Bercuti di UK?

[This post is dedicated to my bro, my friends Rofikhi and Faizal]

Aku terpanggil untuk berkongsi sedikit untuk menulis tentang bercuti di UK. Untuk my bro dan kawan-kawan aku yang ada niat nak datang sini. Juga jika ratu ikan hendak datang ke sini melihat-lihat hemisfera utara dan mencari lelaki-lelaki latino. Ahaks. So, berapa costnya? Let’s do some budgeting! Take note, that I am talking about BUDGETING, not about how to get around and how long. Kalau kawan-kawan aku turun London dan expect aku to be there, kena discuss scheduling la jugak sebab takleh la lama-lama. Mampus tak study.

First of all, flight ticket. Yang nih aku tak mau kira. Berbeza mengikut musim. Air Asia pun ada dan aku tak berapa favourite Air Asia sebab kena tempah awal sangat. Tapi kalau nak budget cuti, memang kena tempah awal la kan. Dan kalau ada kad debit/kredit (Visa, Mastercard), sangatlah membantu.

London

Yang kritikal untuk berjalan-jalan di London ialah penginapan. Kalau ada tempat nak stay (rumah kengkawan), memang dah untung besar. Kalau tak, anggarkan boleh dapat semurah-murah 15 pounds semalam atau dalam 50 pounds semalam kalau lambat beli. Duka dinyatakan aku takde geng kat London. Tahir sebab duk dengan family, so takleh gi menumpang. Tambahan lagi budaya UK bukan cam budaya Malaysia, senang-senang hati jer nak melepak buat cam rumah sendiri.

Target tempat tinggal:

Malaysia Hall
-katanya 15 pounds lebih sikit semalam, seorang. Tapi takleh duk lama-lama. Bilik dorm. Ada waktu tutup gate. Aku tak pernah bermalam kat sini, so tak tahu

Travelodge

My favourite hotel. Last minute dalam 42 pounds semalam, satu bilik. Banyak gak dia punya bilangan hotel sekitar London. Dan sekitar UK. Kalau tempah awal bleh dapat 19 pounds atau 29 pounds semalam untuk satu bilik. Dan bilik yang diberi memang boleh duk untuk 3 orang atau 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Kira tak melampau la sangat harganya. Bahagi 2 atau 3, sorang 10-15 pounds ja.

Home and Away Guest House

Aku tak pernah try yang ni. Tapi katanya rumah tetamu yang orang Malaysia run. Boleh masak sekali. Katanya around 30pounds sehari. Worth checking out. Sebab boleh masak, so ada extra point di situ.

Hotel-hotel lain

Cari jer kat google: London Hotel. Boh perkataan cheap etc. Kalau last-last minute, aku check-check bleh la still dapat 50 pounds semalam yang murah. Biasanya ni untuk 1 bilik, bagi 50 pounds. So kiranya 2 orang la bleh masuk. Kalau dah beli tiket Air-Asia awal-awal, patutnya dah bleh cari tiket murah-murah ye tak?

Berapa lama?

Nak pusing London, 3-4 hari cukup dah. Lama-lama pun bosan gak.

Pusing-pusing London

Katanya ada bas dari airport London Stanstead (airport Air Asia turun) ke tengah London (London Victoria station) dalam 10 pounds. Tu da kira harga tetap la. Yang bestnya pusing London, sebab beli tiket harian, off-peak, bagi Zone 1 (tengah-tengah bandar) sampai Zone 4 (pinggir-pinggir sikit), baru dalam 6 atau 7 pounds untuk satu hari. Tiket tu bleh digunakan untuk naik bas dan naik tube. Dan naik la berapa puluh kali pun, dan sesatlah ke Zone mana pun (asalkan tak keluar dari stesen). Boleh kembali ke pangkal jalan dan takyah bayar extra. Baguskan.

Makan

Makan di London, kalau tak masak, bajetlah macam ini.

Sarapan: simple-simple jer. Bebenda yang boleh dibeli di Tesco seperti Cereal Bar, susu, cereal, keropok-keropok, roti, jem, tuna. 2 pounds untuk sekali makan, InsyaAllah dah kenyang dah tu.

Tengahhari: kalau sanggup mengulang benda yang sama. Lagi 2 pounds dah okey. Kalau nak makan sedap sikit, gi Malaysia Hall, makanan Malaysia ada. Anggarkan 4-5 pounds sekali makan (Abang Jun, kuantiti makanan tidaklah sangat kenyang bagi abang). Kalau nak sedap, lebih jimat, cari kedai ayam goreng halal kat Brick Lane atau area Whitechapel atau pergi jauh sikit ke Leyton (rumah Tahir). Ayam goreng atau burger, 3 pounds tuh dah kenyang la. Dah bleh dapat set yang 2-3 ketul dah tu. Okey apa, sekali ganda KFC jer.

Malam: Ulang menu tengah hari, atau sarapan kalau still nak jimat. Atau maggi yang dibawa dari Malaysia pun boleh.

Tiket-tiket masuk tempat menarik

London attraction termasuklah London Eye aka Millenium Eye. Tuh dalam around 14 pounds kot. Tak ingat dah. Boleh cari kat internet. Maddame Tussaud tuh, yang patung lilin tuh dalam 22 pounds. Kalau nak tour yang jimat. Takyah masuk langsung bebenda camtu. Pusing-pusing ja kat Buckingham Palace, tengok guard yang berdiri tegak tuh, Big Ben, jam besar tuh (kat SP pun kita ada jam besar, ye tak?) dan tangkap gambar berlatar belakangkan London Eye. Pastu masuk Muzim-muzium London yang berlungguk-lungguk ada. Kalau tak spend duit untuk place of interest, still lagi boleh pusing-pusing London dengan raknya.

Masih boleh pergi ke tempat yang Amy Mastura berpusing-pusing pun (Trafalgar Square). Mahadi, tak jumpa la video klip tuh dalam internet!

Shopping dan cenderahati

Mahal lah shopping sini. Cenderahati banyak kat tengah London (Bayswater atau Oxford Street), tapi er.. kalau dah budget holiday, takleh la nak bawak balik buah tangan banyak-banyak cam orang balik Mekah. So, beli jer key-chain ke, sebagai tanda da ke UK, tuh dalam 2 pounds. Pastu masuk Al fayed punya shopping complex, Harrods yang sangat mewah dan sangat ridiculous harganya untuk orang-orang marhaen macam kita. Takleh menggalas beg galas yer kat sini. Pakai smart sikit untuk orang-orang yang inferiority complex macam aku. Kalau tak kisah, pakai jer apa pun. Diorang sini mana peduli.

Kesimpulan

So jom kira berapa keperluan untuk budget holiday. Let say 4 hari lah. Baru puas dan berbaloi kan?

Tidur murah (4 malam) = 4*15 =60 pounds
Makan murah (4 hari) = 7*4 = 28 pounds
Jalan-jalan murah (4 hari) = 7*4 = 28 pounds
Stanstead airport ke tengah london = 2* 10 = 20 pounds
Terbeli benda-benda yang menarik = 30 pounds
Termasuk benda-benda menarik = 20 pounds

Jumlah = 186 pounds = RM1023 lebih kurang (pada kadar 1 pounds = RM5.50 sekarang)

That’s it. Yang paling penting, tempat tidur. Benda-benda lain agak fix dia punya variable. Kalau nak makin lama pun, it goes linear jer.Kalau nak jimat lagi, 3 hari ke, boleh la reduce sampai RM800.? Walau bagaimanapun, eloklah bawak extra 100pounds (RM 550 lebih kurang) kalau-kalau nak terbelanja lebih.

Percutian budget nih dalam anggaran korang pergi bercuti 2 orang sama ada korang sorang, dan kawan korang sorang lagi di UK, atau 2-2 orang dari Malaysia. Kalau sorang-sorang jer, jadi mahal lagi sebab tidur takleh share.

Kalau nak pergi bandar lain, tuh kita cerita next time bila aku terrajin yek.


20 Responses to “Bercuti di UK?”

  1. alien mulut besar says:

    Pergh, bagus2, sangat bermanfaat. Akak takleh buat ginih sebab tak berjalan pon kat sini. Asik mode mad rush, meroyan dan tidur..kekekek

  2. dreamer says:

    nice!! membantu aku untuk membajet untuk europe tour next year~ :)

  3. Lutfi Amri says:

    Ala Mahadi, aku cari ‘Amy Mastura’. Padanlah tak jumpa.
    (Sila klik link Mahadi untuk lihat Amy Mastura berpusing-pusing di Trafalgar Square)

  4. oss says:

    betui ke ni? boleh tahan.Tak pernah sampai London, teringin gak…pernah transit je.. Nanti boleh ajak Puan Nora sekali… anyway my photo ngan u and Rofikhi mcm Klcc….

  5. Lutfi Amri says:

    Datanglah teacher. I got some girl friends which you can stay at their home if you come to Durham:)

  6. yan says:

    hmm… mahal gak rupanya nyer…
    so anggaran 2k kita bawak ar… tak termasuk flight tiket…

    btw aritue blk uk tiket bape?

  7. salam ziarah… juz jenjalan jumpe blog nih…

    mmm penoh sampe kat eastbourne jerk… london x sempat pegi pon… bes nye

    dapat stdy overc… pengalamn… :)

    stdy ape kat sne? dgree? course?

  8. Lutfi Amri says:

    yan, setakat nih AirAsia ja yang dapat murah kalau tempah awal. Airline lain 400 – 700 pounds return ticket.

    aku_labahlabah_itu, okey apa dah sampai eastbourne
    (sambil tgk dalam googlemap eastbourne tu kat mana)

  9. rofikhi says:

    thanks for the thought my friend. hehe

    nanti aku baca lebih detail.skng kt malaysia dh lewat wktu tidoq.haha

  10. Kak Raftah says:

    oh yeah… boleh mula saving dari sekarang, within 3 years leh g London :)

  11. anis says:

    bestnye,brcuti di uk!

  12. didie says:

    thn ni dh pg london, rezeki company hntr…tp xpuas jalan2…nak pg lg…insyaALLAH thn dpn nak pg lg…nak guna minimum budget pg sane…anyway, minimum budget yg u bg tu, mmg lbh kurang mcm my budget jer…rm 1k…huhu…yg pntg pg sane, just want to see the view, not to spend the money…

    rase mcm nak try pg travel sorg2 lg…hr tu pg pun sorg2…tu hah, tercmpk smp hamburg…

  13. anis says:

    didie awk ni yg msk sehati berdansa ke bkn?

  14. ita says:

    salam…pernah pergi stonehenge tak? boleh share tips..

    tq

  15. Amri says:

    ita, maaf, tak pernah ke stonehenge.

  16. ita says:

    ooo…takpelah…try search transport (paling murah)..jumpe train n bas..tapi rasa masih mahal sebab dah lewat baru nak booking ticket train..>>bajet<<

    tq again.. :)

  17. ihe says:

    Thanks alot. . Membantu la nov ni jom ke london. . .

  18. hanajimi says:

    wow…sgt mambantu.sy dan kawan nak ke sana sebab tarikan HP studio tour.budget serta info mengenai hotel amat-amat dihargai. :D

  19. ana says:

    best baca….sempoi habis pergi melancong 2, 3 hari bawah rm3000 (tak termasuk flight ticket). Cayalah. Yang penting dah sampai pun sana. Alhamdulillah…Tq, encik sebab share invaluable experience.

Leave a Reply

See also: