define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Back for summer - Pagi Hari di Durham

Back for summer

Dah summer ke? Dah kot.

Aku sampai tadi kat Durham dalam pukul 2. Check jadual solat. Asar masuk 5.30 lebih. Lepas Zohor pukul 4 da, aku terasa mengantuk. Check bila masuk Maghrib. Pukul 9.12 camtu. Ah, dah summer la nih. Hari dah panjang. Sempat tidur dekat kul 5 sampai kul 8

Flight

Flight okeh. Aku duduk sebelah seorang Malaysian bernama Zara. Dia kerja jap kat UK sebelum sambung PhD bulan 10 nih. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai (6 jam lebih), aku tak tido. Tengok Mall Cop dengan ulang tengok Bride Wars.

Kat Dubai, sempat pusing-pusing tangkap gambar. Memaksa Zara yang baru dikenali untuk tolong tangkap gambar. Pastu flight aku awal sejam dari flight dia (dia ke Birmingham), so aku naik dulu. Tidur jer dari Dubai ke Newcastle (7 jam setengah).

Newc

Flight baik dan smooth. Ada beberapa turbulence, tapi okey la. Cuma aku sedikit kaget sebab seorang mat saleh depan aku memegang kerusi depan dia bila turbulence agak kuat. Aku menyandar jer. Disebabkan dia lebih dramatik, tetiba terasa nervous lak.

Sampai Newcastle Airport, tetiba seorang pekerja airport menahan hendak check beg. Aiseh, dah la bawak banyak bilis, belacan dan juga cili kering. Lepas atau tak. Cepat-cepat buat muka tak bersalah. Dia check beg aku. Ada lagi beg galas dalam beg besar. Dia nak check jugak. So, ‘terpaksa’lah menunjukkan baju-baju yang tak dilipat (seperti biasa) dalam beg itu termasuk baju-baju kotor.

Dia duk tanya menda apa bagi setiap satu. Sekali dia tanya plastik yang ada belacan. Aku terfikir-fikir nak sebut apa. Last-last aku sebut ‘local dishes’. Nasib baik dia tak suruh buka. Kalau tak abis la berbau airport newcastle tuh.

Dia duk tanya banyak kali ada bawak ‘meat’ ke tak. Dalam kepala otak aku, duk terbayang daging lembu jer. Dan memang aku tak bawak pun. Tapi dah lepas blah, baru perasan yang dia merujuk pada daging babi. Swine flu sekarang ni kan…

Tapi takdela screening apa pun (merujuk soalan yan). Sebabnya tak praktikal nak screening setiap orang yang masuk UK. Bukan seorang dua. Aku dah tanya Abang Amir. Kecoh tak swine flu kat UK (Oh, kitorang panggil swine flu. Malaysia panggil N1H1). Dia cakap tak kecoh pun. So, okey la kot. Sampai tadi takde apa pun. Kat Penang dan KLIA ramai gak yang pakai mask. Kat Newcastle Airport, cam takde apa ja. So, okey la kot kat sini.

Sekarang 2.48 pagi. Subuh dah masuk 2.24 pagi tadi. Uh, kena readjust schedule tidur nih..


One Response to “Back for summer”

  1. Kamilah says:

    H1N1 lah! haha..

Leave a Reply

See also: