Picture Time

Hari ini bangun pagi dan pergi rumah Kam. Rosmin ikut sekali. Tujuan: menonton finale American Idol yang didownload dari internet. Rosmin dah tertengok sapa menang. Aku dan Kam dah berhati-hati tak masuk website-website yang spoil. Kam tak berani masuk MSN sebab takut terkeluar result. Aku pulak -awal-awal lagi dah set kan Yahoo Mail News aku kepada berita sukan.

Kam masak untuk brunch. So dah takyah masak.

Balik pulak, Izzat mempelawa aku giler-giler untuk join makan dengan dia dan Mohammad (officemate aku yang selalu datang melawat dia). So, lunch sudah tidak dimasak.

Makan malam.. takde sapa ajak. So kena masak sendiri (sigh). Giler malas. Er.. mug yang tak sempat basuh sebelum balik itu hari pun masih belum dibasuh. Bag pun belum dipack.

Kak Khalidah called aku waktu aku tengok American Idol. Entah camner aku tak cam suara dia. Siap aku tanya ‘ni siapa?’. Boleh tak tetiba terperasan kot secret admirer yang mengecall. Haha. I can’t believe myself for thinking that way as well. Over keh. (Presiden Persatuan, bila nak buat gathering dengan peminat. Ahaks)

Picture time! Dah berniat nak masukkan gambar-gambar (bagi men’challenge’ presiden persatuan). So here it is

Gambar di rumah. Makan nasik lemak. Muka toye sebab berjaga sepanjang malam. Lepas makan nasik lemak, barulah tidur waktu kat Malaysia ari tu.

Sawah bendang berlatarkan Gunung Jerai. Setelah berada di UK, aku mula menghargai keindahan tempat sendiri. Tapi takdelah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Bagi aku, sama-sama jer hujan batu kat mana-mana pun. Kat UK sejuk gedi tapi takde semut. Jadi boleh bermalas-malasan meninggalkan mug tidak berbasuh sebelum balik dan masih okey. Buat camtu kat Malaysia… err..

Senja di Tanjung Dawai. Lawa seh. Dulu, kadang-kadang datang pasar minggu Tanjung Dawai, lepak tunggu mentari terbenam. Good old days;)

Deretan kedai lama di Tanjung Dawai.? (Mahadi, sila tambah dengan ayat-ayat yang berbentuk sastera)

Bergambar dengan teacher dan Rofikhi selepas dibelanja Teacher Oslina kat Rivers of Flavours. Dulu waktu sekolah menengah, waktu aku masuk pertandingan BI, teacher akan hantar dan Rofikhi selalu ikut sekali, bagi sokongan moral a.k.a skip kelas secara berhemah:P

Boleh tak aku terlupa yang 19hb, hari aku balik UK tuh birthday ayah aku. Nasib baik la terbeli tiket waktu 19hb. Kalau beli 18hb, dah termiss. (Kat Kedah, wan = grandpa, tok=grandma. Tapi mak aku suruh panggil opah sebab nak retain memory pernah duk kat Perak dulu)

Sempat melantak KFC di Queensbay sebelum naik flight itu hari. Dulu biasanya singgah USM. Sekarang dek kerana Queensbay dah on the way ke Bayan Lepas, so singgah situ la.

Gambar kat Airport. Fariz dan anak-anak murid kak aku (bekas bebudak Pumpkin Race) turut menghantar. Okey apa tangkap gambar camni, dari berbaris lurus macam dulu-dulu. Walaupun Ju sedikit posing maut di situ.


11 Responses to “Picture Time”

  1. alien mulut besar says:

    Mode sekarang: tak suka org bergambar dengan makanan! *matikla emo*

    ps: keji okeh ingat secret admirer kol. helo, presiden fanclub pon takde num artis tu, so, tak wajarla berpikiran number tersebar dengan luasnya..kekekekeke

    apa pun, selamat kembali ke uk. selamat jet lag.keke

  2. khalidah says:

    konsep ditimpa perasaan….

  3. Lutfi Amri says:

    kak dijah, balik UK tak jetlag. Over keh. Blame it on the biological clock la kan. Not me..

  4. MAHADI says:

    nice picts, kinda miss all those scenery

  5. Achik says:

    Wahhhhhh rindunya…
    lama xmenjenguk blog Am
    slalu baca dr yahoo mail jer

  6. Achik says:

    rupanya besday sama 19hb

  7. Kamilah says:

    wahh nice scenery!!

    haha.. ohh tak tulis siapa menang AI ke? takut spoil? but yeahh yayy for the winner!! MSN dah banyaak pasal tu.. “did America get it right?” and “(name of the person who lost) loss matters?”.. ramai yang tak setuju yang menang tu menang! ceh! oh well~~

  8. Lutfi Amri says:

    Achik, besday achik 19/5 ke? Wah?

    Yep Kam. Jangan spoil, nanti orang marah. But by now, Malaysian pun should know dah.

  9. Kamilah says:

    yeah the whole wolrd knows by now kot! haha..
    Ohh I’m so loving “No Boundaries”! thanks for the mp3! :D

  10. rofikhi says:

    aku saja2 type nama aku kat google.hehe.tgk2 kuaq yg ni.aku dh jumpa tempat hang berkarya.hehehe

  11. Rain_17 says:

    BOLEH X AWK AMBIK GMBR TG DAWAI BYK? RINDULA..SBLM SY BPINDAH KE KELANTAN THN 1995…KIRANYA DH 14THN SY TINGGALKAN KEDAH…HUHUU

Leave a Reply

See also: