Archive for July, 2009

In my dictionary…


2009
07.16

Apakah is what the heck? Bukan what the ‘f’. Tidak mahu belajar mencarut, nanti terguna di tempat tak sepatutnya (di tempat rasmi atau keluarga). Perlu dibezakan dengan Bruneians’ Apakan which loosely means ‘what do you mean?’.

Busy means I am free to do things I love but not the other stuff especially things fall under ‘luahan perasaan’.

Cranky is the word I use when I’m hungry or when I’m eating and being disturbed.

Efron mengingatkan aku pada bootstrap. Sebab B Efron publish paper berkenaan bootstrap, salah satu model averaging method, pada 1979. Z Efron ialah mamat HSM yang aku tak faham… kenapa diorang perlu makeup jambu-jambu sangat? Mungkin untuk menarik perhatian gadis-gadis seperti Cik Pengurus?

Game is the word we yell when we play Star Board. Perlu dijerit serentak beramai-ramai.

Gossiping is to say something interesting enthusiastically. It is not necessarily talking bad about other people. For example, noticing someone has change from single to ‘in a relationship’ is something to be talked about enthusiastically.

Jambu means kinda feminine look but not sissy. Perlu dibezakan dengan Zeah’s definition of jambu.

Juara is a title when you are not winning the first place but you feel like winning anyway. Contoh ayat:- ‘aku bukannya pemenang, aku adalah juara’, kata dia apabila tidak menang main ‘Star Board’ tetapi tidaklah kalah teruk.

Jeling bermaksud pandangan dengan sinis. In the blog, the usage of word means to refer to someone as there is something cheesy related to that someone. Belajar dari Cik Pengurus.

Keji means naughty/sinical. One of my friend use the word ‘makan dalam’. If life is like in Japanese Anime, you know that you are being ‘keji’ed when suddenly a big stone drop on your head after someone said something.

Luahan perasaan is when someone tells me about their problems regarding relationship. Talking about Encik Peter bukan luahan perasaan. Itu gossip.

Publish reminds me of 2 things. Either publishing paper or the button in WordPress which I click after I type my blog.

Sentap is to be speechless for a few seconds usually due to an unexpected event or words being said; which for this post, people includes but not limited to Cik Pengurus and Zeah might experiencing a ‘sentap’ moment while reading through this. ‘Hey, what’s that suppose to mean?’. Did I get it right Zeah? Oh, that is in her word btw.

Kebelakangan ini


2009
07.15

Dah tengok video klip baru? Special appearance by Kam sebagai gadis kesunyian (boleh? panggil camtu). The video recording session was fun. Arni, Amalina dan Kak Dijah Durham (bagi membezakan dengan Ratu Armidala aka Cik Pengurus aka Cik Tutor aka alien mulut besar) pergi sekali untuk berjalan-jalan kat Botanical Garden. Kitorang masuk free jer sebab botanical garden tuh free untuk student Durham Uni sebab uni punya.

Diorang komen sebab baju hijau yang sama dipakai (Cik Pengurus turut komen). Yer la, bukan ada baju sponsor, ye tak? Tu sebab kengkadang aku ketawa dalam hati bila baca komen-komen orang yang tinggal kat Youtube especially lagu Love Story Malay Version. Soalannya, ‘kenapa tak suruh perempuan yang nyanyi?’ Er.. ini bukan syarikat produksi. Ini hobi-hobi di masa lapang jer. Kam tak dibayar pun untuk appear dalam video klip keh (Sorry Kam, nanti balik Brunei ko suruh Zeah belanja bagi pihak aku:)

But anyway, sempat amik baju free semalam. Indahnya dunia dapat baju free tapi bleh pilih. Ingat tak yang aku dapat cabutan voucher buku 20 pound tuh. Sebenarnya Voucher untuk kedai Waterstone (kedai buku). Tapi aku tengok-tengok kat voucher tuh, bleh juga spend kat kedai HMV (kedai cd muzik, movie, dan game). So, buku… kedai game… buku… kedai game…

Dah masuk dah Waterstone, tapi takde buku yang menarik perhatian (ce ce). So, aku spend kat HMV. Dan kat HMV turut ada t-shirt. Duk teringin dah nak beli dulu, tapi apsal ntah tak beli. So, dah dapat voucher nih, amik la aku t-shirt 2 helai. Alhamdulillah, dapat t-shirt free yang bleh pilih. Nanti video klip baru, aku pakai t-shirt tu yek? Keke.

Anyway.

Sabtu nih turun London, InsyaAllah. Memula nak turun ngan Rosmin jer. Alih-alih tertahu yang Kam dan kakaknya turun jugak sebab nak jemput parents diorang. Maka, aku dan Rosmin memaksa Arni (bukan mengajak yer, paksa! Keke) untuk gi sekali untuk outing.

So, mari study bersungguh-sungguh sebab nak pergi jalan-jalan weekend ini!

And yeah, follow me on Twitter
Baru jer bukak.
twitter.com/lutfiamri

Biarkan Pergi (Malay Version of Leave Out All The Rest)


2009
07.14

New song!

Lirik oleh: Amri, Dijah Saad

Lena ku bermimpi, ku menghilang
Kau ketakutan, tiada peduli
Terjaga tidurku, ku tertanya
Apa ditinggalkan bila ku tiada

Dan hari ini kumahu kautahu

Saat itu, maafkanlah salahku
Ingatilah daku dalam doamu
Tika luka juga terasa sunyi
Segalanya di hati biarkan pergi, biarkan pergi

Usah kau gusar
Ku mengaku salah, mengaku kalah
Luar ku perkasa, dalam biasa
Tak pernah sempurna, kita manusia

Dan hari ini kumahu kautahu

Saat itu, maafkanlah salahku
Ingatilah daku dalam doamu
Tika luka juga terasa sunyi
Segalanya di hati biarkan pergi , biarkan pergi

Lupakan semua keperihan yang kau sembunyi
Percaya adanya wira kan hadir di sisi
Ku bukan dirimu

Saat itu, maafkanlah salahku
Ingatilah daku dalam doamu
Tika luka juga terasa sunyi
Segalanya di hati biarkan pergi , biarkan pergi

Walking down


2009
07.12

Power Rangers

Today I was kinda walking down the memory lane.

Berkain pelekat (walaupun di UK, still kain pelekat, so what? Plus, sangat panas sejak kebelakangan ni, so agak sesuai berkain pelekat), menunggu masuk Asar, aku mengklik-klik Youtube. Tengok balik video klip Mighty Morphin’ Power Rangers.

Teringat zaman aku mula anti cerita Hindustan dek kerana berebut nak tengok Power Rangers dengan anak sepupu aku waktu Darjah 6 dulu. Tapi tak dapat tengok Power Rangers sebab diorang nak tengok Hindustan. Uh, kecewanya.

Dan juga isu perkataan ‘morphin’ yang ada dalam tajuk Mighty Morphin’ Power Rangers yang menyebabkan lama jugak diorang stop penyiaran. Sigh. Sekarang ni, aku rasa okey ja kot, maybe ada kewajaran untuk memban sementara dek kerana istilah yang tidak jelas tuh. Tapi dulu aku sedikit memberontak, sebab aku tahu yang diorang maksudkan ‘morphing’. Tapi biasalah ejaan US kan. Nak fancy fancy sikit, jadi la morphin. Ya kno, it’s frikkin funny when somethin small is exaggerated liek that.

Anyway..

Blue

Aku baru terbaca yang Blue nak buat reunion. Wah. Sempat lah nak tengok live performance in future sementara kat sini (jeling peminat Yamapi.. ader ke dia nak datang Armidale).

Anyway, this one reminds me back when I was C1-2-15, KMPP. They’re part of KMPP soundtrack. Although my rommate Ali, dun really like it.

I love my life back in KMPP. Walaupun matriks dulu takde kebebasan macam sekarang, tapi time di KMPP sangat sweet. After about 5pm, where classes are over right after having some food in Kafe Blok C yang tak best, then I will stroll around up to kawasan padang sebelah lebuh raya. In hoping for a miracle of having a sight of … oops, too much information.

But yeah, either that; or just staying in my room being a nerd, doing tutorial, while gazing upon my Aras 4 friends playing takraw next to the bus parking. That was the time when Hitz.fm is still a nice channel to be heard (now, Fly.fm is better). It was either The Calling – Wherever You Will Go, or Avril’s Complicated, or Shakira’s Whenever Wherever, or Creeds’ One Last Breath. And I played blue cassette (CD mahal keh waktu tuh) to accompany me finishing the questions.

Uh..

And Blue – Flexin’

I was flexin’, anticipating. I was wondering what I could say
I was driving around, around in circles, It’s a miracle I stayed away

Yeah, still wonder why I like this song a lot?

Perbelanjaan di UK


2009
07.10

Prolog: Firstly, today was going bit badly. Get scolded and that was actually my fault. And then one bad thing came after another. But anyway, good things did happen. Just that, negative aura is kinda lingering longer, I suppose.

Liyana, anak sedara Kak Raftah asked me about sara hidup di UK. And I decided to make it as a post because it might be long, and it may be useful for people who suddenly come across this blog while searching for studying in UK.

Seperti di Malaysia, perbelanjaan seseorang itu berdasarkan gaya hidup masing-masing.

Kalau di UK, setakat hendak makan dan minum serta naik bas, tidaklah melampau mahal. Selalunya aku habis duit kerana tiba-tiba tertekan dan pergi membeli barang-barang tidak berfaedah (seperti baju t-shirt) ataupun bila tiba-tiba gatal tangan melayari e-bay (dan terbeli keyboard, LCD Screen etc).

Let’s break it down!

Makanan

Waktu aku di London dulu, matawang Pound sangat kukuh. Harga barang-barang makanan rendah kalau mengikut nilai pound (Hari ini, 1 pound sudah RM5.80). Beberapa bulan lepas, pound jatuh. Aku tersedar yang harga minyak masak 1 liter terus jadi 1 pound. Nih dah naik poundnya, terus jatuh 0.88 pound. Waktu dulu, 1 liter dalam £0.60 jer, tapi tu zaman (£1=RM7). So, kesimpulannya, kalau guna duit Malaysia, taklah berubah sangat pun.

Kalau belanja guna duit UK, kalau Pound Sterling di tahap yang kukuh, harga barang jadi murah sikit. Yer kot. Base on observation, maybe some people won’t agree.

Waktu aku kat London, aku bajet £5 sehari untuk makanan. Dek kerana barang mahal sekarang ini, maybe kena bajet £7 sehari.

Harga barang-barang makanan sekarang ni (anggaran)

Jus 1 liter – £0.80
Minyak sayuran 1 liter – £0.88
Sos cili Maggi (diimport dari Malaysia)
- dibeli di Tesco – £0.60 lebih kurang
Roti Danish Tesco – £0.50
Udang saiz kecil,200g – £1.80
Udang saiz besar,250g – £3.00 – 4.00
(Rosmin cakap beli kat Iceland lagi murah)
Biskut Fox Viennese yang aku suka
- kat Tesco £1 lebih
- kat Iceland £0.75
Maggi kari sebungkus
-kat kedai halal Durham – £0.29
Ayam bahagian leg (sebab aku tak suka bahagian isi, so tak tahu) – £1.70 sekilo
(kot, dah tak ingat plak)
Tisu satu kotak
- Tesco value -  £0.25
- yang berjenama – £0.80 hingga £1 lebih
Pot Noodle (maggi UK, yang berperasa chicken, beef etc, tapi soy-based and suitable for vegetarian)
- saiz besar £1.14
- saiz biasa £0.80 lebih kurang
Nescafe Latte (8 packs, bila terasa nak makan kopi posh, tapi taknak gi Starbucks) – £2.00
Yakult (7 botol kecik tuh) – £2.51
Beras 1 kg
- beras biasa – dalam £0.80
- beras basmathi – dalam £1 lebih sikit
Beras 250g microwave
(dia dah masak siap-siap, masuk microwave panaskan jer)
- dalam £1.65

Sumber: memori, plus resit shopping semalam dengan Rosmin, Andy dan Izzat.

Makanan segera

Fast food
- Pizza biasanya dalam £5 – £7 untuk medium size, 10 inch.
- Ayam goreng Durham mahal dan tak best
Kalau ayam goreng Newcastle/Cardiff, bleh bajet dalam £4 untuk satu set termasuk coke dan fries

Kat UK takleh buat kat Malaysia. Takleh malas-malas masak. Sebab kalau tak bankrupt la dapat duit elaun beli makanan luar. Tapi kalau terduduk kawasan yang banyak fast food halal, kira nasib baik la sebab malas-malas bleh gi beli. Tapi mana larat nak mentekedarah pizza, ayam goreng dan Indian curry.

(Uh, tetiba rindu ikan temenung).

Bas

Pengangkutan ke universiti sepatutnya tak makan kos banyak sangat. Biasanya banyak pelajar kita yang stay dekat dnegan uni, supaya bleh jalan. Tapi paling mahal kena bayar ialah £14 seminggu. Itu untuk di Durham. Kalau di London, kalau masuk zone 1 ke zone 2 (di tengah-tengah), £18 seminggu. Tapi tuh naik tube keh, bukan naik bas. (P.S: Tube = underground = subway = LRT?)

Rumah

Kos penginapan antara yang paling mahal untuk perbelanjaan. Kengkadang habis lebih separuh duit elaun untuk bayar rumah jer. Kalau kena bayar £60 – £80 seminggu, kira okey lah.

Tapi make sure eletrik dan gas kena bayar separate ke tak. Waktu aku duk luar ari tu, rumah kitorang dapat murah. Sebab kawasan luar bandar Durham, kitorang bleh dapat serendah £40 seminggu. Tapi downfallnya sebab jauh dari bandar dan universiti. So, tak berapa best. Sekarang aku duk dalam kampus, kena bayar lebih sikit la. Tapi takyah risau fasal bil eletrik dan bil gas. So, asal sejuk, on jer heater.

Uh, panjangnya. That’s it for now.

Saya


2009
07.09

[Post kedua pagi ini]
Saya ada empat mug. Biasanya bila malam menjelang, kesemua mug sudah pun digunakan. Sama ada mug itu akan dibasuh pada malam yang sama, boleh dijadikan persoalan.

Saya suka balik rumah ketika di USM. Paling kurang 2 minggu sekali. Saya masih suka balik rumah walaupun di UK. Saya tidak kaya. Cuma saya tidak simpan duit untuk kahwin macam orang lain (tidak jeling sesiapa). Jadi bolehlah balik rumah.

Saya perlu bercakap setiap hari untuk ketenangan jiwa. Tidak kiralah bercakap dengan sahabat handai, keluarga atau mentutor sesiapa. Kalau tidak saya akan rasa kesepian.

Saya sentiasa invisible dalam YM. Ada beberapa pelayar channel saya yang minta YM. Saya tidak suka chat melalui YM. Penat.

Saya suka basuh pinggan pukul tiga empat pagi. Terasa tenang apabila membasuh pinggan pada masa-masa begitu.

Saya sangat malas menggunakan tangga. Walaupun lebih pantas untuk ke bilik Kimi di Tekun (dahulu di USM) melalui tangga tepi, saya lebih suka naik lif. Saya akan memaksa Tahir ke bahagian lif kerana malas menggunakan tangga (dulu di Brunel). Dan dia akan ketawa gembira jika tiba-tiba lif tidak berfungsi kerana saya terpaksa menggunakan tangga di perpustakaan. Kalau bukan kerana segan, tentulah saya akan gunakan lif juga untuk ke tingkat bawah dari tingkat 1 di pusat pengajian dahulu (di USM).

Saya suka buat sesuatu secara spontan. Walaupun tidak banyak peluang. Saya bertuah kerana ada rakan-rakan yang juga suka buat sesuatu secara spontan. Perkara-perkara spontan yang saya buat termasuk pergi ke Kuala Lumpur dengan bebudak debat tanpa perancangan awal, sambil menelefon orang untuk mencari tempat bermalam; mengajak Rosmin dan Kak Zila ke Tesco dan kemudian masak-masak pada jam 2 pagi; dan membeli tiket balik rumah seminggu sebelum balik.

Saya tidak suka lagu Beautiful Girl yang dinyanyikan oleh Sean Kingston. Tapi saya suka lagu Take You There nyanyiannya. Saya pasti Mahadi sedang menjeling sinis pada saya ketika membaca perenggan ini. Oh ya, tiba-tiba saya sukakan lagu Akon – Beautiful. Mahadi… tidaaaak!!

Saya suka bergambar. Ramai orang memanggil saya ‘vain’ bila bergambar. Kerana saya tiba-tiba akan berubah untuk kononnya kelihatan kool dalam gambar. Kalau dengan Mahadi, saya akan suruh dia ambil banyak gambar supaya boleh pilih yang terbaik untuk diletak dalam blog. Jangan ambil gambar saya ketika makan (jeling pada Kam). Sangat tidak smart.

Not too personal


2009
07.09

My sister said that I’ve been doing short updates recently. As she noticed how I might be busy which is so true. Got things to do which somehow I can’t tell much about it not because it is a personal matter, but just because of other reason. Anyway, been dragging of telling this as well, also because it is not a personal matter, but because it’s gonna make people giving this kind of reaction

‘Balik lagi?’

Yeah. Nuff said.

AirAsia did some discounted ticket and it seems like wasting a chance for not grabbing it. So here I go. InsyaAllah raya di Malaysia tahun ini. Of course nothing beat Malaysia for raya. So hopefully there’s nothing bad coming in between. My friend Mirza scared me about the H1N1 thingy. It’s another 2 months, so let’s just keep thing subtle for the moment.

Too much planning for this and that which again, not personal things  but somehow I just don’t feel like sharing much.

Don’t worry, you’ll live without it. And dun worry Cik Pengurus, you have already know all about it… I think.

Checklist 2


2009
07.05

So let’s jot down of what to do in upcoming 2-3 days

***

1. Get back to ANOVA as preparation for Sheena.

2. Make study plan for Duncan

3. Do the ‘iterative capping’  for my work

**

4. Start writing for weekly report
Elaboration: Supervisor aku balik kampung 3 minggu, so kena hantar weekly report. Mahadi, ada terfikir untuk melepak kat Dundee 3-4 hari. Tapi aku check-check kat Brunel Uni, boleh apply for summer accomodation (minimum seminggu). Aku terasa cam nak gi lepak lak seminggu kat sana. Lama gila tak jumpa Tahir. Plus leh lepak ngan Andros.

5. Find the inverse function for Zahiruddin

6. Finalise new video clip and release it
Oh yeah, new video coming soon. Stay tuned.

*

7. Get back to the request and pick some songs.

Sabtu


2009
07.04

Baru lepas baca blog Cik Tutor. Dia bercakap dari segi mental dan fizikal untuk ke Armidale. But from a better perspective than what I wrote.

Semalam hujan, semua orang pakat-pakat lega. Hari ini suam-suam kuku. Aku keluar rumah dengan berseluar 3 suku dan selipar. Semalam sempat menerawang di kedai-kedai baju. Tapi dek kerana tidak tertekan, maka tidaklah membeli baju baru. Plus duit tak berapa ada dek kerana lambat dapat resit dari Cardiff University. Duit konferens ari tu, aku guna duit sendiri dulu. Pastu diorang tak hantar resit sampai 2 hari lepas, so takleh nak claim dari universiti.

Penasihat Bahagian Diet dan Pemakanan cakap ‘UK mana buat macam ni’ in sense of gerakerja selalu cekap dan pantas. Entah. Aku pun tak tahu kenapa diorang slow. Aku tanya supervisor aku, nak senyap ke, nak push-push. Manalah aku tahu budaya sini macammana.  Push-push nanti dikata rude, payah lak nak berurusan di masa hadapan. Supervisor aku tanya, ‘ada duit tak’. Kaver cakap ada. Betullah ada. Cukup sekadar makan. Tak cukup untuk beli bebenda bukan-bukan.

Oh ya, rumah abang aku kena pecah masuk. Abis komputer lama aku yang dah aku jual kat kak ipar aku kena curi. Sigh.. Uh, rasanya fail-fail aku masih ada dalam tu. Although it is a long shot, kalau sesapa terjumpa, ternampak atau terbeli, jangan lupa bagitau aku. Disebabkan laptop tu beli kat UK, dia ada keyboard UK. So tanda ‘@’ takde kat atas no 2. Dan ada simbol ‘£’ kat keypad nombor-nombor dia. Anyway..

Q: Persiapan ke UK


2009
07.03

Kak Raftah, salah seorang yang kenal aku melalui blog tanya soalan berkenaan persiapan untuk ke UK (bagi pihak anak saudaranya). Untuk tatapan bersama, aku kongsi di sini.

Lutfi,
- apakah persiapan dari segi mental yang perlu ada pada seseorang tu
- apakah masalah yang dihadapi yang sukar nak diatasi
- baru2 ni kak baca blog Lutfi pasal masalah english uk and us.  Adalah ini akan jadi masalah besar kalau kat M’sia ni English pun tak berapa nak power

Kak Raftah,

Susah sebenarnya nak jawab soalan-soalan di atas. Kalau saya nak beri perspektif yang negatif, saya rasa hidup di UK ini menyusahkan. Kalau di Malaysia, senang nak cari makanan, senang nak pergi sana dan sini, dan tak perlu kebekuan ketika musim sejuk, di sini, walaupun dah 2 tahun lebih saya tinggal di UK, saya masih lagi tidak biasa dengan itu semua.

Tapi kalau ditanya, saya hargai peluang ada di UK ini. Satu dari segi akademik. Banyak benda yang boleh dipelajari dari pemerhatian dan tindakan kita sendiri. Budaya kerja, budaya penyelidikan, budaya dalam kelas.

Keduanya, budaya masyarakat tempatan. Seronok juga melihat perbezaan antara kita dan mereka. Sambil-sambil kita sendiri mengajar mereka budaya kita. Kalau kena orangnya, boleh juga rabung bercerita fasal benda-benda ini.

Disebabkan umat Islam di UK ni dari pelbagai mazhab, maka ada banyak juga perbezaan ketara antara satu sama lain. Cuba baca buku Fikah Luar Negara tulisan Hamidah Mat dan Maszlee Malik. Bab-bab fiqh ni, saya tak reti nak huraikan. Jadi, saya play safe dan bagi rujukan sahaja.

Berkenaan bahasa, tidaklah patut menjadi kerisauan. Asalkan mahu, dan tidak malu, InsyaAllah boleh. Sampai ke hari ini pun, Bahasa Inggeris saya masih tunggang terbalik, tapi kalau hendak berbual dan berbincang dengan orang-orang sini, Alhamdullilah okay. Banyak peluang untuk memperkukuh bahasa di sini. Boleh cari kawan-kawan dari negara Eropah, atau sertai persatuan ini dan itu.

Bahasa Inggeris untuk akademik sama sahaja susahnya di mana-mana pun. Pokok pangkalnya ulangkaji selepas kuliah.

Saya rasa, kalau anak saudara akak ada peluang untuk ke UK, berilah dorongan dan sokongan moral. Okay ja tu..

Lutfi