define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Sulky - Pagi Hari di Durham

Sulky

Demam semalam. Hari ni dah lega sikit. Malas hendak bagitahu orang. Nanti pakat-pakat risau kalau swine flu. Apekah?

Tidur saja semalam. Bangun sekejap dan tidur lagi. Tup tup dah pukul 5. Kecewa. Sebab dah pukul 5 petang, tapi tiada ketukan di pintu. Tidak, bukan ketukan dari teman-teman satu aras yang aku tunggu. Menanti pak cik posmen yang tak kunjung tiba. Beli kamera kat Amazon, katanya sampai hari ini. Entah dia hantar kat porter kot. Ataupun delay. Terpaksa tunggu Isnin. Bukanlah nak tangkap gambar sangat pun. Tapi excited sebab beli kamera baru.

Hidup sedikit spoiled. Rosak kamera, beli kamera baru. Apakah? Tak bagitau mak, nanti mak marah duk perabih duit + tak jaga kamera ari tu elok-elok.

Tapi tika demam nih, aku okey ja duk sorang-sorang. Berbaring atas katil, aku tetiba terdramatik. Agaknya macam nilah kalau tua-tua esok (atau tak semestinya tua), bila sakit dan hidup keseorangan. Aku memang dramatik, tak caya tanya Zeah. Tapi, okey ajer. Taklah teruk pun of having that feeling.

Walaupun sakit, malas nak contact kawan-kawan. Rosmin, aku contact ko semalam bukan sebab nak bagitau kata demam. Tapi nak bagitau fasal tiket tuh dah sampai. Oh, InsyaAllah akan ber’back packing’ dengan Rosmin dan Mahadi bulan depan. Lokasi.. nanti dulu ah baru cerita. Terasa makin dispoil-spoiled pulak kehidupan.

Tak call Rosmin bagitau fasal demam bukan tak mahu menyusahkan dia. Aku memang tak kisah menyusahkan kawan-kawan. Tak caya, tanya Zeah. Saja tak contact sebab nak tido. Plus, terasa tiada mood untuk bercakap. So tido jer.

Bangun pukul 5 tadi, gi basuh pinggan. Walaupun badan tak pulih sepenuhnya, tetaplah kena basuh pinggan sendiri. Which is good and actually under my capability. Tapi kalau kat Malaysia, conform dah akan menyusahkan mak bapak. Ter’mengada-ngada’ bila demam macam semua benda takleh buat:)


9 Responses to “Sulky”

  1. zeah says:

    Bab pasal Dramatic tue… lutfi memang Dramaking… hehehehe…..

    Bab pasal menyusahkan tue…. tak tau pulak… sebab aku tak terasa pun di susahkan (mode mengeji is off..)hehehe…. tak taulah kalau orang lain eh…. hahahaha…

  2. Lutfi Amri says:

    (mode mengeji is off juga)Weh, that’s what friends for aite? We dun feel burden by it. Kalau kawan tak rapat2 tuh, aderlah terasa menyusahkan kan? (mode mengeji ter on balik.. oops)

  3. wagonbiru says:

    uishh bagos betui demam2 pun lei basuh pinggan lagi..hik3…
    guddddddddddddboi… ;p

  4. SeMiN says:

    tak der apa2 yg susah pun… klu tak sihat bg tau jer… klu ada apa2 yg patut ditolong akan ditolong… nak makan bubur nasik dgn ikan bilis pun boleh jer aku tlg sediakan hehe…yerlah… klu sakit tak makan… lambat plak nak sembuh…. :-)

  5. amalina says:

    tolong2.nak cari kamera..budget kurang dari 100 pounds…pixel tak kisah…tangan jenis tak stabil dan senang ter shake..ke may ra jenis apa yg sy ptut beli…blhkah recommend…tq2

  6. Lutfi Amri says:

    Rosmin, dah sihat walafiat, Alhamdulillah. Tapi terasa nak makan nasik daging. Boleh ke??

    Keke.

  7. Lutfi Amri says:

    Amalina,

    Try lah Canon ke. Kalau yang dalam 6-7 MP, ada yang bawah 100.

    Canon Ixus dalam 100+- kalau yang baru.
    Yang version lama ada yang murah sikit.

    Tangan shake tuh, tak tau lah camna. Kalau tangkap gambar waktu malam, biasanya memang shake tangan tuh ada effect kecuali pakai flash. Oh, tapi kamera Canon tak nice kalau pakai flash. Bila tak pakai flash yang cantik.

  8. amalina says:

    tq2 akn diconsider~

  9. alien mulut besar says:

    I’m not feeling well jugak. huks. Sampai berhalusinasi dah post komen kat entry ni earlier. Sekalik tengok mlm ni, takde pulak. haish..keke

Leave a Reply

See also: