Perbelanjaan di UK

Prolog: Firstly, today was going bit badly. Get scolded and that was actually my fault. And then one bad thing came after another. But anyway, good things did happen. Just that, negative aura is kinda lingering longer, I suppose.

Liyana, anak sedara Kak Raftah asked me about sara hidup di UK. And I decided to make it as a post because it might be long, and it may be useful for people who suddenly come across this blog while searching for studying in UK.

Seperti di Malaysia, perbelanjaan seseorang itu berdasarkan gaya hidup masing-masing.

Kalau di UK, setakat hendak makan dan minum serta naik bas, tidaklah melampau mahal. Selalunya aku habis duit kerana tiba-tiba tertekan dan pergi membeli barang-barang tidak berfaedah (seperti baju t-shirt) ataupun bila tiba-tiba gatal tangan melayari e-bay (dan terbeli keyboard, LCD Screen etc).

Let’s break it down!

Makanan

Waktu aku di London dulu, matawang Pound sangat kukuh. Harga barang-barang makanan rendah kalau mengikut nilai pound (Hari ini, 1 pound sudah RM5.80). Beberapa bulan lepas, pound jatuh. Aku tersedar yang harga minyak masak 1 liter terus jadi 1 pound. Nih dah naik poundnya, terus jatuh 0.88 pound. Waktu dulu, 1 liter dalam £0.60 jer, tapi tu zaman (£1=RM7). So, kesimpulannya, kalau guna duit Malaysia, taklah berubah sangat pun.

Kalau belanja guna duit UK, kalau Pound Sterling di tahap yang kukuh, harga barang jadi murah sikit. Yer kot. Base on observation, maybe some people won’t agree.

Waktu aku kat London, aku bajet £5 sehari untuk makanan. Dek kerana barang mahal sekarang ini, maybe kena bajet £7 sehari.

Harga barang-barang makanan sekarang ni (anggaran)

Jus 1 liter – £0.80
Minyak sayuran 1 liter – £0.88
Sos cili Maggi (diimport dari Malaysia)
- dibeli di Tesco – £0.60 lebih kurang
Roti Danish Tesco – £0.50
Udang saiz kecil,200g – £1.80
Udang saiz besar,250g – £3.00 – 4.00
(Rosmin cakap beli kat Iceland lagi murah)
Biskut Fox Viennese yang aku suka
- kat Tesco £1 lebih
- kat Iceland £0.75
Maggi kari sebungkus
-kat kedai halal Durham – £0.29
Ayam bahagian leg (sebab aku tak suka bahagian isi, so tak tahu) – £1.70 sekilo
(kot, dah tak ingat plak)
Tisu satu kotak
- Tesco value -  £0.25
- yang berjenama – £0.80 hingga £1 lebih
Pot Noodle (maggi UK, yang berperasa chicken, beef etc, tapi soy-based and suitable for vegetarian)
- saiz besar £1.14
- saiz biasa £0.80 lebih kurang
Nescafe Latte (8 packs, bila terasa nak makan kopi posh, tapi taknak gi Starbucks) – £2.00
Yakult (7 botol kecik tuh) – £2.51
Beras 1 kg
- beras biasa – dalam £0.80
- beras basmathi – dalam £1 lebih sikit
Beras 250g microwave
(dia dah masak siap-siap, masuk microwave panaskan jer)
- dalam £1.65

Sumber: memori, plus resit shopping semalam dengan Rosmin, Andy dan Izzat.

Makanan segera

Fast food
- Pizza biasanya dalam £5 – £7 untuk medium size, 10 inch.
- Ayam goreng Durham mahal dan tak best
Kalau ayam goreng Newcastle/Cardiff, bleh bajet dalam £4 untuk satu set termasuk coke dan fries

Kat UK takleh buat kat Malaysia. Takleh malas-malas masak. Sebab kalau tak bankrupt la dapat duit elaun beli makanan luar. Tapi kalau terduduk kawasan yang banyak fast food halal, kira nasib baik la sebab malas-malas bleh gi beli. Tapi mana larat nak mentekedarah pizza, ayam goreng dan Indian curry.

(Uh, tetiba rindu ikan temenung).

Bas

Pengangkutan ke universiti sepatutnya tak makan kos banyak sangat. Biasanya banyak pelajar kita yang stay dekat dnegan uni, supaya bleh jalan. Tapi paling mahal kena bayar ialah £14 seminggu. Itu untuk di Durham. Kalau di London, kalau masuk zone 1 ke zone 2 (di tengah-tengah), £18 seminggu. Tapi tuh naik tube keh, bukan naik bas. (P.S: Tube = underground = subway = LRT?)

Rumah

Kos penginapan antara yang paling mahal untuk perbelanjaan. Kengkadang habis lebih separuh duit elaun untuk bayar rumah jer. Kalau kena bayar £60 – £80 seminggu, kira okey lah.

Tapi make sure eletrik dan gas kena bayar separate ke tak. Waktu aku duk luar ari tu, rumah kitorang dapat murah. Sebab kawasan luar bandar Durham, kitorang bleh dapat serendah £40 seminggu. Tapi downfallnya sebab jauh dari bandar dan universiti. So, tak berapa best. Sekarang aku duk dalam kampus, kena bayar lebih sikit la. Tapi takyah risau fasal bil eletrik dan bil gas. So, asal sejuk, on jer heater.

Uh, panjangnya. That’s it for now.


8 Responses to “Perbelanjaan di UK”

  1. zeah says:

    wah rindu pulak aku g shopping kat tesco… mesti tak pernah nak miss beli chocodip…. hehehe… or even the fish fingers… sebenarnya kita memang boleh jimat… tapi dek kerana terlalu banyak shopping therapy dan ternampak benda yang best… tu yg punca lari budjet… hehehehehe.. oh and TieRack pun boleh menyebabkan budjet lari berbatu-batu jaraknya…

  2. Kak Zarina says:

    Kena mention, bas kt Durham dah free for student w/pun masa cuti term.

  3. Lutfi Amri says:

    Oh betul, lupa plak.

  4. Nazmi says:

    Aku kena 348pound sebulan dok hall. Tahun nie naik lagik yuran. Tiap2 taun pun naik..Terkedu disitu. :D

  5. nory says:

    suatu hr nnt aku pn akan dpt merasai pengalman bljr di Durham..

  6. yas says:

    x susah sngatka hdp d uk?

  7. wan says:

    x der kerja part time ke kat sana.. klu ada berapa pendapatan perjam/ hari

  8. Johar Johari says:

    Assalamualaikom. Sara hidup pelajar Masters degree di London berapa GBP sekarang? Saya terbaca sarahidup bulanan yang diperlukan adalah sekitar GBP1500 – 2000. Terima kasih.

Leave a Reply

See also: