tajuk ke? hahaha
Hm… okey jugak tuh. Meh tengok berapa lama bertahan konsep tuh
ayayayayayayyyyyyyy.. do not mention falafel!
aku nak pizza kat falafel!
Oh and BOLEH!!!!!!!!!
but I still want pizza!
Apa lagi Kam, redahlah snow!
ermm…dah beat aku yea..heheh.antara petanda dah mengatasi status pelanggan no.1 ialah bila ko ke sana:
1) Hi! I know, you want pizza/burger/meal no….right?right?
(pelayan alhana serta-merta tahu menu favourite ko)
2)Hi, I haven’t seen u for a long time!!:)
(pelayan berkata camni bila ko dh lama xdtg/skip a week gitu.ahahha).
Selagi xdpt 2 signs ni..aku
MASIH PEMENANG
ehehe..anyway, so happy 2 know ko suke mkn situe
amalina, siap tanya nak jadi driver ke tak tu…. jadi la driver… at least boleh buat delivery kat #60….. master chef #60 boleh la simpan tefal, pyrex dalam almari bawah tv… hahahahaha
tetiba rasa nak makan pizza hari ni… aish… keja tak siap lagi… ke boleh postpone then buat lepas balik dari makan pizza?…. errrmmm…. siapkan keja “donkey work” (merujuk kepada kerja2 yg memerlukan tenaga fizikal, kecekapan mata meneliti butir2 data yang terpencil, kemahiran melakar/mewarna)….
Amalina, aku punya order berbeza-beza. Hehe.
Ko pemenang kategori pelanggan tetap kategori order yang sama:D
Allan’s SA, tak dapat la sebab dia nak kena ada kereta sendiri. Dia suggest beli kereta, but that means then I’m just working for paying the car thingy, which is .. hassling.
Meh meh ke Falafel al Hana! (selaku jurucakap tak rasmi)
wah, flabbergasted! ada unsur2 mengeji ku kah??? huahuahuahuahua.
Pingu, tentulah… (tapi baca dengan nada .. ‘eh, takdelah’.
Tak ada rezeki aku makan Pizza falafel hari ni.. next week lah, InsyaAllah.. today’s such a cold day! tak tahaaan!
hehe…xpe2, aku kasi ko can menang ler pelanggan falafel alhana kali ni..eheh..ko sbnya kan, kena kan, pegi slalu tau, alih2 nnt ko akn ada favourite menu nye..cayala ckap aku…n pelayan akn tahu itu menu fav mu…ahaha..alau variety skli pon pilihan ko, pasti ada 1 yg menarik hati dan melekat di hati dlm byk2 pilihan…
hmm..rasa mcm brckap ttg subjek lain pula…