Archive for October, 2009

Weh


2009
10.20

Terasa macam reramai datang mengangkat banner memberikan sokongan moral dek kerana post lepas.

Okey dah weh.

Tak pulih sepenuhnya. Semalam still batuk waktu tido (kesian la budak Thai yang dok sebelah bilik aku, conform terjaga sebab batuk aku jenis kuat), tapi batuk dah datang dari tekak. Bukan dari dada. Batuk dari dada, sakit woo.

Kak Nur hantar makan untuk semalam dan Abang Amir hantar untuk hari ini. Kena bagitau dah okey, nanti kang ada lagi yang datang menghantar.

Agaknya mak aku memberikan aura dari jauh kot. Mak aku cakap, ‘contactlah Kak Nur. Suruh dia masakkan. Tak pun mintak tolong Abang Amir’. Hari tu tak terasa. Bukan, bukan sebab malu alah. Aku jarang malu-malu alah. Tapi memang takde selera.

Ah, okeylah.

Kalau memaksa diri menulis blog, mesti ayat yang keluar biasa-biasa saja.

P.S: Blog lebih menarik apabila ditulis bila cranky

P.S 2: Terima kasih atas komen-komen dari rakan-rakan, pembaca-pembaca blog, fans (keke). Segala nasihat dan tunjuk ajar sangat saya hargai.

Hari


2009
10.18

Mode: Jiwa kacau, cranky, tidak stabil. Read at your own risk!

Frustrated.

Dah 4 hari dah nih. Batuk dengan teruknya. Selsema juga ada.

Takde selera.

Batuk dengan teruk. Lemah seluruh badan.

Malam-malam, badan jadi panas sikit. Makan Panadol dan okey.

Terpaksa berbaring kerana tiada upaya. Tak dapat buat kerja.

Seriously, if anyone ask me if it is swine-flu again, I am wishing that you got one. Takde benda lain ke? [Ini sedang emo].

Uh, buruk benar perangai menaip entri emo ini.

Well, you say you wanna know me. This is me. Cranky bila tidak sihat. I’m spoilt. What do you expect?

~

Menelefon mak. Dia sebak dan risau. Ish, ni salahnya call bagitau tak sihat nih.

Kalau tak bagitau pun dia ada sixth-sense jugak. Lagilah dia risau.

[Ini emo no 2]

Mak aku risau itu hari. Dia nak suruh kawin. Bagi ada orang jaga. She’s my mom. It’s her concern. I respect that.

Kalau orang lain bagi point yang itu, aku juga nak ulang. Takde benda lain ke nak suruh? Sunyi -> kawin. Sakit -> kawin.

See, buruknya aku emo.

Aku sedang meletup sebab kepenatan. Sabar, sabar. Aku memujuk diri sendiri.

Harap-harap sakit ini kafarah dosa. Perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Maka sila bantu aku. Dua perkara di atas, usah ditanya. Ceritalah tentang hari-harimu di dalam blog. Aku baca dan tersenyum. Cerita-cerita bebiri yang mengikut riang. Gambar-gambar indah di bumi Tuhan. Cerita kulitmu yang sudah kembali tanned kerna kamu warga bumi permaisuri. Ceritalah. Ceritalah perjalanan dirimu yang popular untuk ditanya. Atau kecewamu selaku makhluk bukan luar biasa. Usahlah diam seribu bahasa. Nombor 1 dan 2, 3 mahupun ambil 4 itu masih aku rindu. Aku mahu menang kamu lagi. Ceritalah dirimu di titian pelangi. Dan pengalaman baru bersama 2 yang baru. Ceritalah.

Usah kau bermuram dan mengirim salam takziah. Doakan ini kafarah dosa dan aku mampu bergembira dengan kurniaNya.

~

Emo dari Brackenbury [tapi kan cam-cam sweet kan hujung-hujung].
naturalhistory

Makanan rapu menyebabkan emosi luar kawal


2009
10.17

I

Bergossip dengan Cik Pengurus tentang konsep kefahaman dari blog lepas.

Kesimpulan yang aku suka ‘makanan rapu menyebabkan emosi luar kawal’. Setujukah En Rosmin?

Terfikir, adakah aku suka makan makanan rapu? Oh. Kadang-kadang. Tapi kat sini kurang makan. ‘Kurang makan menyebabkan cranky’. Tak gitu Kak Khalidah?

II

Batuk dah berkurangan. Mari tidur!

Cough


2009
10.16

1. Batuk

Batuk dan selsema. Tak demam sudah cukup baik. Sekurang-kurangnya hanya cranky sebab tak larat bercakap. Tapi masih sempat menelefon Mahadi membincangkan tentang masalah sosio-ekonomi tempatan.

2. Lesen

Lesen sudah sampai. Kat sini, diorang pos lesen ke rumah. Sistem pos di UK lebih boleh dipercayai. So, diorang berani buat macam tu.

3. Science Fiction

Aku suka Stargate. A lot. Aku suka Doraemon juga. Tidak. Bukan mesin masa. Aku tak mahu lihat apa terjadi 10 tahun akan datang. Biarlah itu rahsia. Itu indahnya hidup. Tidak tahu apa hari esok.

4. Batuk II

Batuk ini agak teruk. Ini musim. Mungkin. Sebab tadi waktu Jumaat pun ramai yang batuk-batuk. Flatmate aku depan bilik, Ben, juga selsema dan batuk.

5. Faham.

Cukuplah aku kata itu. Faham? Ini keji sesama rerakan. Orang lain tidak perlu tahu. Cik Pengurus boleh buzz saya kalau nak faham. Rosmin, ko faham kan? Hehe.

6. Telefon.

Lepas Jumaat, sesampai di bilik, terus call mak. Bagitau tidak demam. Batuk dan selsema saja. Nanti kalau tak bagitau, dia risau lebih-lebih.

7. Bad Boys

Dengar lagu Alexandra Burke ini waktu di X-Factor Result Show minggu lepas. Agak catchy. Sudah pun didownload. Kadangkala lagu dance pun okey jugak. Tapi orang UK memang suka lagu dance. Bosan.

8. Gambar.

Mari masukkan gambar kat London yang rasa macam cambest. Oh tidak. Tetiba rasa malas. Hendak rehat. Ciao

Kecewa


2009
10.15

Kecewa dan sedih.

Sob sob.

[contains spoiler for Amazing Race]

Zev dan Justin kena singkir dari Amazing Race. Terus meninggalkan impak sebab diorang team pertama sampai kat pitstop. Pastu diorang kena singkir sebab hilang passport dan tak jumpa.

Aaah.Tak bestnya episod-episod macam ini.

Life goes on.

Pendek


2009
10.15

1

Rosmin baru jer blah. Dia amik teksi ke Newcastle Airport.

2

Abang Tra tanya apsal lama tak update blog. Turun London 2-3 hari dengan Rosmin. Sempat masuk Madame Tussaud (guna 2 for 1 ticket), tengok Up kat Imax London (tak best pun Imax. Biasa jer. Dok jer kat kerusi depan panggung biasa, rasa besar jugak skrin tuh) dan sempat tengok teater muzikal – Oliver (pilih yang nih sebab gi kaunter, pastu tanya yang mana satu teater paling murah. First time tengok teater. Boleh tahan jugak.

3

Masa untuk study! Tapi kena makan dulu.

Tulis


2009
10.11

Tak bersemangat untuk menulis blog.
Kemudian terbaca blog rakan-rakan.

Sungguh terinspirasi. Meluahkan kata hati dengan penuh kesopanan. Tidak seperti aku dan Cik Pengurus. Kalau tidak puas hati, kalau ingin berjiwang, penuh dengan segala keroyanan. Terus berbaur emo.

Bak kata orang (entah sapa yang kata), kalau kita berlembut, orang lebih mendengar.

Membaca membuka minda. Hari ini, aku membaca dan terus bersemangat. Terasa aura-aura positif keluar dari jiwa dan raga. Keke.

Berbual dengan Kam semalam. Tentang dia yang sudah lama tidak update blog. Aku ujar, usah tulis kalau tidak ada mood. Nanti tidak menjadi. Nanti ayat tidak sedap. Nanti maksud tidak sampai.

Tidak. Taklah aku bercakap sebegitu. Maksudnya sahaja lebih kurang seperti itu. Tapi dengan inspirasi yang tadi, tiba-tiba terasa ingin menulis sebegini. “Semangat Mahadi”, mungkin itu boleh dijadikan terma. Walau tidak sampai tahap, tapi.. bolehlah.

Oleh itu Cik Pengurus, usahlah meroyan jika blog tidak diupdate.

Mungkin hari-hari ini sebenarnya indah dan tiada apa untuk digusarkan.

Atau mungkin hari-hari ini memang gusar tapi tidak mampu untuk diceritakan.

Tapi saya (dengan Cik Pengurus, berbahasa ‘saya’) tetap akan menulis. Tulisan ini akan menjadi titis-titis air mata gembira mahupun duka. Takkan terus senyap seperti orang itu yang diam seribu bahasa beberapa purnama kerana gulana. Mungkin juga kerana beku dek musim dingin. Siapa tahu. Ah ya, dan tidak lupa mengeji juga. Keke.

Tiada Sempadan (Malay Version of No Boundaries)


2009
10.08

Lyrics:

Detik waktu menjadi hari
Berapa lama akan ku nanti
Tiap detik ku menunggu
Terasa makin kelu
Peluang aku semakin kelam
Mungkin jalanku semakin suram
Tapi kau berikan punca
Untuk ku terus mencuba
di sini ku bertahan

Setiap langkah gunung di daki
Setiap nafas ku percaya
Biarkan segala halangan kan tiba
Kan terus ku cuba
Bila jalan kan penuh berliku
Bila impian makin jauh
Pasrah kepadaNya tahulah bahawa
tiada sempadan
tiada sempadan

Ku cuba sgalanya,oh masih sama
Apakah jika ini pehujungnya
Tidakkan ku tahu esok
bagaimana menyapa
Telah ku lalui setiap arah
Takkan berhenti kaki yang melangkah
kaki melangkah
Oh, di sini ku bertahan

Setiap langkah gunung di daki
Setiap nafas ku perca^ya
Biarkan segala halangan kan tiba
Kan terus ku cuba
Bila jalan kan penuh berliku
Bila impian makin jauh
Pasrah kepadaNya tahulah bahawa

Setinggi langit
Sedalam laut
Tiada sempadan
di mana kau ada
Lakukan segala dan kau yakin pada yang Esa

Setiap langkah gunung di daki
Setiap nafas ku perca^ya
Biarkan segala halangan kan tiba
Kan terus ku cuba
Bila jalan kan penuh berliku
Bila impian makin jauh
Pasrah kepadaNya tahulah bahawa
Tiada sempadan    Tiada sempadan
Tiada sempadan

In a few hours and I’m Yours


2009
10.07

Okeh, video klip dah nak siap. This is a rather simple video clip. I don’t like it. I prefer it when I can be creative. Macam video klip I’m Yours.  Atau Situation. Coz my passion is in video editing. That’s why I enjoyed editing Amazing Race Durham and Europe Backpacking. It’s like delivering a story. I’m Yours Malay Version is full of stories if you should know. Ada gak komen-komen yang aku baca awal-awal cakap video ini tiada kaitan dengan lirik. I guess I was using the non-related approach. You know when you watch some English videos where the clip doesn’t has anything to do with the songs. Yeah, that sort of thing with I’m Yours Malay Version.

If one want to know, I’m Yours is about my friends and me.
imyours1
Bermula dengan aku yang melepak-lepak main komputer, kemudian mendarat di padang rumput. So, trademark bebiri pun dah ada. That is Cik Pengurus. So, apa yang dibualkan tuh sebenarnya bergurau (Cik Pengurus: read mengeji) tentang ikan dan Sepanyol. Keke, tak perlulah dipanjangkan apa kandungannya. Sapa nak tahu tanya Cik Pengurus:>

Kemudian aku pun berjalan-jalan. That’s just a storyline la kan.

And then I read a book called L.U.V.E

imyours2Itu buku tulisan Pingu Toha, one of my friend who I know back in USM. He contributes much in the translation of this song.

Tak baca lagi buku nih.

Kemudian dalam video tuh, aku menunggu bas sambil bercakap fasal Subaidah dan Pulau Pinang. Tu lah Mahadi. Kan ke macam dalamimyours3 lab tuh.

Kat sini ada banyak free minutes (dengan bayar satu amaun sebulan pada syarikat telekomunikasi). Kalau tidak aku bleh call free ke nombor Mahadi sebelum dia membelot meninggalkan syarikat ’3′. Keke.

So, bila tunggu bas, aku memang selalu call Mahadi untuk kill some time. So, sometimes we do talk about kerinduan terhadap Subaidah dan Khalil serta imyours4cerita-cerita tika di USM dulu.

Pastu aku naik bas X1. Itu bas free kat sini. Sepatutnya kalau dari lokasi kolej aku, aku kena naik bas X1 yang bertulis Middlesbrough. Tapi yang tuh tulis Newc as in Newcastle. So, secara logiknya dalimyours5am video ituh, aku berada somewhere di Stockton mungkin?

Biasanya, kalau naik bas X1 tuh sebab nak gi lepak rumah bebuda Brunei. Dan apalagi kalau bukan main UNO. And that happy girl is Zeah. As in real life, she’s gonna be happy kalau aku tetiba dapat Draw 4. Cis-cis.

And then, aku berjalan-jalan melalui poster-poster movie. He’s Just Not That Into You yang aku saja terjemah sebagai ‘Dia taklah berkenan pun kat hang’ dan mengakibatkan Cik Pengurus serta Abang Tra berspekulasi sebab tak tau aku rujuk movie tuh. Plus High School Musical. Yeah, I like those crappy musical. Why not?

imyours6And then you got one poster with ‘Heroes’. Itu sebenarnya dari entri yang bertajuk Heroes. Kitorang pakat-pakat merapu superpower yang kitorang teringin.

Baca entri itu di sini.imyours7

Pastu ada part yang 3 orang kat peta bumi. Those are Mahadi in UK, Abang Tra in Malaysia and Kak Khalidah in Aussie.

Dan penutup dengan blog-blog kawan-kawan yang aku ikuti.

So, ever wonder why my friends like the video so much? Hehe.

Okeh, meh nak siapkan video dan upload.

Hopefully next video I will be able to be more creative.

1.30am
Dah upload. Checklah link nih kot2 Youtube dah siap proses

Fresh


2009
10.07

I

Cik Pengurus sudah mula meroyan. Wah wah. Sebenarnya dah buat video klip simple-simple. Boh green screen kat dalam bilik. Dah mula edit itu hari. Tapi tak puas hati. Tuh sebabnya delay. Sebab gi rakam semula. Bosan gak buat video klip. Penat. Tak larat nak buat aksi. Kalau macam yang Kam cameo itu, at least ada jalan cerita sikit, so ada sasaran. Lagu baru nih takde sasaran. Kenapa buat video klip jugak? Untuk tujuan claim that this is my translation. Itu saja. Bubuh kartun-kartun, terus orang lain mengaku bagi pihak orang lain. So, nak buat macam mana.

So, sorry sebab janji tidak dikotakan. Kita guna konsep rawak sajalah lepas nih. Kalau ada, ada.. Kalau tidak. Tunggulah. Buat sementara ini, masih ada lagu-lagu yang rajin untuk aku terjemah. Saja. Itu hobi bosan-bosan.

II

Pass driving test hari ini. Kebetulan Abang Amir pun amik pada slot waktu yang sama, dan turut pass. Alhamdulillah. Dapatlah lesen driving UK. Best. Jeling dengki pada Mahadi yang dapat lesen UK dengan cara lain, tapi legal. Nasihat kepada orang-orang yang nak amik lesen, ala.. guna ja cara pintas. Kalau ada cara yang lebih mudah, tapi legal, buat jalah. Kenapa nak menyusahkan diri buat cara yang susah. Keyword di sini ‘asalkan legal’.

Takpe, sudah ada lesen UK, tak perlulah berasa dengki kepada Mahadi lagi. Keke.

III

Durham is alive again. Bebudak baru dah masuk. Tapi musim luruh sudah tiba. Asar masuk 3.45 hari ini. Maghrib dah mendekati pukul 6. Akhir bulan nih, lepas tukar DST, matahari terbit 7 lebih, terbenam 4.30 petang. Takpe, mujur tidak seperti Ratu Geelong yang berubah menjadi *ahem* bila waktu siang menjadi pendek dan tidak dapat cahaya mentari yang mencukupi. Aku tak kisah pon. Plus, kulit boleh menjadi makin cerah. Keke.

Ciao