Archive for May, 2009

Family Day


2009
05.31

Family Day di Durham. Kenapa namanya family? Kerana disertai oleh orang-orang yang dah berkeluarga. So, orang bujang macam aku, menyelitlah kat mana-mana yang boleh ditolong (atau mengelat tak tolong).

Tolong bakar ayam BBQ, tolongĀ  jadi urusetia sukaneka dan tolong mengasuh Amni (anak Abang Amir) (tak yah tolong kutip sampah /kemas meja kat ujung-ujung)

I

‘Ni sapa nama. Duk tengok dalam Youtube ja’. Oh.. sedikit sentap.

II

‘Let me get the biggest price’, cakap aku dalam hati ketika cabutan bertuah dicabut. ‘Amni, doa bagi dapat yek’, aku berbisik pada Amni sambil mendukung dia.

‘No 13′.

Tak dapat yang paling besar, tapi dapat second besar.

Hehe. Happy:)

cabutan

Baru


2009
05.30

Theme baru. Tanda meraikan penghijrahan ke server baru. Ingatkan di UK. Rupanya syarikat jer UK, tapi servernya di US. Agak gloomy theme ini. Bercanggah sekali dengan cuaca di luar. Atas tu roundabout dekat stesen bas Durham. Roundabout nilah yang aku cakap ada orang gi berbaring-baring tuh.

Panas. Hari ni sangat panas. Tingkap di buka seluas-luasnya. Tiba-tiba terasa nak mencuba belacan yang dibawa. So, aku masak udang masak pedas. Memang lain rasanya once dibubuh belacan rupanya. Boleh tahan. Kalau cium tangan sekarang ni pun ada lagi bau belacan. Hehe. Aku suka pergi kenduri waktu kat Perak dulu. Sebab menu dia daging dengan air asam (yang dibubuh kerisik). Aku selalu cium bau tangan lepas makan kenduri. (Boleh.. cerita benda-benda camnih?)

Aku tak suka menu kenduri kat Kedah. Sebab biasanya gulai daging sahaja. Sigh. Tapi menu baru kengkadang ada ayam masak pedas. So, itu aku suka. Ingat, kita bercakap tentang makanan. Bukan tentang kenduri. (Tiba-tiba terparanoid).

Hari ini aku perbetulkan programming. Tak betul-betul jugak rupanya hari tu. Alhamdulillah, dapat result yang cantik. Best gak rupanya statistik nih. Dalam banyak-banyak cabang maths, statistic lah yang aku sebenarnya tak minat sangat. Taklah tak suka. Just rasa tak berapa bleh relate. Tambahan pulak, waktu kat USM, bebudak pure maths cam aku tak belajar banyak sangat statistik. Sekali bebudak debat Bio bercakap fasal ANOVA pun aku tak tahu. Sebab kitorang belajar analysis of mean jer. Tak masuk analysis of variance. Sekali aku pernah kena mengajar tutorial stats bebudak TI, baru aku belajar sendiri ANOVA tuh camna.

Supervisor aku dah bagi target seterusnya. Nih result dapat okey, harap-harap bleh la submit. Kali ni dia target konferens kat Germany. Wah, agak best. Sudah sedikit jeles sebab Mahadi dah sampai itu hari (time salji tebal lak tuh). Dan aku tengok-tengok peta, benda tuh kat Brunswick. Dekat dengan tempat Chris tuh. Kot-kot accepted dan ada rezeki, bleh la sampai. Kalau tak accepted, itu kira lain.

Gambar sphere. Aku tengah buat prediction of error tuh. Hari tu tengok gambar ni waktu bercakap dengan Mahadi. I went like ‘ooh.. nice… cantik giler…’ and I continued ‘Mahadi, I’m not watching porn yah’.

XD

P.S: Theme baru ada problem, so revert balik ke theme lama

Suasana


2009
05.30

Solat Jumaat hari ini. Selalu terleka. Sampai 12.30 baru terperasan yang tak mandi lagi. Cepat-cepat pergi mandi dan pakai baju. Sudah 12.45 (Yer adik-adik, mandi dan pakai baju serta boh gel rambut + lensa kontak, 15 minit sudah cukup). Bergegas ke perhentian bas. Nampak Izzat di situ. Bagus, masih tidak terlewat.

Bas yang lewat rupanya. Tapi khatib tak baca khutbah lagi. Kira okey la.

Berpeluh sambil berjalan ke department. Summer kali ini sangat panas. (Berfikir sejenak samaada sepanas Malaysia). Boleh la kot. Tak sepanas Penang la. Panas cam kul 5 petang kat Malaysia camtu. Seperti biasa, bila panas jer, ramailah pakat-pakat berbaring-baring di atas rumput. Sampaikan kat tengah roundabout besar, ada rumput pun ada orang baring-baring gak.

Hari ini aku melepaskan tekanan. Zeah, belajar dari ko la ni. Aku release tension dengan membeli benda-benda yang tidak perlu. Beli t-shirt dan tuala Incredible (ala, yg kartun 3D tu). Beli earphone sebab earphone lama dah rosak. Abis duit meniaga.

It’s way much different here. I dunno. A lot of things changed after I came back and I dun really like it. Yeah, some good, some bads. Kitchen is emptier because 2 of my flatmates had moved out. Good coz takyah rebut rebut. Bad because it seems so empty. Sampaikan plastik sampah pun tak penuh walau 3-4 hari (can’t believe I’m missing that crap).

Some people come and some people go. That’s life yeh. Ye tak Kak Khalidah?

Heartless


2009
05.29

[Soundtrack of the day: Kris Allen - Heartless. Kam kinda dragged me along to like this song. Haha, just wanna put the blame on someone]

So, server baru. Terasa lebih laju memandangkan server baru di UK. Orang-orang Malaysia rasa okey tak. Hopefully tak tersangkut dah.

Tak banyak cerita mahupun gossip baru untuk diceritakan secara umum. Tidur berlebihan. Makan tidak cukup (tetiba kurang 2 kilo, aduss). Bukan tiada makanan. Just tidak lalu.

Tengah mengedit video klip situasi. Amik masa sikit sebab tak buat bersungguh-sungguh. Entri-entri pun terasa tidak berkualiti. Be back on track soon.

‘How could you be so heartless?’

Happy


2009
05.26

Title tells it all. Balik menghantarkan pesanan. Menjadi peniaga ikan bilis untuk 2-3 hari. Saja nak cover sedikit kos balik kampung itu hari. Stok ikan bilis habis dijual. Alhamdulillah laku. Belacan pun bawa. Tak habis lagi. Sempat tanya mak aku sebentar tadi macam mana nak guna. Dia kata bubuh sikit dalam sambal. Teringat dulu Puteri(x-Durham, UiTM skarang) pernah buat sambal udang ada belacan. Terasa perbezaannya. Padanlah sambal udang aku rasa generic. Sebab sekadar cili, bawang dan tomato. Belacan.. itu rupanya. (Adakah orang-orang Armidale dan Geelong ada belacan? One wonders)

Sampai di rumah. Menghadap komputer seperti biasa. Kuatkan diri untuk menghadap masalah yang sama yang dah berbulan-bulan tak dapat diselesaikan. Oh, I’m talking about my study. Satu part tuh aku stuck, dan skip buat benda lain sebab takmau lagging. That’s the thing about programming. Once you finish the programming, obtain the result and the result is wrong, nak debug tuh sikit punya pening. Kengkadang bebenda simple jer. Tapi tak perasan. In this case, formula error. Darn.

Tapi dah dapat settle. Sekarang baru 11.31pm. Sebab dah dapat result yang elok, maka bolehlah malam ini tidak perlu bertungkus lumus study. Sv aku sangat result-oriented. Tak payah impress dengan kehadiran di ofis mahupun berpura-pura baca journal dengan banyak (pastu bila dia tanya, terkaget macam tak faham); asalkan result cantik; kitorang ‘happy’.

Oh, jap nak backup~

~selepas backup~

Oh, backup is another story. Walaupun komputer sekarang ni canggih, anything can happen these days. Laptop tetiba takleh on dek kerana motherboard terbakar (jeling orang-orang Brunei. Eh, dua-dua tu laptop Toshiba kan? Jeling pula orang Armidale). Virus yang mendelete fail-fail Microsoft Word (jeling orang Geelong). So, aku telah menjadi sedikit paranoid. Asal lepas dapat result je. Aku akan zipkan folder tuh dan send kepada Yahoo mail sendiri.

Anyway.

Picture time!

Picture gagal diupload. Lain kali lah.

Sigh.

No Boundaries


2009
05.25

[Soundtrack of the week, Kris Allen: No Boundaries]

Always love the winning song of American Idol. Although after a while it does get boring. I mean, Time of My Life, Inside Your Heaven and This Is My Now. So, yeah. Just enjoying it while it’s new. Innit?

Chess

Sedikit addicted dengan game chess yang ada dalam Vista. Selalu menang setelah meng’undo’ step tiap-tiap kali queen aku kena makan.

