Senayan

Hari ini ialah hari yang produktif.

Sangat gembira bila produktif.

Tidur lewat semalam. 6.30 pagi. Sebab gaya nak tidur, tetiba bersemangat nak buat programming. Dah habis-habis programming, dah pukul 5 pagi. Subuh 5.40. Pastu kelaparan. Jadi makan 2 slices pizza. Pastu subuh dan tido.

Bangun dekat 12 tengah hari. Bersemangat waja bangun sebab ada induksi untuk gym. Tetiba semangat untuk pergi gym dan work out. New passion. Ada semangat yang sama aku nak pergi debat.

Flashback: Waktu kat USM, aku suka join debat. Debat telah memaksa aku untuk study di waktu siang hari (dan tak mencari fakta kes seperti orang lain) dan kemudian pergi training debat waktu malam. Bila nak pergi, hati terasa berbunga-bunga. Semangat. Sama juga bila bangun pagi dan drive kereta ke SMK Labu Besar waktu hari buat Pumpkin Race atau hari untuk meeting dengan crew. Aku suka perasaan itu.

Maka di Durham, aku mencari-cari juga aktiviti yang sama. X-Factor night – yes, especially bila mengenangkan akan makan sedap. Tapi aku cuba nak join benda-benda.

Debat ~ tak berjaya. Rasa berat hati untuk pergi. Orang kat sini tak best. Topik perdebatan pun agak berbeza dari segi isu dan norma. So, aku hilang passion.

Choir ~ Keke, tak cerita pun. Aku sempat pergi koir 2 kali. Ala-ala terbayang dalam Glee kejap. Tapi, tak bestlah sebab diorang ada buat church song. So, aku tak pergi.

And then come this boxercise with Rachel. Tetiba sekarang sedang passionate untuk workout. Workout! Bukan bersukan. Tadi waktu induksi pukul 1 petang, ada juga apa benda tu ~ yang untuk ditumbuk tuh. Sangat best boxing. Dapat melepaskan kemarahan, keroyanan dan ketidakpuashatian dalam hati.

Abis induksi pukul 2pm. Kemudian aku ke Falafel punya kedai. Makan kebab. Gembiranya bila perut penuh. Terus hati berbunga-bunga. Then suddenly walking to the bus stop, I think. It’s rather easy to please a guy. Fill his stomach. (Tips untuk wanita-wanita yang sudah berkahwin, kalau bawak husband pergi bershopping, make sure diorang sentiasa dalam keadaan kekenyangan terutamanya bila nak beli bebenda mahal atau yang tak sepatutnya)

Pukul 3, meeting dengan sv. Hari ini tetiba aku bersemangat dan keluarkan idea yang terdapat semalam. Ah, bestnya bila meeting flow baik.

Pukul 4, berjumpa junior-junior baru, anak buah sv. Ying dan Dave. Ying, 25 dari China dan Dave 21 dari Manchester. Membentangkan hasil kerja aku dan kemudian berborak dengan diorang selama 45 minit. Not bad eh. Sudah buat kawan baru.

Perut masih penuh, maka mood sangat baik.

So, hari ini ialah hari yang produktif. Alhamdulillah.

P.S: Semalam sampai sejam aku tunggu pizza, sebab dia salah copy no phone. Terus rasa nak menyebai. Nasib baik hari ini lebih baik. Hehe:D


5 Responses to “Senayan”

  1. Pingu Toha says:

    Pembetulan:

    Tips untuk wanita-wanita yang sudah berkahwin (read: mahu kawen am), kalau bawak husband (read: am) pergi bershopping, make sure diorang (read: am) sentiasa dalam keadaan kekenyangan terutamanya bila nak beli bebenda mahal atau yang tak sepatutnya.

    huahuahua

  2. Lutfi Amri says:

    wah halim.. bolehlah macam tuh. keke:D

  3. alien mulut besar says:

    Setuju dengan Pingu.
    sesuatu, sesuatu. hehehe.

    Silent2 reader sekalian, tu sudah ada tips..apa lagi, catat dalam buku nota! kekeke

  4. Allan's secret admirer says:

    “X-Factor night – yes, especially bila mengenangkan akan makan sedap” …. wah, no wonder la ada orang tu sanggup meredah kesejukan durham semata nak makan sedap…. sorry la last week, makan sedap tak cukup nak tapau… ingatkan dah makan sedap kat fisher’s house, tak ada ruang nak makan lagi dah… :D

  5. Lutfi Amri says:

    oh, sekarang tengah menambah berat.tu sebab makan banyak. keke

Leave a Reply

See also: