[Ini entri mengarut. Sila jangan ambil serius. Sila jangan tanya apa itu ....]
1. Menurut Kak Dijah, perlu menggunakan konsep ‘kejian yang sopan’. Walaupun kandungan ayat-ayat itu sebenarnya sangat keji, tetapi sedap didengar dan tidak memasukkan perkataan-perkataan yang boleh menyentuh hati dan perasaan golongan sasaran. Penggunaan bahasa baku memaparkan peribadi yang skema (yang sesuai dengan golongan sasaran) manakala sesekali terdialek tempatan menunjukkan jati diri yang tinggi.
2. Variasikan topik perbualan dan berikan tumpuan kepada topik-topik yang berkaitan dengan golongan sasaran. Walaupun bercerita fasal diri sendiri nampaknya menarik, tapi sila kurangkan kecuali berkaitan-kaitan drama-drama kesusahan yang berbaur gossip.
3. Penampilan fizikal sebenarnya yang kedua. Tidaklah berjambang yang membuatkan kelihatan seperti 30 tahun ataupun cukur bersih yang melihatkan seperti 15 tahun, kematangan itu dirujuk kepada tingkahlaku. Maka, jika sila pandai-pandaikan diri dalam topik-topik yang berkaitan dengan kemampuan untuk berdikari, yakni berani untuk melakukan ini dan itu. Tetapi bukan over konfiden. Kurang konfiden lebih baik selagi berani berdikari. Dalam topik-topik yang lain, bodoh-bodoh innocent boleh dilihat sebagai cute. Itu takpe.
4. Dengan kewujudan golongan sasaran, pastikan tumpuan diberikan kepada golongan sasaran. Kecuali apabila golongan sasaran memberikan garisan.
5. Golongan sasaran lebih tertarik kepada kata-kata yang menunjukkan ambil berat daripada wang ringgit. Janji-janji manis seperti mengutamakan golongan sasaran dalam beberapa hal tertentu akan memberikan peluang lebih kepada anda. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan janji-janji manis tanpa keikhlasan hati mampu dikesan oleh golongan sasaran.
Selamat Mencuba






