Archive for September, 2009

3 minit


2009
09.15

Mari menulis blog dalam 3 minit.

Lagi 3 minit nak jumpa supervisor. Kerja dah nak siap. Alhamdulillah.

So, lebih excited nak balik kampung sebab kerja dah nak siap.

Pastu Abang Amir jemput berbuka kat rumah dia malam nih. Takyah berbuka puasa dengan pizza macam 2 hari lepas. Dek kerana busy, dah tak gi memasak dengan Rosmin dan Kak Zila sejak 2-3 hari lepas.

Excited nak balik kampung masih belum hilang. Abang Jun, suruh Kak Siti gi Merbok sekali waktu hari adik sampai. Bawak Daim, Darwish dan Bulba sekali.

Yes, I’m still using ‘adik’, so what?

Yes, I call my nephew Bulba.

Dia selalu marah aku panggil dia Bulba.

Okeh, dah pukul 6.

Ciao

Backpacking Day 4


2009
09.13

Vlog baru!

Remember, available in HD, and also close-captioned.

Tengok dulu video sebelum baca di bawah.

Untuk video ini:-

1. Kitorang amik masa 4 jam ke Bratislava, 1 jam dari Bratislava ke Vienna. Dan dalam 5 jam dari Vienna ke Prague balik.

2. Sebutan Wien yang betul ialah [vi:n], bukannya seperti yang aku sebut dalam video.

3. Sayang woo, baju tu hilang. Plus baju tuh tengah sale.

4. Meskipun dikala kesedihan, sempat lagi aku merakam tuh.

5. Mahadi dah banyak sikit cakap dalam video nih:)

Lega


2009
09.12

Alhamdulillah, dah lega kot.

Kot. Sebabnya tak terasa semangat ho-ho! Puasa kan. Bukan salah puasa. Tapi dek kerana cuaca sini yang tak menentu. 2-3 hari lepas sejuk. Bila demam, menusuk ke tulang. Hari ini panas. Bila dah lega, tengah confuse ini rasa kering sebab demam ataupun sebab hari panas.

Anyway, sudah mahu balik beberapa hari lagi.  Deadline untuk submit paper waktu hari aku balik, so akan cuba siapkan dalam 1-2 hari ini. InsyaAllah, once dah submit, bolehlah rasa lega sikit dan menyambut raya dengan tenang.

Beg seperti biasa – masih belum dipack. Perlukah pack awal-awal? Mak aku duk risau tanya fasal baju raya. Rasanya ada bawak baju raya. Nantilah bawak balik. Aku bagitau mak aku jangan beli baju raya. Sebabnya baju raya nih pakai sekali jer time raya. Kalau kat Merbok, ada jugakla baju raya tahun-tahun lepas tu dibuat pakai untuk gi Solat Jumaat. Kalau di USM, tak pakai baju Melayu kat masjid. Gi Solat Jumaat pakai t-shirt jer. Kalau kat UK, ada sambutan raya, kengkadang pakai. Tapi rasa membazir jer beli baju yang kemudiannya jarang pakai.

Well, aku harap aku dapat mengekalkan semangat yang sama bila nanti sampai Malaysia, dan berjalan kat kedai-kedai yang jual baju raya yang cantik.

Okeh. Dah pukul 7 malam.

Sekarang dah masuk awal. 7.31 waktu berbuka puasa hari ini (as compared to 8 lebih waktu awal Ramadhan itu hari ye adik-adik).

Hari ni berbuka puasa solo. Selalu dengan Rosmin dan Kak Zila. Tak masak lagi.

Ciao.

Sentimental


2009
09.11

Post kali ini pendek. Kadang-kadang, why not?

It’s a typical day of a typical life.
Where life revolves around me and I’m living for myself.
I’m the protagonist of my own drama
and you might be regular or just recurring.
But in a typical day of a pure heart.
Where life is about everyone and not for himself.
Or herself.
Each one is an ensemble
to a bigger arch.

Lagu Raya tahun lepas


2009
09.10

Aku repost video aku dalam channel amrisolarstreak. Sebabnya, sejak lagu I’m Yours Malay Version menjadi popular, ada banyak gak subscriber bertambah dalam channel tuh. Mungkin ada yang berminat untuk tengok video klip lama ini.

Lagu ini dibuat tahun lepas bersama kengkawan dari Malaysia dan Brunei. Dalam video nih ~ Kak Zila dan Kak Shifa jer yang akan beraya kat sini tahun ini. Oh Yusran jugak, sebab dia ada sikit dalam tuh, kalau perasan. Yang lain semuanya balik Malaysia. Aku tengah recover demam nih. Doakan cepat pulih. Taknak balik Malaysia demam-demam, nanti kena tahan plak.

Erti


2009
09.08

Busy dengan erti kata sebenar. Sampai komen-komen kawan-kawan tinggalkan dalam blog pun perlu dispend satu masa untuk jawab. Itu tidak termasuk lagi mesej-mesej ‘fanclub’ (keke) yang bertanya fasal mp3 ada ke tak, request lagu dan juga mengucapkan selamat hari lahir. Cik Pengurus pun busy, tak sempat bergosip fasal benda-benda nih.

Hari ini masih demam. Tapi sekarang cam dah okey kot.[Memegang dahi]. Oh tak, masih panas.

Tapi tadi meeting dengan sv aku pun dah 2 jam. Abis pukul 7. Mujur terkebetulan terjumpak Kak Zila yang menunggu Rosmin nak berbuka dengan kawan diorang. Sempatlah menumpang kereta balik.

Bak kata Rosmin, kalau kerja kat Malaysia, bolehlah mintak MC. Nih, dengan deadline ini dan itu, aku gagahkan diri gi meeting sebab tengah terstuck. Seperti biasa, sv aku berjaya menenangkan keadaan. Harap-harap dia tidak catch virus demam aku. Amalina dah demam sikit-sikit dah lepas gathering kitorang semalam.

Balik dari department, aku  berkenalan dengan anak dara jiran depan rumah. Flat aku nih blok orang-orang single. Tapi entah apsal tingkat atas sekali, dia tempatkan family. Last time ada family dari US. Ni pun rupanya family dari US jugak. Aku saja tanya, ‘do u guys had just moved?’ bila ternampak bebudak kecik lari masuk dalam lift dan kebetulan ada dia punya kakak angkat kat situ.

So, sempatlah aku bersembang sekejap dengan budak perempuan tuh, tengah buat A-Level kat sini, daripada Germany. Tetiba termode ramah, siap sampai bercakap fasal lagu ‘Ein Kompliment’ yang aku minat yang aku dengar kat Europe hari itu. Dalam hati kipas-kipas muka. Kalau dalam adengan movie, ini seperti flirting. Ish ish. Takpe, aku tak cakap ‘see you around’ mahupun ‘would you like to have a coffee sometimes’.

Pastu later, dia mintak tolong tengokkan komputer dia yang takleh connect internet. So, aku jumpaklah dengan host dad dia yang rasanya dalam 30an lebih jer, dari US yang buat PhD kat sini dalam archeology. Tetiba teringat Kam yang jugak buat arkeologi. Tetiba teringat candi lembah bujang. Tetiba teringat mandi sungat kat situ. Tetiba teringat gi lepak-lepak dengan kengkawan Merbok sambil masak-masak kat sungai tuh.

Anyway.

Tadi dah berjaya bagitau sv aku fasal nak balik 16hb nih. InsyaAllah sampai kat LCCT pada 17hb. Sampai petang, so takleh la nak layan makan apa-apa kat situ sebab puasa. Tapi nanti on the way nak balik ke sini boleh, sebab kena lepak 5-6 jam kat LCCT.

Backpacking Day 3 – Part 2


2009
09.07

Ingatkan panjang sangat. Rupanya boleh jer combine dengan video itu hari. Tapi amik masa nak edit sebab demam.

Dari video ini;

1. Okey la jugak kan aku pakai baju pink. Walaupun Kak Zila dah komen nampak jambu. Ish ish.

2. Mahadi memang selalu amik gambar. Takpa, next video Mahadi banyak cakap sikit kot.

3. Itulah spek mata hitam yang dibeli kat Metro Center sebelum pergi ari tu.

4. Kitorang main redah jer naik tram. Ingatkan macam tube, dia akan pusing-pusing pekan. Rupa-rupanya dia belasah gi jauh. Kitorang amik masa 40 minit untuk balik dari tempat tersesat tuh ke tempat kitorang.

Suku


2009
09.07

Dah suku abad. Alhamdulillah dipanjangkan umur. Tarikh hari lahir aku hide dalam Facebook. Malas nak hebah-hebahkan birthday. Terasa macam pressure pulak supaya birthday nih disambut. Aku.. biasa saja. Birthday kalau di rumah, sekadar wish-wish. Kadang-kadang kak atau kak ipar beli kek. Takde keluar untuk all out celebrate.

Tahun lepas, bebudak Brunei celebrate sambil mak dengan ayah aku ada kat sini. Tahun nih, aku suruh Mahadi turun. Saja nak bagi meriah sikit. Kitorang start semalam dengan pergi lepak kat Costa.

costa

Tapi, entah kenapa ntah, maybe disebabkan susu yang tak diblow dengan baik, kitorang pakat-pakat sakit perut berjemaah. Aku.. rasa bloating.

Pagi tadi pergi tengok G-Force 3D dengan Mahadi kat Newcastle. Tapi, sebaik sahaja aku naik train, terus aku rasa tekak sakit. Sambil tengok guinea-pig itu berlari-lari, aku rasa seram sejuk. Officially demam.

So, balik Newcastle terus tido sebab badan penat sangat. Plan untuk makan kat rumah Kak Zila hari ni. Dalam pukul 6 aku berjaya memaksa diri untuk bangun, dan gi ke rumah Kak Zila. Rosmin datang jemput aku dan Mahadi.

Amalina sampai lewat sikit. Baru aku tahu semalam yang birthday Amalina sehari sebelum aku. Amalina merangkai lagi yang birthday baby-baby baru di Durham – anak Kak Shifa 3hb, anak Kak Nazimah 4hb, dia 5hb dan aku 6hb. Wah, bertambah orang-orang Virgoan di muka bumi ini (jeling Kak Khalidah). So, sekarang nih, kawan-kawan yang aku kenal Dzul (Bio USM) 4hb; Fariz dan Ali (x-roomates KMPP) 5hb turut share birthday dengan Amalina.

makan2

Gambar – nasi daging. Best. Walaupun kitorang lambat sikit mula makan main dish sebab tenaga kerja tak mencukupi. Kak Zila demam jugak. Aku ~ potong bawang pun ma’ ngut.

lilinUpacara ‘padamkan’ lilin. Dek kerana mulut mengandungi bakteria-bakteria demam, maka aku padamkan lilin dengan kipasan tangan. Keke, padam sekali kibas. Okey la kan.

byeGambar sebelum balik. Mahadi balik esok ke Dundee.
So thanks a lot to those who wish me for me birthday and friends who celebrate it together:)

Backpacking Day 3 – Part 1


2009
09.05

Sebenarnya busy study. Tapi curi-curi edit sambil run eksperimen kat Matlab. Nasib baik yang rajin hang hanyalah Adobe Premiere Element. Bukannya Matlab.

Vlog untuk hari ketiga. Dipecahkan kepada 2 part. Itupun part satu sudah 6 minit, dah lebih panjang dari 2 video sebelum. Harap Cik Pengurus berpuas hati. Plus agak banyak part-part aku dikeji dihujung-hujung. Pasti membuatkan wanita di Geelong itu gembira walaupun aku suspek dia tak tengok lagi video-video aku. Ah yeah, Zeah, I’m sure you will like that part as well.

Selepas video log ini kita belajar (ala-ala Sesame Street)

1. Gambar yang smart itu diambil oleh kamera Mahadi
2. Mahadi suka amik gambar
3. Bila part-part yang kitorang macam naturally bersembang (rujuk part dekat locker), sebenarnya itu satu kepura-puraan demi menjadikan video log ini lebih real.
4. Rosmin menang UNO Germany.
5. Rosmin juga mampu berpose jiwang (rujuk part akhir). Keke.

While translating the video, I’m finding the right teasing word for ‘galak’ which is also suitable for family channel. Aper yek? Nope-nope, not that H word.

Ke Sayup Bintang


2009
09.04

Sayup-sayup terdengar suara Mahadi. Ya, dia datang petang esok. Eh, sampai malam. Okeh, dah clear. Betul lah tuh.
Dia telefon aku dalam pukul 11.30 malam. Aku sedang tidur. Berjaya menjawab dengan baik dan tidak cranky meskipun baru tidur. Alhamdulillah, itu barakah bulan Ramadhan agaknya.

Entah mimpi apa aku ada? Bermula dari terdengar perbualan kakak aku dan emak aku berkenaan Puteri dan Hairi, kedua-duanya rakan-rakan aku di Durham yang sudahpun pulang di Malaysia. Kemudian bertukar kepada satu drama politik seorang Presiden wanita bersama orang kanannya yang juga wanita. Bercakap tentang dasar ini dan itu untuk negara mereka. Yang kemudiannya aku baru tahu yang orang kanan itu dan seorang lagi mamat ialah pengawal peribadi beliau. Okeh, up until this point, it seems alright. But after that, rupa-rupanya mamat tadi tuh ialah pengawal peribadi yang boleh bertukar menjadi Kesatria Baja Hitam aka Kamen Rider Black (kostum yang sama digunakan dalam Saban’s Masked Rider). Sempat aku tengok dia bertukar sambil membawa kostum-kostum lain (kan ke Masked Rider versi US bleh bertukar jadi lagi 2 kostum) dibelakangnya.

Er.. that sounds weird. But it was in my dream. Ini mesti sebab tadi Kak Zila tanya fasal Hairi dan Putri dan kemudian Rosmin bercerita tentang dasar ini dan itu, causing everything to end up in my dream. But no no.. like on the real life, I’m making it end up like some childish never-wanna-grow-old type of dream.

Okay..

Mahadi telefon petang tadi, juga ketika aku sedang tidur. Ah ya, dari suara Mahadi (or perhaps he said it), dia seperti pelik yang aku seperti tidur sepanjang masa.

Ah, so he’s gonna be here tomorrow (baru tetiba tersedar betul-betul). Cool cool:)

2.26am
jaga untuk sahur