Research Day

Situasi

‘Situation’ will be released today! Coming in 1-2 hours time. Check back soon.

Research Day

Hari ni Research Day department. Salah satu sebab aku balik sebaik sahaja lepas konvo Mahadi. Sigh. Kalau tak boleh lah lepak-lepak dulu. Semalam dalam train, aku siapkan slide presentation untuk hari ini. Last minute punya kerja lagi. Perlu berubah nih.

Research day nih macam mini conference la. Setiap orang pelajar research bentangkan apa projek diorang dalam masa 10 minit presentation termasuk Q&A. Aku selamber je. Sesi pagi tak pergi. Datang sesi petang jer.

Tup-tup masa aku, aku tetiba bersemangat. Keke. Alhamdulillah perkataan yang nak disebut semua keluar, so terasa smooth la sikit flow. Abis presentation, pensyarah yang selalu datang ketuk bilik waktu aku meeting dengan supervisor aku bagi compliment. Supervisor aku yang tak tengok presentation aku (nasib baik..) telah direport oleh pensyarah tadi. So, ala-ala happy sebab dia dengar berita baik memandangkan seminggu dah tak buat kerja sejak balik Cardiff itu hari plus pergi Dundee untuk tengok Mahadi konvo, tido dan sempat menonton Transformers 2 yang tak berapa best.

Tengah duduk-duduk minum teh waktu break time dengan David, tetiba diapproached oleh pensyarah department engineering (kitorang sekarang dah merge dengan engineering). Dia buat surface reconstruction jugak. So, sempatlah bersembang ilmiah plus dia jemput untuk tengok-tengok projek dia. Wah, tak sangka plak presentation department bleh meninggalkan impak sedemikian.

Anyway, let’s pray I finish here within 1 year and 10 months. And then, InsyaAllah go back to USM after privating all the video on Youtube (tak guna konsep delete, nanti menyesal. Cik Pengurus ajar). Keke.


3 Responses to “Research Day”

  1. alien mulut besar says:

    Manaaaaaaaa???? Mana videonya..semangat okes i buat keje laju2 dalam lab! tapi hampa…..

  2. Lutfi Amri says:

    Baguslah buat kerja laju2.
    Sabar-sabar, ada error of converting video tadi. Jap jap. Ish, Cik Presiden nih..

  3. alien mulut besar says:

    *ikon waiting sambil ketuk2 jari atas meja..* kekeke

Leave a Reply

See also: