Baru

Theme baru. Tanda meraikan penghijrahan ke server baru. Ingatkan di UK. Rupanya syarikat jer UK, tapi servernya di US. Agak gloomy theme ini. Bercanggah sekali dengan cuaca di luar. Atas tu roundabout dekat stesen bas Durham. Roundabout nilah yang aku cakap ada orang gi berbaring-baring tuh.

Panas. Hari ni sangat panas. Tingkap di buka seluas-luasnya. Tiba-tiba terasa nak mencuba belacan yang dibawa. So, aku masak udang masak pedas. Memang lain rasanya once dibubuh belacan rupanya. Boleh tahan. Kalau cium tangan sekarang ni pun ada lagi bau belacan. Hehe. Aku suka pergi kenduri waktu kat Perak dulu. Sebab menu dia daging dengan air asam (yang dibubuh kerisik). Aku selalu cium bau tangan lepas makan kenduri. (Boleh.. cerita benda-benda camnih?)

Aku tak suka menu kenduri kat Kedah. Sebab biasanya gulai daging sahaja. Sigh. Tapi menu baru kengkadang ada ayam masak pedas. So, itu aku suka. Ingat, kita bercakap tentang makanan. Bukan tentang kenduri. (Tiba-tiba terparanoid).

Hari ini aku perbetulkan programming. Tak betul-betul jugak rupanya hari tu. Alhamdulillah, dapat result yang cantik. Best gak rupanya statistik nih. Dalam banyak-banyak cabang maths, statistic lah yang aku sebenarnya tak minat sangat. Taklah tak suka. Just rasa tak berapa bleh relate. Tambahan pulak, waktu kat USM, bebudak pure maths cam aku tak belajar banyak sangat statistik. Sekali bebudak debat Bio bercakap fasal ANOVA pun aku tak tahu. Sebab kitorang belajar analysis of mean jer. Tak masuk analysis of variance. Sekali aku pernah kena mengajar tutorial stats bebudak TI, baru aku belajar sendiri ANOVA tuh camna.

Supervisor aku dah bagi target seterusnya. Nih result dapat okey, harap-harap bleh la submit. Kali ni dia target konferens kat Germany. Wah, agak best. Sudah sedikit jeles sebab Mahadi dah sampai itu hari (time salji tebal lak tuh). Dan aku tengok-tengok peta, benda tuh kat Brunswick. Dekat dengan tempat Chris tuh. Kot-kot accepted dan ada rezeki, bleh la sampai. Kalau tak accepted, itu kira lain.

Gambar sphere. Aku tengah buat prediction of error tuh. Hari tu tengok gambar ni waktu bercakap dengan Mahadi. I went like ‘ooh.. nice… cantik giler…’ and I continued ‘Mahadi, I’m not watching porn yah’.

XD

P.S: Theme baru ada problem, so revert balik ke theme lama


3 Responses to “Baru”

  1. alien mulut besar says:

    Sentap.
    ‘ooh.. nice… cantik giler…’-> apa kaitan dgn porn. Oh, abaikan. tammo tau.keke

  2. Lutfi Amri says:

    One word, ‘intonation’.
    Takleh elaborate, ada pembaca bawah umur di sini

  3. yan says:

    lama tak jenguk… ha ah lah ..
    menu kendir kahwin kat kedah yang pernah pegi… mesti gulai daging…. gulai ikan masin…
    sumer nyer mesti kari..
    jarang lah jumpa main lauk yang bukan kari …

Leave a Reply

See also: