define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Half blood - Pagi Hari di Durham

Half blood

Baru balik dari tengok Half Blood Prince.

Perut sedikit bloating. Sebab minum kopi ais tengah-tengah malam? Tadi berhenti lepak kat Costa lepas habis tengok. Rasa macam nak muntah pun ada. Erk.

Aku, Rosmin, Arni, Kak Zila dan Andy gi tengok Harry Potter tadi kat Newcastle. Pulun ke Newcastle sebab kat Durham kecik.

So, aku telah diwarning yang cerita kali ni tak best. So, no big expectation.

However, aku rasa citer kali ni agak best. Sebab penggarapan kali ni lebih baik, terutamanya bab relationship between the main characters. Sebabnya filem-filem sebelum ni agak lemah bab-bab kejiwaan nih.

Contohnya dalam movie sebelum ni, aku terhairan kenapa Hermione macam tetiba meroyan bila Ron tak ajak dia gi ball. Balik USM (waktu tu kat USM), aku tanya Naz, barulah Naz bagitau yang sebenarnya Hermione suka kat Ron. Oh, gitu ke?

Last movie, part Harry break up dengan Cho Cheng sungguh mengecewakan. Sekadar isu kecik, dah break up. Sangat tidak logik, atau kalau logik, Harry sangatlah seperti hero cerita Sepanyol yang bila ada problem kecik, terus give up (Kan ke drama Sepanyol, heroin yang berhati waja. Memalukan jer tengok perangai hero-hero telenovela Sepanyol (ini generalisasi daripada menonton La Usurpadora dan Cuando Seas Mia)).

Tapi movie kali ni, I got the emotion of the characters. So, aku puas hati. Nampak wajar sikit kenapa Hermione jeles. So, that part was covered well.

Jalan cerita ~ okey jer. Aku tak baca buku sebab panjang sangat. Plus aku kecewa sebab Goblet of Fire, aku baca 100 muka (100 muka jer, tak abis), dalam movie kurang dari 10 minit part itu. Daripada aku menjadi seperti orang-orang yang baca buku, pastu kecewa dengan movie, baik aku tak baca buku, tapi puas hati dengan movie.

I think this movie will leave you with 2 kind of impression. If you love drama and teenage love story, you may think this movie is better than previous movies. But if you are expecting fights and actions, watch GI Joe instead.


10 Responses to “Half blood”

  1. Kamilah says:

    told you it was nice! although I was kind of expecting that I would cry when Dumbledore died but i didn’t .. hmm..
    I read the book, but I forgot the storyline so when I watched it, I had to recap with my sis..

    ohh telenovela! betul2! the heroes are always the one doubting the heroins! ish!

  2. alien mulut besar says:

    well, a bis dissapointing for me. Maybe I nih dah dewasa *ehem ehem*, so I personally think takyah masukkan part lavender gedik tu banyak sangat. Cuma movie kali nih lebih keremajaan la kot kan, cintan cintun segala dan ada humor. bebudak remaja kat panggung semua mcm giggle2 seronok bila bab cintan, i je lah yang menahan bara di dada..kekek

  3. SeMiN says:

    Hmmm… aku tgk tanpa sbrang perasaan… biaser jer… percubaan menyelitkan unsur cintan cintun remaja pun masih agak kurang menyentuh perasaan pun… mkg sbb tuan director nak sesuaikan dgn situasi keremajaan pelakon2 utama kot…hehe

  4. Lutfi Amri says:

    Rosmin, cintan cintun remaja, mana ada menyentuh perasaan. sekadar hormon saja itu..

  5. Lutfi Amri says:

    cik tutor, saya suka part lavender yang gedik itu.

  6. alien mulut besar says:

    testing one two three

    kompom i takleh gi panggung ngan you am. kalau pasrt gituh sure i akan ‘uh, apekah?’ dan hang pulak akan tertawa gedik kan? keke

  7. Lutfi Amri says:

    okey ajer..
    saya ketawa gedik slow2 jer.
    tapi part yang makhluk dalam air grab tangan harry poter, itu saya terkejut dengan overnya..

  8. alien mulut besar says:

    Part tu akak pon tersentak dari kerusi walau dah expect..haha.

  9. zeah says:

    alah… yang gedik-gedik tue memang lutfi suka… aku tak hairan… hehehehe

  10. Emmy Hermina says:

    loving the new background dear.. its been quite a while yeah.. busy belajar.. tengah buat kursus diploma tok ptd for 7 months. oh yeah, i satu group dgn fuad :-( he’s something…

    anyway, half blood, the movie. love it. love it most among potter’s movie. cos its a bit dark. better narrate. and a bit grown up too. love draco’s character hehe..

Leave a Reply

See also: