define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Disturbia - Pagi Hari di Durham

Disturbia

Hari ni sedikit keletihan. Er.. taklah. Letih banyak sebenarnya.

Lebih kepada letih otak juga badan.

Tidur dah pukul 6 semalam. Bangun dalam pukul 1 lebih tapi terasa tidak cukup tidur. Pergi jumpa supervisor dengan keadaan serabut kepala otak. Aku sangat respek supervisor aku. Kalau jumpa dia, selalu ada effect ‘tenang’ selepas itu. Agaknya, itulah sebabnya aku tak kisah sangat jumpa dia selalu-selalu. Dah macam ala-ala pergi sesi terapi pulak.

Sekarang ni sedikit tak best sebab tetiba internet down. Nasib baik aku ada mobile internet (cam Celcom Broadband tuh) kat sini dan line sini memang laju (dibandingkan yang aku try kat Malaysia ari tu). So, taklah mati kutu. Terasa masih boleh bernafas.

Untuk student Malaysia, maybe rasa macam tu kot. Sebab ari tu Yusran ketiadaan internet kat rumah dia (kerana isu pertukaran alamat), dia pun rasa camtu.

Yer lah, kalau kat Malaysia, takde internet, buka tv, ataupun pergi bergossip berbual dengan kawan-kawan, ataupun pergi lepak di Khalil ataupun Subaidah (reorientate yourself in USM area yeh). Kalau di sini, hendak menerawang di jalanan yang sunyi, gelap dan sejuk… oh.. sungguh sedih (sedikit exaggeration yang melampau).

Cardiff Second Round

Esok aku pergi Cardiff sekali lagi. This time untuk konferens. Malam ni kena perabihkan sebahaian besar slide presentation. Tak siap lagi. While I’m there pun kena get in touch dengan supervisor sebab nak siapkan satu paper nak try submit kat konferens kat Germany. Aku cam dah nak give up. Tapi telah diberikan semangat waja oleh supervisor, terus nampak sinar harapan.

Oh, duk cakap busy-busy ni, bukan apa; nak habaq kat hat dok tunggu lagu baghu tu, sabaq-sabaq la no. Lagu Situasi tu tengah dok edit jugak sambil sambil. Tu la.. duk tebiang habaq kat blog pasai nak boh dalam internet akhir bulan lima, teghuih nampak lambat ja.


2 Responses to “Disturbia”

  1. alient mulut besar says:

    Wah, kena pi jumpa sv hang lah nampaknya..terapi..keke
    Good luck for your conference

  2. MAHADI says:

    sapa la… tu

Leave a Reply

See also: