I
Oh, perlu lebih bersemangat untuk study!!!
II
Ada flatmate baru ~ Andy dari Missouri. Kak Dijah dan Zeah, dia sudah ada fiance. Wah, perlu tak tu benda first aku nak tulis sebab macam boleh dijangka jer soalan korang. Keke.
Aku bawak dia gi Tesco untuk beli apa-apa yang patut.
III
Aku tanya kak aku samaada dia dah tunjuk kat anak menakan aku belum video klip ‘Situation’. Belum. Sedikit nak tahu reaksi diorang sebab video klip I’m Yours, diorang sangat excited.
IV
Masih menunggu gambar konvo Mahadi dari Mahadi. Menanti dengan penuh kesabaran tidak sabar.
V
Lagu tema hari ini
[Jordin Sparks - Battlefield]
haha. Ko memang dah kenal aku sangatlah lutfi. Hehe. Tak perlulah aku bertanya umur dia berapa? Ayam ke tak? Hahaha.
zeah – apa maksud ayam ke tak? keke
mind to share?
ayam!! haha.. dah lama tak use that word! hahaha.. zeah zeah..
ayam.. err.. secret code for cute, handsome, etc etc.. hehehe..
and was used on someone’s former flatmate! haha..
Kak Dijah, ayam itu equivalent dengan konsep hidung darah.
Kak dijah…. ayam tu seperti yg kam cakap tu lah…. hahaha… selalu org lelaki yg guna… tapi kini kitaorg yg guna.. hahaha…. ada kisah mengenai ayam tu sebenarnya sehingga muka lutfi menjadi merah kerana panas dalaman kot… betul tak lutfi…….
Oh, aku dah berpura-pura tak ingat.
ahahahaa..itu rupanya maksud ayam? kekeke..ala-ala penggunaan jambu la kan? hikhik
ye betul. Itu adalah lebih tepat lagi. Hege. Jambu! Hehe. Bolehkah berpura2 tak ingat? Bolehkah?