Rawak di pagi hari 4

Cucur

5.34 pagi. Baru lepas makan cucur jagung. Pukul 4 lebih, ayah aku di dapur. Alih-alih dia hendak goreng cucur jagung. Tidak, bukannya bersahur. Makan awal pagi? Tak tahu apa istilahnya. Keluarga aku memang tak particular bab-bab makan nih. Tak kisah masanya. And yeah, I do have a great dad for cooking at 4am plus. His son? Not so great. Hehe.

Tidur

Semalam tiba-tiba mengantuk awal. Pukul 10 sudah tidur. Tapi pukul 2 pagi terjaga. Lapar…

Real World

Tetiba terasa nak dengar lagu nih. Boyband UK yang tak popular kat Malaysia pun.

D-Side : Real World

USM

Semalam dah lepak dengan Anuar. Sempat jumpa Ros sekali dan mendukung anak diorang, Haikal. Ros dan Anuar ala-ala impressed sebab anak dia yang tak berapa mau kat orang mampu didukung oleh aku. Tak lama. Ada lah dalam 15 saat sebelum dia nak pergi balik kat parents dia.

InsyaAllah Ahad ni nak turun USM jap. Lepak dengan Abang Tra dan bebudak debat yang lain.

Internet

Plus internet sangat slow. Sudah biasa yang laju, terus terasa slow. Sigh.


4 Responses to “Rawak di pagi hari 4”

  1. ainadz says:

    sedap gak cucur jagung..teringin lak.. :D

  2. alien mulut besar says:

    Eleh, 15 saat pon nak berlagak kannn…Over tau!
    Err, d-side agak jambu disituh. Menanti pendarahan. Menanti.kekeke

  3. Emmy Hermina says:

    kim salam kat bang tra. masa i turun penang beberapa bln lepas pun i ada jumpa dia and bang shah.. terserempak..

  4. Lutfi Amri says:

    Kak Dijah, diorang bukan Jepang, bleh berlaku pendarahan ke? Hehe.

    Emmy, InsyaAllah.

Leave a Reply

See also: