Archive for June, 2009

Akhir Jun


2009
06.30

Sentap. Sudah akhir Jun. Cepatnya masa berlalu.

Memula gambar kat Dundee

img_7649

On the way balik ke rumah Mahadi lepas ter’shopping’. Duduk sekejap depan rumah orang sebab penat dan panas ari tu. ‘Panas’ is the rare word in UK but this summer, it does not become that rare anymore.

img_8690Konvo Mahadi. Terpaksa rush balik ke Durham petang tu jugak sebab ada Research Day department next day.

spageti2

Mencuba resipi Rosmin. Maaf Cik Pengurus. Tidak bermaksud untuk membuatkan akak rasa jeles dan sentap melihat makanan. (Tambahan: Sebenarnya kalau boh capsicum kaler hijau, akan lebih bangkit sebab warna spageti dah kuning).

makanmakan

Semalam, buat makan-makan kat Brackenbury. Chef: Rosmin. Aku dan Kak Zila tukang tolong. Kam: tukang tangkap gambar.

makanbrackenburyAjak sekali flatmate aku John dan Andy join sekali. Andy tak berapa suka tangkap gambar (kot), so takdelah gambar dia untuk feed curiosity Zeah dan Kak Dijah.

bintang

Main ‘Star game’ lepas makan. Round 1, Arni dan Kam menang. Round 2, aku dan Rosmin menang.

botanicalgardenGambar kat botanical garden. Gi tadi untuk buat video klip bagi lagu translasi baru. Ah dah.. nanti kang bagitau sini, Cik Pengurus yang over suruh edit cepat-cepat. Keke.

Crap, I do have a lot of green t-shirt eh?

Viewed


2009
06.28

Satuviewed

Baru lepas bermesyuarat dengan Cik Pengurus. Keke. Plan untuk next song.
Anyway, aku tercheck dan ternampak kat channel Youtube aku.

#67 – Most Viewed (Today) – Musicians

Hehe. Dah masuk dalam carta Youtube:D

Cik Penasihat Bahagian Libur, Bintang dan Teh Tarik dah setuju masuk video klip baru. So, maybe akan extend lagi request song section dek kerana tak dapat nak work on it that soon anyway.

Dua

Ada warning heatwave kat sini. Aku pun tak reti banding panas musim panas UK (bila betul-betul panas) dengan panas kat Malaysia – mana lebih panas. Kat UK agak dry kot.

Tapi dua tiga hari lepas, asyik hujan sahaja di Durham. Which is good and bad. Good because it is not so damn cold. So, I survive. Bad, because it is wet. Not nice to go around.

Tiga

Seminggu lepas baru summer solstice. Hari paling panjang di UK. Sekarang pun still panjang. Aku dah tak tido proper dah. Sekarang dah 5.13 pagi, masih belum tido. Padahal subuh masuk dalam 2.30 dan 4.30, dah terbit matahari (tapi tak nampak matahari hari ni sebab mendung).

I dunno. This long daytime always make me feel weird. But it’s good to go out during this time. But it’s raining so..

Okeh. Good nite

Semangat


2009
06.27

I

Oh, perlu lebih bersemangat untuk study!!!

II

Ada flatmate baru ~ Andy dari Missouri. Kak Dijah dan Zeah, dia sudah ada fiance. Wah, perlu tak tu benda first aku nak tulis sebab macam boleh dijangka jer soalan korang. Keke.

Aku bawak dia gi Tesco untuk beli apa-apa yang patut.

III

Aku tanya kak aku samaada dia dah tunjuk kat anak menakan aku belumĀ  video klip ‘Situation’. Belum. Sedikit nak tahu reaksi diorang sebab video klip I’m Yours, diorang sangat excited.

IV

Masih menunggu gambar konvo Mahadi dari Mahadi. Menanti dengan penuh kesabaran tidak sabar.

V

Lagu tema hari ini

[Jordin Sparks - Battlefield]

Situation – Song and Lyrics


2009
06.27

Here you go:-

Amri – Situation
Lyrics by Syazwan

Discrimination has been making me fall
My reputation is unable to help

And I…
I’m wilting… oo…oo…oo over there

And hoping for something that’s new to me
That has always been in my dream

(Chorus)
And you… When you just disappear
It’s spoling, destroying my dream
A dream to reach the stars
To brighten up my life
I just want you to know
That you where I want to go
Right here in my… mind Wo..ooo

Because this body lose its willing to fight
To face the challenges coming in my life

And I…
I’m waiting, oo…oo.. over there

Hoping for something that is new to me
That has always been in my dream

(Repeat chorus)

Research Day


2009
06.26

Situasi

‘Situation’ will be released today! Coming in 1-2 hours time. Check back soon.

Research Day

Hari ni Research Day department. Salah satu sebab aku balik sebaik sahaja lepas konvo Mahadi. Sigh. Kalau tak boleh lah lepak-lepak dulu. Semalam dalam train, aku siapkan slide presentation untuk hari ini. Last minute punya kerja lagi. Perlu berubah nih.

Research day nih macam mini conference la. Setiap orang pelajar research bentangkan apa projek diorang dalam masa 10 minit presentation termasuk Q&A. Aku selamber je. Sesi pagi tak pergi. Datang sesi petang jer.

Tup-tup masa aku, aku tetiba bersemangat. Keke. Alhamdulillah perkataan yang nak disebut semua keluar, so terasa smooth la sikit flow. Abis presentation, pensyarah yang selalu datang ketuk bilik waktu aku meeting dengan supervisor aku bagi compliment. Supervisor aku yang tak tengok presentation aku (nasib baik..) telah direport oleh pensyarah tadi. So, ala-ala happy sebab dia dengar berita baik memandangkan seminggu dah tak buat kerja sejak balik Cardiff itu hari plus pergi Dundee untuk tengok Mahadi konvo, tido dan sempat menonton Transformers 2 yang tak berapa best.

Tengah duduk-duduk minum teh waktu break time dengan David, tetiba diapproached oleh pensyarah department engineering (kitorang sekarang dah merge dengan engineering). Dia buat surface reconstruction jugak. So, sempatlah bersembang ilmiah plus dia jemput untuk tengok-tengok projek dia. Wah, tak sangka plak presentation department bleh meninggalkan impak sedemikian.

Anyway, let’s pray I finish here within 1 year and 10 months. And then, InsyaAllah go back to USM after privating all the video on Youtube (tak guna konsep delete, nanti menyesal. Cik Pengurus ajar). Keke.

Dingin Dundee


2009
06.24

Di Dundee sekarang nih.
Sampai tengah hari tadi.

Nyenyak aku tidur dalam train dari Newcastle ke Edinburgh. Lepas tukar train di Edinburgh, tak tidur dah. Nampak kawasan laut yang cantik. Tapi tak bawak kamera. Sigh.

Sampai di rumah En Penasihat Bahagian Emosi dan Gossip, makan bekalan yang aku bawa dengan dia; kemudian tidur petang. Entah kenapa, aku selalu tidur nyenyak bila berada di Dundee. Siap ada mimpi-mimpi yang aku tak ingat, tapi bukan nightmare.

Tiba-tiba ada dart board di ruang tamu Mahadi. Sempat membaling dart. Dan sekali baling, terus kena bull’s eye. Mahadi kata ‘beginner’s luck’. Tiba-tiba aku merindui Zeah. Terasa ingin dia ada di saat aku kena bull’s eye. Pasti Zeah berkata yang sama, tetapi dengan penuh jengkel. Keke. Zeah, aku yakin ko akan terus membaling dart itu sampai kena bull’s eye kerana tidak berpuas hati. Hehe.

spagetiItu spageti cili kering Rosmin (sebenarnya ada gambar kitorang, tapi dek kerana tidak diapprove, takleh boh dalam blog. Ish, ish). Sebahagiannya dibawa dari Durham ke Dundee dan dijadikan lunch tadi. Semalam…aku, Rosmin dan Kak Zila pergi Tesco dalam pukul 12 tengah malam. Pastu lapar, so aku suruh minta tolong Rosmin masakkan spageti nih. Plus nak belajar macammana nak masak sebab aku suka rasanya. Siap ada English herbs lagi. Padanlah makanan aku tak pernah rasa macam itu.

Anyway, kitorang abis masak dan makan dah dalam 3.30 pagi. Itulah Cik Penasihat Bahagian Libur, Bintang dan Teh Tarik beserta housemate, dah termiss Rosmin masak. Keke.

Song Request


2009
06.23

Tarikh tutup: 30 Jun 2009

So, some of people are asking if they can make a request. So here you can. Nominate your choice. By the end of this month, we’ll see what people want and hopefully it will be the new project.

Leave it in the comment section below

[THE REQUEST IS NOW CLOSED]

Hapdet


2009
06.22

Cik Pengurus sudah suruh update. So, atas arahan itu, kenalah update. Keke.

Back to Durham. Heading to Dundee tomorrow. For Mahadi’s graduation day on Thursday.

Aiyo, berjalan jer. Tapi takpelah, baru je going thru a stressful week last week.

I mean, conference were all great. I love it. It’s way better than I expected. Memula aku ingatkan konferens ni, semua orang bercakap fasal akademik. Tapi tak jugak. Dan peluang berkenalan dengan orang-orang baru memang best. At least dah kenal Mike. Walaupun entah bila nak sampai kat Iowa, tapi terasa cam best je kalau-kalau ada rezeki ke sana. One can dreams, aite?

Picture time!

walesPersembahan di Cardiff Castle. Diorang berpakaian klasik dan nyanyi lagu-lagu Wales klasik. Sangat impress dengan vocal masing-masing. Plus, it was an entertaining night. Disebabkan dalam castle, tetiba aku terasa macam went back to the past.

wales2

Bergambar dengan gadis-gadis castle. Keke. Cik Pengurus, sila jangan jeles. Anda boleh cuba bergambar dengan Peter Petrelli itu:D

mikeItulah Mike. Dan belakang tu skrin besar untuk spek mata 3D (ada spek khas). Tapi yang nih tak pecah-pecah macam dalam wayang and so surreal!!! I love it a lot sebab rangka tuh bebetul terkeluar dari skrin dan rasa macam memegang-megang jer.

Ah, so what was so stressfull?

Nah, aku kena siapkan lagi satu paper waktu aku kat Cardiff itu hari. Sampai abis konferens pun, aku still duk buat kerja kat situ. Which is a bit anti-climatic la. But dah submit dah. Doakan la paper tu diterima yer. Kalau accepted, bleh jalan gi Jerman plak bulan 11 nih. Buat video klip kat Jerman pulak. Keke.

Dah contact Penasihat Bahagian Libur, Bintang dan Teh Tarik. Woit, bila nak buat game?

Lucky


2009
06.18

Bukan. Bukan lagu Jason Mraz itu. Entah. Aku tak berapa suka pun lagu tu. Sebab suara Colbie Callat tu tak bersemangat kot. Meskipun ada jugak aku dengar orang mintak terjemahkan sekali lagu tuh. Tapi awal-awal lagu aku dah confused nak terjemah ‘lucky I’m in love with my best friend’. Sebab asal teringat maksud ayat tu, aku teringat. Kawan-kawan rapat aku semuanya keji-keji belaka ;D Kalau ‘in love with my best friend’, abis la anak-anak nanti keji-keji jugak.

Dah melalut dah

Lucky

Dah menang cabutan bertuah hari keluarga Durham, teka gambar Kak Dijah; hari ni dapat email cabutan bertuah sebab isi survey itu hari. Dapatlah voucher buku 20pound. Best best. Sama ada bleh beli buku statistik yang aku nak tuh, ataupun beli buku lain, dan jual balik kat ebay. Alhamdulillah.

Presentation

Aku bentang work-in progress punya paper tadi. Okay lah. Bolehlah. I give myself 2.5 out of 5 stars. Banyak part bleh dipolish lagi. Tapi at the very least, aku bagi sedikit impression pada seorang pensyarah kat Teeside. Sebelum tu pun, dia datang tegur aku ‘Durham?’.

‘Eh, tahu mana dari Durham’, setelah diterjemah ke BM.

‘Sixth-sense’, dia gelak. Dia editor untuk konferens kali ni. Itu hari aku mintak lanjutan dari dia. Agaknya dia cam sebab aku sorang jer muka Asia Tenggara kat sini (Aku hantar email itu hari guna nama Ahmad).

But quite nice. Conference is interesting. Bebenda yang belakang tabir komputer dibincang. Tahu tak Project Natal? (Cari dalam google untuk maklumat lanjut. Ringkasnya, Project Natal nih projek Xbox untuk hasilkan game tanpa pengawal (kawal guna badan) bagi lawan Nintendo Wii). Esok ada paper fasal detect pergerakan manusia dan diconvert ke 3D. Best kan?

Amazing Race

Aku dok hangout dengan sorang peserta konferens nih. Mike dari Iowa, US. Not to mean rude, tapi aku rasa orang Malaysia lebih boleh relate dengan orang US kot sebab selalu sangat tengok cerita US (kecuali Cik Pengurus; dia boleh relate dengan orang Korea dan Jepun). So, aku sembang la sekali fasal Amazing Race. Dia tahu. Dia pernah tengok. Tapi biasanya orang akademik tak macam aku. Aku jer giler tv (dan mengikuti setiap episod Survivor, Amazing Race, DH, The Apprentice etc).

Tapi aku tunjuk kat dia Amazing Race Durham menampilkan Zeah and the gang.

Dia gelak tengok.

Part Zeah cakap dia hilang map, dia gelak.

Part Arni dan Zatul pulun nak naik bas, dia gelak.

Pastu kitorang nak bergegas ke Cardiff Castle sebab ada tour. Tak sempat abis. Dia suruh skip sebab dia nak tengok ending. Semangat keh:D

Kira dia terhibur la. Okeh, boleh market kat US! Lol.

Work

Kerja tak abis lagi. Nak kena siapkan benda dan antar kat supervisor aku malam ini jugak. Tengoklah, balik esok atau lusa. Sebab aku kena check out lusa. Kalau esok balik, giler rush jugak. Penat dah nih.
Nasib baik open ticket.

Situasi

Kepada orang-orang yang menunggu, aku sempat edit video klip situasi waktu kat atas train itu hari. Tak lama dah tu, nak siap (which means a week jugaklaa)

Tambahan

Tahu tak cerita kartun yang kartun nak buat sesuatu, macam nak tebang pokok, tapi tak berjaya dan malang menimpa? Baru menghadapi situasi demikian.

Aku nak cucuk wayar 2 pin ke plug 3 pin. Kan ke kalau takde yang atas tu, kena cucuk guna kunci ke, aper ke, baru boleh?

Aku amik kunci. Cucuk. Tak berjaya.

Aku amik penutup pen kilometriko. Tatkala mengambil dan berpatah balik ke kerusi, terhantuk sisi kaki kanan ke laci yang terbuka. Adeh. Luka sikit.

Aku guna penutup pen. Tak berjaya jugak.

Aku guna wayar charger nokia belah atas. Tak berjaya.

Aku pulun-pulun cucuk. Tak berjaya

Aku amik klip kertas dan bagi jadi dawai lurus. Tak berjaya. Sudah hilang motif. Just nak mencuba jer.

Aku balut penutup pen dengan tisu kot-kot boleh menyamai efek plug 3 pin. Tak berjaya.

Frust.

Aku cucuk, dan tetiba terasa nak cucuk bahagian bawah tuh dengan penutup pen jugak.

Ah, berjaya akhirnya!

Dapatlah charge bateri kamera.

Cardiff Second Round


2009
06.18

Dah sampai Cardiff.
Sangat penat. Semalam takleh tido. Hari ni siapkan slide presentation dan selepas presentation esok, nak kena siapkan kerja lagi.

Good thing though. I mean, I love the opportunity of presenting in a conference and working hard for other paper. Just been a bit awkward because I have to be busy in other city. Masuk dalam bilik kat sini, aku still buat kerja macam kat bilik. Dan yang tak bestnya internet slow sebab guna mobile broadband dan kawasan ni macam terlindung sikit.

It’s okay if I have to do work in my place or if I go to Mahadi’s house. Nih cam tak best sebab tak cukup kelengkapan. Diorang plak jimat tak buka heater sebab musim panas. Aiyo, UK okeh. Musim panas pun aku siap selimut tebal lagi tido.

Konferens

Conferents is a good experience. Taklah seteruk yang aku sangka. Sit down and listen other people talk about their work. And then getting to know new people.

Sebenarnya istilah akademik ialah ‘networking’. Iaitu berkenalan dengan ahli akademik lain supaya nanti bleh buat collaboration ke, atau mintak review ke. Tapi bleh tak saya tak nak guna istilah nih, Kak Khalidah? Rasa cam tidak ikhlas plak bila berkenalan dengan seseorang tuh.

Tadi aku sempat bersembang dengan Mike. Dia dari Iowa, Amerika. Tetiba aku terus lancar bersembang fasal cerita-cerita US yang aku ikut. Tapi seriously, dek kerana selalu sangat tengok cerita US, asal dengar orang US cakap, aku boleh ikut dan tak rasa janggal. Kalau dengan orang UK cakap.. er.. susah gak oo.

Wales

Tambahan sekarang nih kat Wales. Wales ada bahasa sendiri. Macam Scotland jugak (ye kan Mahadi?). Loghat diorang memang tak berubah, biarlah diorang cakap dengan sapa pun. Yang lainnya Malaysia, selalunya orang Malaysia bleh adjust. Macam orang Kelantan, Terengganu mahupun Kedah (jeling pada diri sendiri) – kalau jumpa orang-orang KL, ataupun menghadiri majlis-majlis formal, terus loghat yang keluar tuh bukan loghat negeri sendiri.

Tapi kat UK. Masuklah tv pun, tetap cakap loghat yang sama. Season baru Apprentice UK, Sir Alan Sugar (Donald Trump versi UK) pernah cakap kat contestant dari Durham ’sometimes I don’t understand what you say’.

Anyway.. nak kena tido

Esok aku present.
Hope everything is alright.

Amin