define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Lucky - Pagi Hari di Durham

Lucky

Bukan. Bukan lagu Jason Mraz itu. Entah. Aku tak berapa suka pun lagu tu. Sebab suara Colbie Callat tu tak bersemangat kot. Meskipun ada jugak aku dengar orang mintak terjemahkan sekali lagu tuh. Tapi awal-awal lagu aku dah confused nak terjemah ‘lucky I’m in love with my best friend’. Sebab asal teringat maksud ayat tu, aku teringat. Kawan-kawan rapat aku semuanya keji-keji belaka ;D Kalau ‘in love with my best friend’, abis la anak-anak nanti keji-keji jugak.

Dah melalut dah

Lucky

Dah menang cabutan bertuah hari keluarga Durham, teka gambar Kak Dijah; hari ni dapat email cabutan bertuah sebab isi survey itu hari. Dapatlah voucher buku 20pound. Best best. Sama ada bleh beli buku statistik yang aku nak tuh, ataupun beli buku lain, dan jual balik kat ebay. Alhamdulillah.

Presentation

Aku bentang work-in progress punya paper tadi. Okay lah. Bolehlah. I give myself 2.5 out of 5 stars. Banyak part bleh dipolish lagi. Tapi at the very least, aku bagi sedikit impression pada seorang pensyarah kat Teeside. Sebelum tu pun, dia datang tegur aku ‘Durham?’.

‘Eh, tahu mana dari Durham’, setelah diterjemah ke BM.

‘Sixth-sense’, dia gelak. Dia editor untuk konferens kali ni. Itu hari aku mintak lanjutan dari dia. Agaknya dia cam sebab aku sorang jer muka Asia Tenggara kat sini (Aku hantar email itu hari guna nama Ahmad).

But quite nice. Conference is interesting. Bebenda yang belakang tabir komputer dibincang. Tahu tak Project Natal? (Cari dalam google untuk maklumat lanjut. Ringkasnya, Project Natal nih projek Xbox untuk hasilkan game tanpa pengawal (kawal guna badan) bagi lawan Nintendo Wii). Esok ada paper fasal detect pergerakan manusia dan diconvert ke 3D. Best kan?

Amazing Race

Aku dok hangout dengan sorang peserta konferens nih. Mike dari Iowa, US. Not to mean rude, tapi aku rasa orang Malaysia lebih boleh relate dengan orang US kot sebab selalu sangat tengok cerita US (kecuali Cik Pengurus; dia boleh relate dengan orang Korea dan Jepun). So, aku sembang la sekali fasal Amazing Race. Dia tahu. Dia pernah tengok. Tapi biasanya orang akademik tak macam aku. Aku jer giler tv (dan mengikuti setiap episod Survivor, Amazing Race, DH, The Apprentice etc).

Tapi aku tunjuk kat dia Amazing Race Durham menampilkan Zeah and the gang.

Dia gelak tengok.

Part Zeah cakap dia hilang map, dia gelak.

Part Arni dan Zatul pulun nak naik bas, dia gelak.

Pastu kitorang nak bergegas ke Cardiff Castle sebab ada tour. Tak sempat abis. Dia suruh skip sebab dia nak tengok ending. Semangat keh:D

Kira dia terhibur la. Okeh, boleh market kat US! Lol.

Work

Kerja tak abis lagi. Nak kena siapkan benda dan antar kat supervisor aku malam ini jugak. Tengoklah, balik esok atau lusa. Sebab aku kena check out lusa. Kalau esok balik, giler rush jugak. Penat dah nih.
Nasib baik open ticket.

Situasi

Kepada orang-orang yang menunggu, aku sempat edit video klip situasi waktu kat atas train itu hari. Tak lama dah tu, nak siap (which means a week jugaklaa)

Tambahan

Tahu tak cerita kartun yang kartun nak buat sesuatu, macam nak tebang pokok, tapi tak berjaya dan malang menimpa? Baru menghadapi situasi demikian.

Aku nak cucuk wayar 2 pin ke plug 3 pin. Kan ke kalau takde yang atas tu, kena cucuk guna kunci ke, aper ke, baru boleh?

Aku amik kunci. Cucuk. Tak berjaya.

Aku amik penutup pen kilometriko. Tatkala mengambil dan berpatah balik ke kerusi, terhantuk sisi kaki kanan ke laci yang terbuka. Adeh. Luka sikit.

Aku guna penutup pen. Tak berjaya jugak.

Aku guna wayar charger nokia belah atas. Tak berjaya.

Aku pulun-pulun cucuk. Tak berjaya

Aku amik klip kertas dan bagi jadi dawai lurus. Tak berjaya. Sudah hilang motif. Just nak mencuba jer.

Aku balut penutup pen dengan tisu kot-kot boleh menyamai efek plug 3 pin. Tak berjaya.

Frust.

Aku cucuk, dan tetiba terasa nak cucuk bahagian bawah tuh dengan penutup pen jugak.

Ah, berjaya akhirnya!

Dapatlah charge bateri kamera.


10 Responses to “Lucky”

  1. alient mulut besar says:

    tak sabar nak tgk klip situasi.. errr, mike tu hemsems tak?
    akak boleh je tetiba jadi bersemangat pulun tgk citer us..kekekek

  2. Lutfi Amri says:

    Akak ni.. soalan.. (bukannya tak bisa dengan soalan-soalan sentap kan, tapi nanti kang kalau jawab merapu…
    er.. cik pengurus, bukan kita kena jaga imej ke? Ahaks)

  3. Kamilah says:

    haha aku pun ada promo sikit our AR kat guests kaknur last weekend.. tapi tak tau lah diorang tengok ke tak.. but I showed the link to one of them! haha..

    Ohh dangerous nya main dengan socket tu!

  4. zeah says:

    mike handsome ke?…. ada ciri2 yang aku suka tak?… hahahaha….. sal socket tue… no comment… aku pun buat apa saja cara yang pernah kau buat tue… hahahaha…. as long as tak guna besi sudah…

  5. easy says:

    lagu “lovestory-BM” tu xde copyright kan?? saya sbenonye ader projek ngn menber2 nk wt lovestory BM edition or KISAH CINTA tu dlm versi kteorg n siap ngan video klip lg… blh x?? kteorg ader tukar lirik sket..tp kteorg ltk camney:
    lirik asal: amri (amrisolarstreak),
    pengubah lirik asal : adiey easy.
    (mintak izin dulu nie.. takut kena saman)

    blh ea??????
    please….

  6. Lutfi Amri says:

    Zeah, Mike dah kahwin la..
    Gambar kahwin dia sangat nice okeh. Ala-ala cam dalam tv punya citer.
    Kecuali ciri-ciri ko ialah meminati orang yang dah berpunya (jeling orang itu), ko tak berkenan kot.

    easy,
    sila-sila. takdenya copyright.
    tapi boh camni

    lirik: your name, amri (solarstreak.com)
    nampak lebih proper kot:D

    okey ke, cik pengurus? ada tambahan?

  7. zeah says:

    ohh dah kawin… takpelah… forget that i ever asked… hahahahaha…. lagipun aku gurau je bila tanya hal si mike tu…

    Ohh mengenai dengan lagu lucky…. kau nak translate eh?.. Lucky im in love with my bestfriend… no comment lah… seram jugak bila jatuh cinta dengan bestfriend sendiri…. hahahaha….

  8. Lutfi Amri says:

    Taknaklah. Takmau translate lagu tuh. Aku pun jarang dengar.

  9. alient mulut besar says:

    dang! mike dah kawin?? kekek..
    Am, takyah tanya pengurus..keke..hitam kata hang, hitamlah kata pengurus..sebab tu hang yang tulis.
    Pengurus hanya berkuasa sepenuhnya bila melibatkan royalti, komisen dan fangirls meroyan. sekian dimaklumkan..keke

  10. alient mulut besar says:

    eh, lupa nak ckp..sila hapdet..keke

Leave a Reply

See also: