Saya

[Post kedua pagi ini]
Saya ada empat mug. Biasanya bila malam menjelang, kesemua mug sudah pun digunakan. Sama ada mug itu akan dibasuh pada malam yang sama, boleh dijadikan persoalan.

Saya suka balik rumah ketika di USM. Paling kurang 2 minggu sekali. Saya masih suka balik rumah walaupun di UK. Saya tidak kaya. Cuma saya tidak simpan duit untuk kahwin macam orang lain (tidak jeling sesiapa). Jadi bolehlah balik rumah.

Saya perlu bercakap setiap hari untuk ketenangan jiwa. Tidak kiralah bercakap dengan sahabat handai, keluarga atau mentutor sesiapa. Kalau tidak saya akan rasa kesepian.

Saya sentiasa invisible dalam YM. Ada beberapa pelayar channel saya yang minta YM. Saya tidak suka chat melalui YM. Penat.

Saya suka basuh pinggan pukul tiga empat pagi. Terasa tenang apabila membasuh pinggan pada masa-masa begitu.

Saya sangat malas menggunakan tangga. Walaupun lebih pantas untuk ke bilik Kimi di Tekun (dahulu di USM) melalui tangga tepi, saya lebih suka naik lif. Saya akan memaksa Tahir ke bahagian lif kerana malas menggunakan tangga (dulu di Brunel). Dan dia akan ketawa gembira jika tiba-tiba lif tidak berfungsi kerana saya terpaksa menggunakan tangga di perpustakaan. Kalau bukan kerana segan, tentulah saya akan gunakan lif juga untuk ke tingkat bawah dari tingkat 1 di pusat pengajian dahulu (di USM).

Saya suka buat sesuatu secara spontan. Walaupun tidak banyak peluang. Saya bertuah kerana ada rakan-rakan yang juga suka buat sesuatu secara spontan. Perkara-perkara spontan yang saya buat termasuk pergi ke Kuala Lumpur dengan bebudak debat tanpa perancangan awal, sambil menelefon orang untuk mencari tempat bermalam; mengajak Rosmin dan Kak Zila ke Tesco dan kemudian masak-masak pada jam 2 pagi; dan membeli tiket balik rumah seminggu sebelum balik.

Saya tidak suka lagu Beautiful Girl yang dinyanyikan oleh Sean Kingston. Tapi saya suka lagu Take You There nyanyiannya. Saya pasti Mahadi sedang menjeling sinis pada saya ketika membaca perenggan ini. Oh ya, tiba-tiba saya sukakan lagu Akon – Beautiful. Mahadi… tidaaaak!!

Saya suka bergambar. Ramai orang memanggil saya ‘vain’ bila bergambar. Kerana saya tiba-tiba akan berubah untuk kononnya kelihatan kool dalam gambar. Kalau dengan Mahadi, saya akan suruh dia ambil banyak gambar supaya boleh pilih yang terbaik untuk diletak dalam blog. Jangan ambil gambar saya ketika makan (jeling pada Kam). Sangat tidak smart.


11 Responses to “Saya”

  1. alien mulut besar says:

    apekah yang telah merasuk hingga dua post dalam tempoh setengah hari? kekeke

  2. tra says:

    saya sukakan entry ini.hehehe

  3. alien mulut besar says:

    mcm comel je bunyi entry ni ye tra? obvious sangat kecenderungan tra dah terarah pada adik ikan jambu..hahahhahahaha

  4. MAHADI says:

    ya, sangat tidak smart gambar ketika makan. kecuali berpura2 makan. kekeke…

  5. Pingu Toha says:

    anda bukan vain. anda seorang camwhore. haha! saya juga tidak suka digambarkan ketika makan. sangat huduh.

  6. Lutfi Amri says:

    Sentap sentap komen korang:D

  7. Achik says:

    entry yg comel
    “Saya suka balik rumah ketika di USM. Paling kurang 2 minggu sekali.”
    tengah2 practise a.k.a sparring, tetiba waktu rehat ada org yg cakap, “weekend nie saya xleh join practise sebab saya balik kg.”.
    tgh2 practise jugak, ada org minta kuar 1jam sebab nk g tgk survivor

  8. Allan's secret admirer says:

    Gambar makan kat my fb tu, I took la… tu gambar sebagai bukti bahawa masakan saya sedap dimakan sampai org yg makan tu, tak perasan gambarnya diambil (ni khasnya bagi org yg kalau tau gambarnya diambil, dia akan posing supaya gambarnya nampak cantik)…

    Memang sudah terbuktilah bahawa masakan saya memang sedap… I LIKE!!!! (walaupun statement ini agak perasan, but who cares?!)… hahahahhaha

  9. zeah says:

    Aku hanya mampu tersenyum dan kekadang ketawa… hahaha….

  10. Kamilah says:

    HAHA.. see, bukan aku je yang suka gambar orang masa makan! huhuhu..

  11. Nurul says:

    Owh tak suka di gambar ketika makan hehehe will do that one day hehehe~~~

Leave a Reply

See also: