define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Pukul 3 pagi - Pagi Hari di Durham

Pukul 3 pagi

‘Pukul berapa?’ Andy tanya aku waktu menunggu bas tadi. Saja mempraktis Bahasa Melayu. Semangat okeh dia. Tapi aku jawab dalam Bahasa Inggeris sebab tak mengajar dia angka lagi.

Tadi pulun pergi ke Durham Climbing Centre. Andy minat bebenda camtu. Aku ~ saja nak mencuba. Plus, mengerabat nih ada dalam genetik. Dulu kecik-kecik suka kerabat pokok jambu kat tepi rumah waktu kat Felda. So, saja mencuba. Okey gak. Agak best. Dapat naik ke atas, tapi sayang… takde kamera. Sob sob. Takpe, nanti nak pergi lagi just for the purpose buat video klip. Boleh?

Bila sampai kat puncak, kena terjun ke bawah. Pastu aku gayat. Bila aku terjun, terus headrush. Sentap.

Sebenarnya duk nak pergi try gym kat Durham (jeling En. Penasihat Bahagian Diet dan Pemakanan yang bersemangat itu hari). Tapi takpelah. Terasa niat tidak ikhlas pulak nak pergi gym. So, biarlah badan sekeping dan tidak bertekstur. Boleh gantikan masa itu untuk lepak kat bilik buat editing video. Okey la gak kan.

Sekarang pukul 3 pagi. Tetiba terasa mengidam nak makan ayam masak pedas. Ayam dah bawak keluar. Nasik dah basuh tapi tak masak lagi sebab nak bagi panas-panas japgi. Baru lepas mengecall mak aku untuk tanyakan resipi.

‘Halia kena boh dak?’

‘Hm..,’ mak aku berfikir sekejap, ‘kalau orang lain.. depa boh kot’

‘Taknaklah buat macam orang lain, orang nak buat cam mak buat’, tetiba terasa aku sedikit mengada-ngada selepas menaip. Sila baca dengan intonasi yang tidak mengada-ngada.

======

Malas nak buat entri baru.
Ini diupdate pada 6.30 pagi.

Ayam masak pedas sudah dimasak. Rasanya? Bolehlah. Taklah teruk. Taklah sangat sedap. Cukuplah sekadar menghilangkan kempunan.

Uh, perlu tidur sebelum pukul 7. Supervisor sudah balik dari bercuti. Nak jumpa dia selepas 3 minggu. Check balik email. Ingatkan pukul 3. Rupanya pukul 4. Yes! Sempat tambah tidur lagi sejam.

Ciao


14 Responses to “Pukul 3 pagi”

  1. alien mulut besar says:

    ops, dah terbaca ddengan nada mengada2….tapi terbayang yang menuturkan itu adalah you know who yang mendambakan mamat latino. Apekah? Mungkin sebab korg dedua mengada2..kehkehkeh

  2. Lutfi Amri says:

    Wah, ala-ala Voldemort gituh. You know who, you know who jer. You know who tuh betul2 spend all the energy untuk mencari mamat latino kot? Sampai tak dengar berita.

  3. alien mulut besar says:

    kan?kan?ala2 seluruh jiwa dan raganya untuk menggoda mamat latino.keke. KEna pesan kat dia nih pass sorang kat sini. Not my taste completely tapi boleh la kan dari takde..kekeke

  4. Lutfi Amri says:

    Oh, mamat yang nak dituntut hak penjagaan tu pernah disalah sangka sebagai latino. Pass dia jer lah. Boleh?

  5. SeMiN says:

    sapa main jeling2 + sindir2 nihhhhhh! patut tersedakkkkkkkk…. bulan Ramadhan dah dekat…. elok lebihkan masa sikit mensyukuri nikmat Tuhan (alasan utk tidak payah ke Gym) hehehehe…. tp bab ayam masak pedas tu yg tak leh tahan tuhhh…… (dlm masa yg sama teringat jugak ayam dan sos lada hitam yg sodap hingga menjilat jari kat umah Amalina baru2 nie…sapa yg masak ekkk??? hehehe….)

  6. Lutfi Amri says:

    Yer yer.. konsep bersyukur sangat, makan dan tido:D

    Diorang duk request Laksa tuh!

  7. amalina says:

    salam,

    hehhe..cis…sudah timbul nsmsku..aih nx time lutfi kontrak buat ayam pedas ehhh…ayam hr tu mostly kak dija punya, aku punya adala sket2..yg berkuah sehingga menjilat jari tu kak dija punya…aku punya yg kurang berkuah…

    Iyeee dh requesttt..bila nk merasa laksa penang niih…hhheheh

  8. alien mulut besar says:

    1. Pergh, nama sama tapi skill memasak yang berbeza..kekeke
    2. Am, sentap. Takde sikit habuk pon kelatinoan. Tang mana?

  9. Lutfi Amri says:

    takleh amalina. ayam masak pedas tak confident. nasi goreng ikan bilis boleh lah.

    Kak Alien Mulut Besar,

    Cer tanya you know who. Dia cakap camtu gak. Saya rasa biasa jer. Keke

  10. ria_itiairuz says:

    hey..tertarik ngan blog awk..kalau x salah saya awk ni dak usm kan?? mcm pernah jumpa. hmmm sure kenal dad saya..dia penolong penggawa tekun. kalau ingat la..mintak id ym???

  11. amalina says:

    oklah nasi goreng ikan bilis yea…blh2..ingat tu…heheh..
    err Rosmin..aku ada cadangan: ada 2 org manusia yg ko kenal di Durham yg birthday nya jatuh bulan puasa nnt..apa kata ko tunjukkan bakat pembuat laksa tu nnt sebagai hadiah harijadi dan utk buka posa sama..

    laksa penang n nasi goreng ikan bilis…hmm best..heheeh

  12. zeah says:

    dijah punya masakan ayam memang best… wah rindu pulak aku dengan ayam tue… takpe2… insyaAllah aku akan menyusul ke durham untuk bertemu dengan ayam panggang dijah… oppss… bukan ayam panggang ja… dgn korang sekali… itu pun kalau di izinkan… kalau tak… takpelah… tunggu dijah balik malaysia then aku akan pergi situ je… hehehe

  13. Lutfi Amri says:

    Ayam panggang ke, ‘ayam’ UK?

  14. Achik says:

    achik leh pause terkaku n pikir utk 5saat
    “naper Am basuh nasi?” owh..beras…..
    bukan mengeji tp gelak kt dr sendiri..otak da sereng smpi benda cenggini pun leh amik masa pikir…
    raya balik yer?

Leave a Reply

See also: