Archive for October, 2009

You Belong With Me (Malay Version)


2009
10.31

It’s out.
I think the new video clip is cheesy. Kam said ‘nope, you got cheesier one already’. Yeah, betul la kot.

Anyway. Here it goes:-

Sekarang tengah guna laptop Kam, so takde lirik kat sini. Nanti-nanti aku boh. Lyrics is below.


Kenapa kau bermuram lagi
apa yang dia persoal kali ini
dia tidak bisa memahami

Aku di sini seperti biasa
mendengar lagu yang engkau pun suka
adakah dia seperti itu

Dia hebat dan bergaya
aku tidak punya apa-apa
terus berharap yang suatu hari
kau kan menyedari siapa selalu di sisi

Jika kau mampu melihat siapa aku
yang menunggu mu kan kamu tahu
kau sepatutnya bersamaku
oh bersamaku

Berjalan seiring oh bersama
bukankah ini yang terjadi sepatutnya
kita tersenyum dan juga ketawa
oh sungguh mudahnya

Dan kau punya senyuman menyinarkan cahaya
pudar setelah kau bersama si dia
usah kau sembunyi dari diriku
perlukah kau terus tipu dirimu

Dia hebat dan bergaya
aku tidak punya apa-apa
terus berharap yang suatu hari
kau kan menyedari siapa selalu di sisi

Jika kau mampu melihat siapa aku
yang menunggu mu kan kamu tahu
kau sepatutnya bersamaku

Menunggu kamu dari dahulu
selama ini tidakkah kau tahu
kau sepatutnya bersamaku
oh bersamaku

Masihku ingat di kala itu tika kau kesedihan
akulah yang membuatkan engkau mampu tertawa
ku tahu lagumu juga segala impian
oh sedarkah dirimu kita patut bersama

Jika kau mampu melihat siapa aku
yang menunggu mu kan kamu tahu
kau sepatutnya bersamaku

Menunggu kamu dari dahulu
selama ini tidakkah kau tahu
kau sepatutnya bersamaku
oh bersamaku
oh bersamaku

Selama ini kamu tidak tahu
kau sepatutnya bersamaku
oh bersamaku

Numb II


2009
10.30

Check balik post-post lama. Rupa-rupanya tampalan hari tu dilakukan pada bulan 3. Gigi yang sama. It can’t be help with filling anymore.

Aku pergi klinik kat Ferryhill tadi. Baru tahu minggu nih, rupa-rupanya kalau sakit gigi, boleh buat appointment emergency. Ai ai. Tidak tahu lebih awal. Kalau tak boleh pergi awal lagi. Terpaksa bercrankyan sepanjang minggu dek kerana sakit gigi yang menyerang.

Doktor lain. Accent dia lebih difahami. So, aku faham la apa benda yang dia cakap. Dia tanya nak cabut ke nak simpan. Saja jer doktor nih buat-buat tanya. Tentulah aku jawab nak simpan. Dia cakap kalau nak simpan, kena buat root canal treatmentlah. Korek buang tampalan, dan do something on the nerves system. Tapi hari ini dia nak buat filling dulu. Okeh, kali ni aku clear. Hari tu aku blur-blur, terperasan yang dia buat root canal padahal filling biasa.

So, dia cucuk ubat kebas kat gusi. Aih, tak suka betul ubat-ubat kebas nih. Tapi agaknya kalau tak cucuk ubat kebas, nanti sakit kot waktu dia gerodek-gerodek?

Sekejap jer dia buat filling. Next appoinment untuk root canal ialah pada 20hb, sehari dua lepas balik dari konferens nanti. Okeylah.

Tapi balik rumah, bila kekebasan semakin menghilang, gusi mula terasa sangat sakit. Aku telan panadol with codeine 2 bijik dan tidur. Nih, dah kurang. Tapi still ada cam bzzzt bzzzt kat gigi.

Nak masak sup cendawan (segera, disponsor oleh Rumah 60) dan makan dengan roti. Sekarang baru terasa lapar.

Man-code


2009
10.29

Aku melihat-lihat status di Facebook. Jarang-jarang aku respon pada komen kawan-kawan. Kalau-kalau ada idea untuk mengeji, baru aku tulis. Status sendiri? Hm.. aku malas update. Kenapa ya?

Entahlah. Kalau hendak menulis status yang berbaur keluhan, pasti diupdate setiap jam. Mungkin juga kerana aku tidak mahu mendengar komen balas pada keluhan aku? Respon pada link video – sangat aku hargai. Komen-komen Youtube juga tidak apa. Biarpun yang teruk. Kalau setakat cakap ’sucks’ atau ‘pathetic’, aku tidak kisah. Kalau komen-komen yang sedikit biadap terutamanya yang berbaur kenegaraan, aku padam.

Ada seorang bercakap, dah aku masukkan video tu dalam Youtube, maksudnya aku perlu terimalah kalau orang hendak tengok dan komen. Tidak, dia bermaksud baik. Tapi kalau salah nada, memang boleh terasa.

Oh betul. Aku tidak kisah. Komen buruk aku terima. Komen baik juga ramai. Tidak apa. Tak payahlah susah-susah untuk membeli album sebagai sokongan. Jika suka, doakan aku berjaya dunia dan akhirat. Doakan juga aku dapat tamatkan pengajian ini dengan jayanya sebelum akhir March 2011.

Oh, tiba-tiba entri ini seperti sayu.

Tidak bermaksud untuk menulis entri yang sayu.

Tadi ketika membasuh pinggan, aku terfikir tentang status facebook. Selalu dapat idea ketika basuh pinggan. Idea untuk tulis dalam blog. Aku teringat tika berbual dengan beberapa sahabat.

Apa yang diinginkan ketika berduka?

Jawapan aku dan seorang lagi kawan aku sama. Hendak ada orang di sisi. Tidak perlu berbual. Tidak perlu memujuk. Cukuplah berteman. Tambah kawan aku, bila tiba masanya untuk dia bersuara dan mahu bercakap, dia akan memulakan bicara.

Ini ego biasa lelaki. Pernah satu kali sahabat aku itu menangis. Aku berdiri di sebelah. Diam. Tidak bersuara. Kerana aku tahu jika ditanya banyak-banyak seperti ‘are you alright?’ atau kata-kata semangat  dilempar, pasti dia lagi berduka (baca: cranky). Aku juga begitu. Itu mungkin sebab aku jarang berkongsi duka di dalam blog. Kerna ramai tidak faham man-code. Bukan salah mereka tidak faham. Mungkin juga salah aku kerana punya ego. Mungkin juga bukan satu kesalahan untuk punya ego. Man without ego ~ hm.. that’s bad.

Itulah.

Manusia ini sukar difahami. Kadangkala orang bermaksud baik, sekadar ingin mengambil berat. Tapi disalah anggap.

Wah, kenapa entri kali ini sangat dark?

Apa salahnya, ye tak?

Atau mungkin juga menyerap aura negatif dari Cik Pengurus. Ish ish ish.

If I Knew Then


2009
10.29

If I Knew Then

Tak abis lagi dengan lagu BSB – If I Knew Then

Takpe, Cik Pengurus takyah tekan. Takdelah apa yang special pun dengan lagu nih. Just sebab nih antara 7 lagu yang aku suka dari 12 lagu dari album diorang.

Sila beri perhatian pada lirik berikut:

But there ain’t no handbook
You’re on your own
Got no instructions
When it comes to love
Cuz once you do something
Can’t be undone
Wish I could take back
Letting you go

Disclaimer sekali lagi (versi improve setelah dibidas Mahadi): Lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Tapi kalau ada yang terasa, apa boleh dibuat. Hati dan perasaan nih, bukan boleh dipaksa-paksa.

Keke.

Gigi

Rupa-rupanya boleh call untuk buat appoinment emergency kalau sakit gigi. Barulah aku tahu selepas menelefon akak kaunter kat klinik gigi dekat Ferryhill. Ish, habis reputasi aku sebagai pesakit gigi berpengalaman di UK nih, tak tahu bebenda asas nih.

Anyway, hari ni tak berapa sakit dah. Tapi tengoklah, kalau rajin, esok pagi nak call jugak.

Makan

Just nak berkongsi info. Kalau blog Kak Zarina penuh dengan resipi, nih pulak bagaimana hendak hidup di UK, tapi malas nak masak, tapi nak makan.
nasik

Hah nilah nasik microwave oven. Nasik belah kiri, yang belah kanan tu Risotto. Aku tak pernah try lagi, tapi terjumpak kat Tesco tadi, so grab sebab nak try. Nasik tuh 2 minit, Risotto lak 3 minit. Selalunya aku akan makan dengan ayam goreng.

Rosmin marah sebab harga nasik nih memang over sikit kalau nak dibandingkan dengan masak sendiri. Tapi dek kerana alasan aku ~ malas, which can’t be helpful, so.. what can you do about it?

Okeh, dah lapar. Ciao.

TripFilm


2009
10.28

Video

So, someone from Tripfilm.com hantar mesej kat aku melalui Youtube. Dia tengok video backpacking aku. Dia jemput upload kat site dia sebab ada reward etc. Macam menarik. Akan aku consider. Dan aku tengok, rupanya diorang ada ‘jobs’ untuk buat videolog, diorang sponsor accommodation. Wah wah. This should be my next target. Accommodation is a huge thing in travelling. Kalau ada tempat melepak, dah save banyak dah. Plus, mencapap dalam internet seems to be my hobby. Hehe.

This Is Us

Oh, sila dengar lagu kedua yang aku suka dari album baru BSB. Tajuknya This Is Us.

Sekali lagi perlu disclaimer yang lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Apsal entah terasa perlu buat disclaimer. Sebab orang suka spekulasi? Ya, ya. Let’s blame the others.

Hari tu dah kecewa dengan lagu Shattered kan, so kali ni sila beri perhatian pada lirik berikut:

And it’s a miracle how broken hearts can mend
Wont you dry up all those tear drops and start again’

Cik Pengurus selalunya tak berapa suka lagu-lagu camni sebab diorang buat suara tinggi camtuh. Cik Pengurus, sila beri komen (walaupun ini bermakna anda terpaksa menekan butang play pada video yang takda Yamapi dan seangkatan).

Autumn

Nak kata sangat sejuk, taklah. Tapi hari yang semakin pendek seperti meruntun jiwa dan raga untuk terasa lebih malas. Takpe, sedang mengadjustkan diri.

autumn2

Gambar nih amik Jumaat lepas. Dekat dengan School of Engineering. Aku jalan hari Isnin, dah abis gugur dah suma daun. Sigh. Well, they call it Fall for a reason.

Oh, takleh panggil fall. Orang UK sangat kritikal pada istilah. Aku sebut fall, diorang rasa lain. It’s autumn! Fall untuk American. Yeah yeah.

Takleh nak kutuk orang UK jugak. Orang Kedah pun kritikal bagi perkataan semalam dan kelmarin. Well..

Drill


2009
10.27

I

Entah berapa puluh kali agaknya entri fasal gigi sakit perlu diulang.

Gigi sakit kembali. Tidak sakit sehingga tungging terbalik. Hanya cranky yang berterusan. Ini gigi yang sama itu hari. Dah ditampal. Tapi rasanya masalah akar. Hari tu dentist tuh dah cakap, kalau problem lagi, barulah akan buat rawatan akar (root canal thingy). So, dah set appointment. Tengoklah macam mana.

II

Hari ini diorang tetiba buat fire drill. Aku tengah berkain pelekat dalam bilik. Cepat-cepat pakai jeans, dan sambar jaket. Yes, sempat untuk kemas lari keluar meskipun fire drill. Uh, I’ve been watching too much of Paris Hilton. Darn.

Kat luar, macam-macam fesyen ada. Banyak gak yang tak pakai sweater, which is weird. Nanti tak mati kebakaran, mati kesejukan pulak kat luar. Anyway, ada yang baru lepas mandi dan menyambar bathrobe jer.

Backpacking Day 5


2009
10.25

Video baru. Berazam untuk habiskan editing video backpacking. Sebab sayanglah kenangan tak diedit. Hari tu tengok balik video-video lama ~ agak best.

Day 5. HD version is available. English subtitle is available as well.

DST


2009
10.25

Tukar DST semalam. Aku bagitau Hafiz, junior dari Brunei. Dia terpinga sekejap. Rupa-rupanya DST tuh ala-ala Digi, Celcom etc kat Brunei. Wah wah.

Hafiz Brunei pekat. Walaupun aku dah biasa dengar Arni, Zatul, Nurul, Kam etc cakap Brunei, tapi Hafiz punya telor lagi pekat. Taaak, Zeah tak cukup pekat.  Zeah Brunei biasa-biasa saja.

Hari tu aku belajar dua perkataan baru. Satu – bini bini. Merujuk kepada perempuan. Semalam, main game Mario Party (sila rujuk blog Kam untuk lihat gambar kemenangan Kam, cis cis); Hafiz guna lagi perkataan tuh. Bini-bini. Aku rasa sedikit cali (cali is funny). Perkataan kedua ialah menyalat. Contoh ayat (seperti yang digunakan oleh Hafiz dalam sms dia), ‘bila sampai? Menyalat aku  di sini?’. Menyalat bermaksud keseorangan, dalam konteks tadi, satu-satunya lelaki dalam tempat tersebut.

Anyway, that’s about new people in Durham. Nanti-nanti aku gosip fasal flatmates pulak (Untuk perhatian: Cik Pengurus).

Oh, semalam termimpi fasal Kak Zila. Kak Zila dah balik Malaysia for good hari Jumaat hari tuh. Kurang lagi satu geng main bintang.

Anyway, dek kerana DST, jam bergerak 1 jam ke depan hari ini. What happened is, kalau semalam Maghrib masuk pukul 5.5o, hari ini akan jadi dalam 4.50 (waktu tepat Maghrib hari ini ialah 4.45).

So, tetiba akan terasa gelap datang lebih cepat. Inilah masanya untuk lepak dalam bilik dan buat aktiviti indoor.

One of the reason why shop close early as well.

Anyway..

In my definition of friendship…


2009
10.24

Friendship is a tricky business. Nah, it is not a business anyway. But if you are doing a business with a friend, then it’s gonna be different. At least that is how I see it.

I told a friend of mine, ‘if I know it was her who is also my friend, I would be more flexible’. Nah, I am not referring to some bureaucracy which I’m giving him/her a free pass. Or giving him/her a special treatment because he/she is my friend while everyone is entitled to the same kind of treatment. I love to think that I am not that kind of person who give certain favour to people they like. At least, I’m wishing for it. Can’t be certain of myself.

Some people call it karma. I don’t like to use that term. I checked Wikipedia and even it says that the the concept is contradistinction from the Abrahamic religion. Let’s just say when you do good deed, you’ll be rewarded. And for someone that it close to your heart after your family, friends are among the people I am fond of. So what’s so bad about giving up few Pounds (or Ringgit) to someone who are close to my heart.

Because sometimes they will be giving you something more than that. Like cooking for me when I was sick, or making teh tarik when I was feeling spoilt (read: manja dan mengada-ngada). Or laughing over Britannia High or Glee. Or listening to my sorrow and joy. Or simply by giving me a company.

I just think that friends should be appreciated. That is why most of the people are not our friends. Because we do business with them. We exchange money with services. Or doing work together because both of us shares the responsibilities. Or help someone because they really need helps badly. That is what I think. At least that is how I see on the rest of the people I am not fond of. Getting paid of doing tutoring because I am not your friend, but I need the money. Need was not the right word. Perhaps ‘want’?; Or perhaps doing something together because that is my assignment. Or helping someone in need because I got something extra. It is still a business. Coz by doing good deed, I am hoping to get paid, but not from him.

The deal with friends are different. I do wanna do it because I am fond of you. Because that’s how I appreciate you. Since you had been appreciating me as well. In a lot of way. For example, knowing and understanding whenever I say I don’t wanna talk, or I need to stop this YMing just because I’m hungry and I want to grab some food. Or understanding me for not calling you for a couple of days because I’m juggling back with my life after getting sick, or not calling you for a couple of week because we are oceans aparts or  not calling you for a couple of months because I’m just lazy. That is what friends do. We know we care of each other. But we don’t have all the time in the world.

Nah, I’m not a very good friend. All of the saying doesn’t make me better than most people. I am just wishing I would be.

Defining who my friends are and who are not is just another sign that I am …not to say bad, but normal. Be a man, and treat everyone the same. But if you have someone who you love, would you treat her/him differently? I have a list of people who I adore, respect and fond of them. I am just being human for treating them differently.

So yeah. If I know it was you who is also my friend, I would react differently. But the boat is sailing and in all of the fairness, the deal has been made. Pity. Next time. Next time.

But yeah, friendship is a tricky business. And once you treat it like a business deal, I’m done with the friendship and let’s do business. For real!

[Soundtrack of the post: Glee - Keep Holding On. P.S: Zeah, you need to see this. I bet you gonna bit teary. Keke. Yang nih versi fan made. Versi asal lebih best sebab recapture the whole moment. Tapi blehlah. ]

Shattered


2009
10.22

Satu

Lagu Backstreet Boys dari album baru yang aku suka – Shattered.

Lagu nih tidak ditujukan kepada sesapa (perlu disclaimer ini untuk mengelakkan spekulasi. Kejian takpe).

Usage of the song: Kalo tetiba terkecewa sebab ditinggalkan.

Sila beri tumpuan pada saat 2 minit 30 saat yang berlirik seperti berikut:

Tell me what you’re really here for,
If you never really loved me
I gave my all but it still wasn’t enough

‘Cause all you had to say was that you ain’t
Looking for committment
Instead of telling me what I wanted to hear, oh-ho

You took my emotions
and scattered them on the ground
So hard to just pick up,
and move on with life, again

Dua

Sudah selesa sikit. Batuk masih ada. Semalam masih tak dapat tidur. Tapi takde pening-pening bila bangun. Jadi boleh buat kerja. Lega rasanya bila dah buat draft untuk presentation bulan depan.

Tiga

Glee!!!! New musical drama. Weekly pulak tuh. And first season ada 20 episod lebih. Best-best. Aku baru habis tengok episod 4. Japgi nak tengok episod 5. Uh, really make me miss when I used to watch Britannia High and discuss it later on with Zeah. Takpe, kalau catch up, lepas nih bleh la bergossip dengan Cik Pengurus. Sila tonton performance of their first episode kat sini Glee – Don’t Stop Believin’.