Archive for July, 2009

Straight through my heart


2009
07.30

BSB

Backstreet Boys dah release lagu baru! Yeah. Mahadi, dia nak datang Newcastle bulan 11 nih. Camna nih? Terasa hendak memperabih duit pergi menonton. Adeh adeh.

Mix

Waking up on the wrong side of my bed? Tetiba takder mood untuk buat kerja. Semalam, kepenatan setelah tersengguk-sengguk dalam bas dari Middlesbrough balik ke Durham, aku tido petang. Aku amik test teori kereta kat Middlesbrough, 1 jam setengah naik bas dari tempat aku. Ader jer test centre kat rumah aku (which is just 10 mins by bus) tapi test yang paling awal bleh amik = minggu depan. Minggu depan dah nak busy untuk backpacking nih.

Pastu dah call mak aku, sempat planning + gossiping dengan Mahadi, dan chat dengan beberapa orang kawan; tak rasa mengantuk, tapi tak rasa bersemangat. Ah!

BTW, theory test tuh aku pass. Second time exam. Ari tu fail sebab tak cukup 2 markah. Alhamdulillah kali ni dapat 45 (markah lulus 43). Yang lainnya test UK dengan test teori Malaysia ialah dia ada 2 bahagian. Satu part objective question yang sama macam Malaysia yang ari tu aku tak pass bahagian nih. Bahagian kedua, bahagian video klip. Dia tunjuk 14 video klip dari sudut pandangan orang memandu. Bila kita nampak ‘hazard’ seperti orang melintas, atau kereta berundur atau lori brek, kita kena klik. Kalau klik pada time yang betul, dapat la markah 5, makin kurang kalau lambat reaksi kita.

Masuk jer ke klip ke 13, otak aku dah mula menerawang. Serius, aku cam terlupa yang aku tengah menjawab exam. Tapi part tu pass. So, overall pass la.

Bukan video lagu


2009
07.28

Setelah lama tak buat video log, saja buat. Plus nak try camera baru. Tapi rupanya convert tak ke HD, dah tu ka saiz dia kecik sikit. Tapi kalau tgk versi HQ, okeh gak kualiti dia.

Beautiful


2009
07.27

Hari nih agak lancar. Masuk tidur dah dekat pukul 10, dan bangun terkocoh-kocoh pukul 2.40 (meeting pukul 3 dengan supervisor). Cepat-cepat aku hantar email kot phone (sebab laptop tak mau bukak, nanti nak shut down balik sebab nak bawak pi department). Alih-alih sampai, supervisor aku mintak maaf sebab dia yang terlewat sampai (boleh?).

Aku taklah mengaku aku sampai awal. Betul-betul kurang dari 30 saat di depan bilik dia.

Today went well walaupun tak cukup tido. Balik bilik baru try kamera baru. Best best.

kameraSo far so good. Video bleh amik HD, so aku happy. Dan untuk 4GB, aku bleh rakam video selama dekat 1 jam. Best best.

Semalam berjaga dapat result yang okeh. So bila tunjuk kat supervisor hari ni, semangat lah sikit. Timing baik, terus aku bagitau yang aku nak mintak a week break pada minggu ke-2 bulan Ogos nih. Dia bagi jer. Kalau tak bagipun, tetap blah jugak lah sebab dah beli tiket suma. InsyaAllah akan berbag packing ke Eropah bulan 8 nih dengan Rosmin dan Mahadi. One of the reason kenapa beli kamera siap-siap.

So hopefully, that one is gonna be a nice trip dan harapnya takde aral melintang.

Oh, dah pukul 10.08pm. Dah ajak Rosmin ke Tesco/Sainsbury. Pastu cam biasa, paksa suruh dia masak apa-apa. Yes, bleh supper best malam nih! (Oh kat UK nih, kalau dah pukul 10, itu sudah dikira supper. Kalau tak dinner lagipun, tetap dikira supper jugak. Salah guna term nih, nanti diorang bersifat kritikal)

Sulky


2009
07.25

Demam semalam. Hari ni dah lega sikit. Malas hendak bagitahu orang. Nanti pakat-pakat risau kalau swine flu. Apekah?

Tidur saja semalam. Bangun sekejap dan tidur lagi. Tup tup dah pukul 5. Kecewa. Sebab dah pukul 5 petang, tapi tiada ketukan di pintu. Tidak, bukan ketukan dari teman-teman satu aras yang aku tunggu. Menanti pak cik posmen yang tak kunjung tiba. Beli kamera kat Amazon, katanya sampai hari ini. Entah dia hantar kat porter kot. Ataupun delay. Terpaksa tunggu Isnin. Bukanlah nak tangkap gambar sangat pun. Tapi excited sebab beli kamera baru.

Hidup sedikit spoiled. Rosak kamera, beli kamera baru. Apakah? Tak bagitau mak, nanti mak marah duk perabih duit + tak jaga kamera ari tu elok-elok.

Tapi tika demam nih, aku okey ja duk sorang-sorang. Berbaring atas katil, aku tetiba terdramatik. Agaknya macam nilah kalau tua-tua esok (atau tak semestinya tua), bila sakit dan hidup keseorangan. Aku memang dramatik, tak caya tanya Zeah. Tapi, okey ajer. Taklah teruk pun of having that feeling.

Walaupun sakit, malas nak contact kawan-kawan. Rosmin, aku contact ko semalam bukan sebab nak bagitau kata demam. Tapi nak bagitau fasal tiket tuh dah sampai. Oh, InsyaAllah akan ber’back packing’ dengan Rosmin dan Mahadi bulan depan. Lokasi.. nanti dulu ah baru cerita. Terasa makin dispoil-spoiled pulak kehidupan.

Tak call Rosmin bagitau fasal demam bukan tak mahu menyusahkan dia. Aku memang tak kisah menyusahkan kawan-kawan. Tak caya, tanya Zeah. Saja tak contact sebab nak tido. Plus, terasa tiada mood untuk bercakap. So tido jer.

Bangun pukul 5 tadi, gi basuh pinggan. Walaupun badan tak pulih sepenuhnya, tetaplah kena basuh pinggan sendiri. Which is good and actually under my capability. Tapi kalau kat Malaysia, conform dah akan menyusahkan mak bapak. Ter’mengada-ngada’ bila demam macam semua benda takleh buat:)

My life would ‘be less keji’ without you


2009
07.24

Nombor satu. Mahadi teman shopping online. Beli kamera. Dulu-dulu zaman-zaman gi Gurney/BJ belek-belek dan beli. Sekarang, YM dan link, beli secara online. Alhamdulillah. Cerita ayah-ayah kita kepada kita, ‘zaman dulu abah nak beli barang, kena keluar pekan berpuluh batu. Zaman hang la ni, tekan-tekan kot komputer ja’.

Cerita kita kepada anak-anak kita, ‘Ayah dulu nak beli barang kot internet, guna free delivery hat sampai 4-5 hari. Paling cepat pun sampai keesokkan harinya. Hang beli la ni, 3-4 jam dah sampai’. Agaknya la kan.

mahadi

Semalam jumpa supervisor. Dah lama tak jumpa sebab dia balik bercuti kan. Pastu aku ada la citer yang aku ala-ala mengadu dengan dia. Aku yang salah sebenarnya, dan aku akui. Tapi bleh tak tetiba dia menyebelahi aku? Aku ulang sekali lagi yang aku tahu aku yang salah. Tapi agaknya bila kita mengaku salah, orang ingat kita baik pulak kan? Bagus la, tapi cam manipulative lak. Aiyo, terasa di spoiled sangat.. Keke.

zeah

Sekali lagi update selepas dah publish. Weh weh, lagu Love Story aku kena cover. Keke. Aku memerasankan diri cam artis plak.

Pukul 3 pagi


2009
07.23

‘Pukul berapa?’ Andy tanya aku waktu menunggu bas tadi. Saja mempraktis Bahasa Melayu. Semangat okeh dia. Tapi aku jawab dalam Bahasa Inggeris sebab tak mengajar dia angka lagi.

Tadi pulun pergi ke Durham Climbing Centre. Andy minat bebenda camtu. Aku ~ saja nak mencuba. Plus, mengerabat nih ada dalam genetik. Dulu kecik-kecik suka kerabat pokok jambu kat tepi rumah waktu kat Felda. So, saja mencuba. Okey gak. Agak best. Dapat naik ke atas, tapi sayang… takde kamera. Sob sob. Takpe, nanti nak pergi lagi just for the purpose buat video klip. Boleh?

Bila sampai kat puncak, kena terjun ke bawah. Pastu aku gayat. Bila aku terjun, terus headrush. Sentap.

Sebenarnya duk nak pergi try gym kat Durham (jeling En. Penasihat Bahagian Diet dan Pemakanan yang bersemangat itu hari). Tapi takpelah. Terasa niat tidak ikhlas pulak nak pergi gym. So, biarlah badan sekeping dan tidak bertekstur. Boleh gantikan masa itu untuk lepak kat bilik buat editing video. Okey la gak kan.

Sekarang pukul 3 pagi. Tetiba terasa mengidam nak makan ayam masak pedas. Ayam dah bawak keluar. Nasik dah basuh tapi tak masak lagi sebab nak bagi panas-panas japgi. Baru lepas mengecall mak aku untuk tanyakan resipi.

‘Halia kena boh dak?’

‘Hm..,’ mak aku berfikir sekejap, ‘kalau orang lain.. depa boh kot’

‘Taknaklah buat macam orang lain, orang nak buat cam mak buat’, tetiba terasa aku sedikit mengada-ngada selepas menaip. Sila baca dengan intonasi yang tidak mengada-ngada.

======

Malas nak buat entri baru.
Ini diupdate pada 6.30 pagi.

Ayam masak pedas sudah dimasak. Rasanya? Bolehlah. Taklah teruk. Taklah sangat sedap. Cukuplah sekadar menghilangkan kempunan.

Uh, perlu tidur sebelum pukul 7. Supervisor sudah balik dari bercuti. Nak jumpa dia selepas 3 minggu. Check balik email. Ingatkan pukul 3. Rupanya pukul 4. Yes! Sempat tambah tidur lagi sejam.

Ciao

Half blood


2009
07.22

Baru balik dari tengok Half Blood Prince.

Perut sedikit bloating. Sebab minum kopi ais tengah-tengah malam? Tadi berhenti lepak kat Costa lepas habis tengok. Rasa macam nak muntah pun ada. Erk.

Aku, Rosmin, Arni, Kak Zila dan Andy gi tengok Harry Potter tadi kat Newcastle. Pulun ke Newcastle sebab kat Durham kecik.

So, aku telah diwarning yang cerita kali ni tak best. So, no big expectation.

However, aku rasa citer kali ni agak best. Sebab penggarapan kali ni lebih baik, terutamanya bab relationship between the main characters. Sebabnya filem-filem sebelum ni agak lemah bab-bab kejiwaan nih.

Contohnya dalam movie sebelum ni, aku terhairan kenapa Hermione macam tetiba meroyan bila Ron tak ajak dia gi ball. Balik USM (waktu tu kat USM), aku tanya Naz, barulah Naz bagitau yang sebenarnya Hermione suka kat Ron. Oh, gitu ke?

Last movie, part Harry break up dengan Cho Cheng sungguh mengecewakan. Sekadar isu kecik, dah break up. Sangat tidak logik, atau kalau logik, Harry sangatlah seperti hero cerita Sepanyol yang bila ada problem kecik, terus give up (Kan ke drama Sepanyol, heroin yang berhati waja. Memalukan jer tengok perangai hero-hero telenovela Sepanyol (ini generalisasi daripada menonton La Usurpadora dan Cuando Seas Mia)).

Tapi movie kali ni, I got the emotion of the characters. So, aku puas hati. Nampak wajar sikit kenapa Hermione jeles. So, that part was covered well.

Jalan cerita ~ okey jer. Aku tak baca buku sebab panjang sangat. Plus aku kecewa sebab Goblet of Fire, aku baca 100 muka (100 muka jer, tak abis), dalam movie kurang dari 10 minit part itu. Daripada aku menjadi seperti orang-orang yang baca buku, pastu kecewa dengan movie, baik aku tak baca buku, tapi puas hati dengan movie.

I think this movie will leave you with 2 kind of impression. If you love drama and teenage love story, you may think this movie is better than previous movies. But if you are expecting fights and actions, watch GI Joe instead.

Hot and Cold 2


2009
07.20

{Sebab dah ada tajuk Hot and Cold sebelum ini, maka ada nombor 2 di situ}

Patah tumbuh, hilang berganti, rosak beli lagi ~ seems like I need to get a new camera. Tetiba kehidupan terasa janggal sekali. Semalam, tetiba terasa bersemangat nak buat projek akademik yang aku pernah cakap dulu, alih-alih tersedar takde kamera. Sigh. Sebenarnya, kamera aku yang lebih lama tuh ada lagi. Yang tuh rosak sebab usia (kamera Mahadi yang model yang sama pun buat hal macam tu jugak). Kamera tu takleh tangkap gambar, tapi boleh amik video. Tapi SD-card kat Rosmin la pulak

Pagi tadi parcel sampai. Separa manyau aku buka envelope. Ah, bateri spare yang aku beli minggu lepas. Takde rezeki…

Uh, break up dengan camera lebih terseksa rupanya (sentap dengan diri sendiri).

Actually by now, I should be getting a new one, browsing via Ebay or Amazon. Tapi ada mini drama peribadi pulak berlaku kat London itu hari (when I say drama peribadi, and I meant to write here, please do expect it would not relate to personal thingy, much more like a story of me being cranky instead).

Dari Victoria Station, kitorang amik tube ke Paddington. Waktu nak beli tiket, alih-alih kad debit aku takleh guna. So, Rosmin tolong bayarkan. Aku ingat diorang terlock, so aku contact la bank. Alih-alih dia bagitau balance aku zero.
Sentap (ini sentap for real, bukan sentap kena keji).

Apakah?

Terus aku kekagetan sepanjang di London. Sebab duit tu sepatutnya cover aku sampai elaun masuk. Nih tup tup takde plak.

Dipendekkan cerita, aku call diorang semalam dan hari ni. Hari ni barulah mamat customer service tuh bagitau yang pembelian aku hari tu double charge. So, dia tulis 0 balance. Tapi by tonight should be restored again. Wah? Boleh camtu. Nasib baik la kat London itu hari dengan Rosmin dan Arni. Dah la confident nih tak amik cash nak ke London, sebab biasanya takde problem. Kalau tak.. Ish.

terduduk

Heartbroken


2009
07.19

Prolog: Kakiku dihayun perlahan. Setapak demi setapak di jalan menuju ke Buckingham Palace. Terasa seperti gantung tidak bertali. Kehilangan itu pedih. Senyumanku sekadar berpura-pura.

Baru balik dari London. We had a one-day trip. Bertolak kul 1 pagi dari Newcastle, sampai pukul 7 pagi lebih kat London dan balik semula ke Newcastle jam 11 malam lebih.

Aku, Rosmin dan Arni gi naik bas kul 1 tuh. Kam dan kakak dia terkebetulan gi London sebab nak jemput parents diorang (which is why Arni was ‘forced’ to go and join us).

london1
Baru sampai di Victoria Station. Kam dan kakaknya naik train pukul 11 pagi. So, diorang join kitorang tengah hari dah.

london2Kempunan nak makan makanan Malaysia, kitorang mulakan hari dengan nasi lemak dekat Restoran Bonda. Dekat dengan Paddington station.

london3Pose ‘keawanan’. Ala-ala memerasankan diri jadi Superman buat beberapa saat. Kryptonite moment coming soon!

london4Right after the moment – Muka separa menerima keadaan. Kamera aku jatuh tika nak buat 10 sec automatic shoot. Letakkan atas pole yang kat tepi aku tuh, tapi pole tu berayun ditiup angin dan … tamatlah riwayat kamera itu. Uhuk.. sob sob.

london5Bunga-bungaan di St James Park. Boleh perasan ke muka yang masih lagi kesedihan tu?

london6Kam join dalam pukul 3 lebih

london7Kembali bersemangat. Ala-ala hendak terbang (dan meninggalkan kisah duka di London)!

I’m Yours Malay Version (Piano Acoustic)


2009
07.17

New video! Wah, 2 video baru dalam 1 minggu. Yang ni tak amik masa lama. New rendition of I’m Yours in Bahasa Melayu but with piano acoustic.