Bangun awal sebab pulangkan kereta sewa. Kitorang sewa kereta untuk ke Scotland. Dek kerana hari ni baru orang kerja balik macam biasa, so baru dapat pulangkan hari ini.
Agaknya salji atau fleet turun semalam, pagi ini berais cermin kereta. Mujur tak melekat. So, bila wiper pun dah keluar.
Tadi suhu mencecah -3 darjah. Tahun ini proper winter. Agaknya proper summer. Fizah atau Syafiqah (Shasha, keke) tanya aku kenapa aku panggil ‘proper summer’. Sebab tahun sebelum ini, walaupun summer, kena bawak sweater. Sebab tetiba suhu boleh jatuh.
Moral of the substory: Jangan ralit di telefon tika berjalan di musim sejuk.
Dan aku teringat, pernah berjalan dengan Kak Nur atau Kak Shifa (juga konsep atau), kitorang berkata ‘panasnya hari ini’ walaupun suhu baru 16 darjah macam tu. Itu berlaku bila tak proper summer. Kalau proper summer, memang kena pakai baju nipis.
So, agaknya dek kerana proper summer, maka properlah juga winternya.
Pemahaman aku la…
Oh, semalam terjatuh waktu nak gi ke kereta. Tengah bercakap dengan Kam waktu tu. Tetiba terslide dan terbaring, tapi tak sakit, so ok. Handphone aku tercampak dan terseret ke bawah gon. Nasib baik kawasan parking depan halls. Kalo tak, entah apa dah jadi dengan handphone tuh.
Semalam aku tengok Sherlock Holmes dengan Kam dan Syafiqah. Bleh tak aku kabur-kabur faham apa yang Robert Downey Jr dan Jude Law cakap sebab diorang guna slanga British. Ish ish, dah la dah dok kat UK dah nih. Bila Rachel McAdams masuk, dan cakap guna slanga US, terus aku faham. Atau maybe jugak slang Robert Downey Jr yang pelik. Bila diwikipedia baru aku tahu yang bapak Robert Downey Jr ialah ialah Irish dan mak dia German + Scottish. Padanlah. Scottish punya accent lagilah susah.
Moral of the substory: Kalau dah biasa tengok cerita US, mesti janggal dengan accent UK walaupun dah duk sini lama.
Ok, nak pi makan
Lutfi…. happy New year!!!….