Sabtu

2009
07.04

Baru lepas baca blog Cik Tutor. Dia bercakap dari segi mental dan fizikal untuk ke Armidale. But from a better perspective than what I wrote.

Semalam hujan, semua orang pakat-pakat lega. Hari ini suam-suam kuku. Aku keluar rumah dengan berseluar 3 suku dan selipar. Semalam sempat menerawang di kedai-kedai baju. Tapi dek kerana tidak tertekan, maka tidaklah membeli baju baru. Plus duit tak berapa ada dek kerana lambat dapat resit dari Cardiff University. Duit konferens ari tu, aku guna duit sendiri dulu. Pastu diorang tak hantar resit sampai 2 hari lepas, so takleh nak claim dari universiti.

Penasihat Bahagian Diet dan Pemakanan cakap ‘UK mana buat macam ni’ in sense of gerakerja selalu cekap dan pantas. Entah. Aku pun tak tahu kenapa diorang slow. Aku tanya supervisor aku, nak senyap ke, nak push-push. Manalah aku tahu budaya sini macammana.  Push-push nanti dikata rude, payah lak nak berurusan di masa hadapan. Supervisor aku tanya, ‘ada duit tak’. Kaver cakap ada. Betullah ada. Cukup sekadar makan. Tak cukup untuk beli bebenda bukan-bukan.

Oh ya, rumah abang aku kena pecah masuk. Abis komputer lama aku yang dah aku jual kat kak ipar aku kena curi. Sigh.. Uh, rasanya fail-fail aku masih ada dalam tu. Although it is a long shot, kalau sesapa terjumpa, ternampak atau terbeli, jangan lupa bagitau aku. Disebabkan laptop tu beli kat UK, dia ada keyboard UK. So tanda ‘@’ takde kat atas no 2. Dan ada simbol ‘£’ kat keypad nombor-nombor dia. Anyway..


3 Responses to “Sabtu”

  1. alien mulut besar says:

    Dengki betul orang keluar rumah pakai selipar.huh!
    Dah nak masuk bulan posa nih banyaklah kes pecah rumah kat Malaysia nun. *sigh*

  2. Lutfi Amri says:

    aiyo. orang kat hemisfera selatan… sabar sabarlah. nanti bulan 12 nih boleh ber’ek’ pulak pada kitorang. anyway, orang-orang di khatulistiwa duk memakai selipar memanjang aper.

  3. zeah says:

    yeah.. selipar kalau boleh 24hr… hehehe……. hmmm tentang pecah masuk tu…. nasib takde apa2 yg buruk berlaku….. sabar je lah… doakan kebaikan dorang yg suka sangat ambik barang org tue…

Your Reply