Cardiff

Ade ke bebudak Malaysian Cardiff yang terbaca blog aku? Our home-made Amazing Race is going to Cardiff on 6th of June. We got couple of teams from Brunei. If somehow you guys in Cardiff (or know someone in Cardiff) and wanna join, leave me a comment here. I’ll get back to you.

Slow dan sangkut

Ada problem sikit bila masuk blog aku. Kengkadang tak keluar page la. Reload dua tiga kali baru boleh. Aku tengah minta abang aku untuk pindahkan server. Nak update pun susah. Aish.

Bercuti di UK?


2009
05.22

[This post is dedicated to my bro, my friends Rofikhi and Faizal]

Aku terpanggil untuk berkongsi sedikit untuk menulis tentang bercuti di UK. Untuk my bro dan kawan-kawan aku yang ada niat nak datang sini. Juga jika ratu ikan hendak datang ke sini melihat-lihat hemisfera utara dan mencari lelaki-lelaki latino. Ahaks. So, berapa costnya? Let’s do some budgeting! Take note, that I am talking about BUDGETING, not about how to get around and how long. Kalau kawan-kawan aku turun London dan expect aku to be there, kena discuss scheduling la jugak sebab takleh la lama-lama. Mampus tak study.

First of all, flight ticket. Yang nih aku tak mau kira. Berbeza mengikut musim. Air Asia pun ada dan aku tak berapa favourite Air Asia sebab kena tempah awal sangat. Tapi kalau nak budget cuti, memang kena tempah awal la kan. Dan kalau ada kad debit/kredit (Visa, Mastercard), sangatlah membantu.

London

Yang kritikal untuk berjalan-jalan di London ialah penginapan. Kalau ada tempat nak stay (rumah kengkawan), memang dah untung besar. Kalau tak, anggarkan boleh dapat semurah-murah 15 pounds semalam atau dalam 50 pounds semalam kalau lambat beli. Duka dinyatakan aku takde geng kat London. Tahir sebab duk dengan family, so takleh gi menumpang. Tambahan lagi budaya UK bukan cam budaya Malaysia, senang-senang hati jer nak melepak buat cam rumah sendiri.

Target tempat tinggal:

Malaysia Hall
-katanya 15 pounds lebih sikit semalam, seorang. Tapi takleh duk lama-lama. Bilik dorm. Ada waktu tutup gate. Aku tak pernah bermalam kat sini, so tak tahu

Travelodge

My favourite hotel. Last minute dalam 42 pounds semalam, satu bilik. Banyak gak dia punya bilangan hotel sekitar London. Dan sekitar UK. Kalau tempah awal bleh dapat 19 pounds atau 29 pounds semalam untuk satu bilik. Dan bilik yang diberi memang boleh duk untuk 3 orang atau 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Kira tak melampau la sangat harganya. Bahagi 2 atau 3, sorang 10-15 pounds ja.

Home and Away Guest House

Aku tak pernah try yang ni. Tapi katanya rumah tetamu yang orang Malaysia run. Boleh masak sekali. Katanya around 30pounds sehari. Worth checking out. Sebab boleh masak, so ada extra point di situ.

Hotel-hotel lain

Cari jer kat google: London Hotel. Boh perkataan cheap etc. Kalau last-last minute, aku check-check bleh la still dapat 50 pounds semalam yang murah. Biasanya ni untuk 1 bilik, bagi 50 pounds. So kiranya 2 orang la bleh masuk. Kalau dah beli tiket Air-Asia awal-awal, patutnya dah bleh cari tiket murah-murah ye tak?

Berapa lama?

Nak pusing London, 3-4 hari cukup dah. Lama-lama pun bosan gak.

Pusing-pusing London

Katanya ada bas dari airport London Stanstead (airport Air Asia turun) ke tengah London (London Victoria station) dalam 10 pounds. Tu da kira harga tetap la. Yang bestnya pusing London, sebab beli tiket harian, off-peak, bagi Zone 1 (tengah-tengah bandar) sampai Zone 4 (pinggir-pinggir sikit), baru dalam 6 atau 7 pounds untuk satu hari. Tiket tu bleh digunakan untuk naik bas dan naik tube. Dan naik la berapa puluh kali pun, dan sesatlah ke Zone mana pun (asalkan tak keluar dari stesen). Boleh kembali ke pangkal jalan dan takyah bayar extra. Baguskan.

Makan

Makan di London, kalau tak masak, bajetlah macam ini.

Sarapan: simple-simple jer. Bebenda yang boleh dibeli di Tesco seperti Cereal Bar, susu, cereal, keropok-keropok, roti, jem, tuna. 2 pounds untuk sekali makan, InsyaAllah dah kenyang dah tu.

Tengahhari: kalau sanggup mengulang benda yang sama. Lagi 2 pounds dah okey. Kalau nak makan sedap sikit, gi Malaysia Hall, makanan Malaysia ada. Anggarkan 4-5 pounds sekali makan (Abang Jun, kuantiti makanan tidaklah sangat kenyang bagi abang). Kalau nak sedap, lebih jimat, cari kedai ayam goreng halal kat Brick Lane atau area Whitechapel atau pergi jauh sikit ke Leyton (rumah Tahir). Ayam goreng atau burger, 3 pounds tuh dah kenyang la. Dah bleh dapat set yang 2-3 ketul dah tu. Okey apa, sekali ganda KFC jer.

Malam: Ulang menu tengah hari, atau sarapan kalau still nak jimat. Atau maggi yang dibawa dari Malaysia pun boleh.

Tiket-tiket masuk tempat menarik

London attraction termasuklah London Eye aka Millenium Eye. Tuh dalam around 14 pounds kot. Tak ingat dah. Boleh cari kat internet. Maddame Tussaud tuh, yang patung lilin tuh dalam 22 pounds. Kalau nak tour yang jimat. Takyah masuk langsung bebenda camtu. Pusing-pusing ja kat Buckingham Palace, tengok guard yang berdiri tegak tuh, Big Ben, jam besar tuh (kat SP pun kita ada jam besar, ye tak?) dan tangkap gambar berlatar belakangkan London Eye. Pastu masuk Muzim-muzium London yang berlungguk-lungguk ada. Kalau tak spend duit untuk place of interest, still lagi boleh pusing-pusing London dengan raknya.

Masih boleh pergi ke tempat yang Amy Mastura berpusing-pusing pun (Trafalgar Square). Mahadi, tak jumpa la video klip tuh dalam internet!

Shopping dan cenderahati

Mahal lah shopping sini. Cenderahati banyak kat tengah London (Bayswater atau Oxford Street), tapi er.. kalau dah budget holiday, takleh la nak bawak balik buah tangan banyak-banyak cam orang balik Mekah. So, beli jer key-chain ke, sebagai tanda da ke UK, tuh dalam 2 pounds. Pastu masuk Al fayed punya shopping complex, Harrods yang sangat mewah dan sangat ridiculous harganya untuk orang-orang marhaen macam kita. Takleh menggalas beg galas yer kat sini. Pakai smart sikit untuk orang-orang yang inferiority complex macam aku. Kalau tak kisah, pakai jer apa pun. Diorang sini mana peduli.

Kesimpulan

So jom kira berapa keperluan untuk budget holiday. Let say 4 hari lah. Baru puas dan berbaloi kan?

Tidur murah (4 malam) = 4*15 =60 pounds
Makan murah (4 hari) = 7*4 = 28 pounds
Jalan-jalan murah (4 hari) = 7*4 = 28 pounds
Stanstead airport ke tengah london = 2* 10 = 20 pounds
Terbeli benda-benda yang menarik = 30 pounds
Termasuk benda-benda menarik = 20 pounds

Jumlah = 186 pounds = RM1023 lebih kurang (pada kadar 1 pounds = RM5.50 sekarang)

That’s it. Yang paling penting, tempat tidur. Benda-benda lain agak fix dia punya variable. Kalau nak makin lama pun, it goes linear jer.Kalau nak jimat lagi, 3 hari ke, boleh la reduce sampai RM800.? Walau bagaimanapun, eloklah bawak extra 100pounds (RM 550 lebih kurang) kalau-kalau nak terbelanja lebih.

Percutian budget nih dalam anggaran korang pergi bercuti 2 orang sama ada korang sorang, dan kawan korang sorang lagi di UK, atau 2-2 orang dari Malaysia. Kalau sorang-sorang jer, jadi mahal lagi sebab tidur takleh share.

Kalau nak pergi bandar lain, tuh kita cerita next time bila aku terrajin yek.

Picture Time


2009
05.21

Hari ini bangun pagi dan pergi rumah Kam. Rosmin ikut sekali. Tujuan: menonton finale American Idol yang didownload dari internet. Rosmin dah tertengok sapa menang. Aku dan Kam dah berhati-hati tak masuk website-website yang spoil. Kam tak berani masuk MSN sebab takut terkeluar result. Aku pulak -awal-awal lagi dah set kan Yahoo Mail News aku kepada berita sukan.

Kam masak untuk brunch. So dah takyah masak.

Balik pulak, Izzat mempelawa aku giler-giler untuk join makan dengan dia dan Mohammad (officemate aku yang selalu datang melawat dia). So, lunch sudah tidak dimasak.

Makan malam.. takde sapa ajak. So kena masak sendiri (sigh). Giler malas. Er.. mug yang tak sempat basuh sebelum balik itu hari pun masih belum dibasuh. Bag pun belum dipack.

Kak Khalidah called aku waktu aku tengok American Idol. Entah camner aku tak cam suara dia. Siap aku tanya ‘ni siapa?’. Boleh tak tetiba terperasan kot secret admirer yang mengecall. Haha. I can’t believe myself for thinking that way as well. Over keh. (Presiden Persatuan, bila nak buat gathering dengan peminat. Ahaks)

Picture time! Dah berniat nak masukkan gambar-gambar (bagi men’challenge’ presiden persatuan). So here it is

Gambar di rumah. Makan nasik lemak. Muka toye sebab berjaga sepanjang malam. Lepas makan nasik lemak, barulah tidur waktu kat Malaysia ari tu.

Sawah bendang berlatarkan Gunung Jerai. Setelah berada di UK, aku mula menghargai keindahan tempat sendiri. Tapi takdelah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Bagi aku, sama-sama jer hujan batu kat mana-mana pun. Kat UK sejuk gedi tapi takde semut. Jadi boleh bermalas-malasan meninggalkan mug tidak berbasuh sebelum balik dan masih okey. Buat camtu kat Malaysia… err..

Senja di Tanjung Dawai. Lawa seh. Dulu, kadang-kadang datang pasar minggu Tanjung Dawai, lepak tunggu mentari terbenam. Good old days;)

Deretan kedai lama di Tanjung Dawai.? (Mahadi, sila tambah dengan ayat-ayat yang berbentuk sastera)

Bergambar dengan teacher dan Rofikhi selepas dibelanja Teacher Oslina kat Rivers of Flavours. Dulu waktu sekolah menengah, waktu aku masuk pertandingan BI, teacher akan hantar dan Rofikhi selalu ikut sekali, bagi sokongan moral a.k.a skip kelas secara berhemah:P

Boleh tak aku terlupa yang 19hb, hari aku balik UK tuh birthday ayah aku. Nasib baik la terbeli tiket waktu 19hb. Kalau beli 18hb, dah termiss. (Kat Kedah, wan = grandpa, tok=grandma. Tapi mak aku suruh panggil opah sebab nak retain memory pernah duk kat Perak dulu)

Sempat melantak KFC di Queensbay sebelum naik flight itu hari. Dulu biasanya singgah USM. Sekarang dek kerana Queensbay dah on the way ke Bayan Lepas, so singgah situ la.

Gambar kat Airport. Fariz dan anak-anak murid kak aku (bekas bebudak Pumpkin Race) turut menghantar. Okey apa tangkap gambar camni, dari berbaris lurus macam dulu-dulu. Walaupun Ju sedikit posing maut di situ.

Back for summer


2009
05.21

Dah summer ke? Dah kot.

Aku sampai tadi kat Durham dalam pukul 2. Check jadual solat. Asar masuk 5.30 lebih. Lepas Zohor pukul 4 da, aku terasa mengantuk. Check bila masuk Maghrib. Pukul 9.12 camtu. Ah, dah summer la nih. Hari dah panjang. Sempat tidur dekat kul 5 sampai kul 8

Flight

Flight okeh. Aku duduk sebelah seorang Malaysian bernama Zara. Dia kerja jap kat UK sebelum sambung PhD bulan 10 nih. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai (6 jam lebih), aku tak tido. Tengok Mall Cop dengan ulang tengok Bride Wars.

Kat Dubai, sempat pusing-pusing tangkap gambar. Memaksa Zara yang baru dikenali untuk tolong tangkap gambar. Pastu flight aku awal sejam dari flight dia (dia ke Birmingham), so aku naik dulu. Tidur jer dari Dubai ke Newcastle (7 jam setengah).

Newc

Flight baik dan smooth. Ada beberapa turbulence, tapi okey la. Cuma aku sedikit kaget sebab seorang mat saleh depan aku memegang kerusi depan dia bila turbulence agak kuat. Aku menyandar jer. Disebabkan dia lebih dramatik, tetiba terasa nervous lak.

Sampai Newcastle Airport, tetiba seorang pekerja airport menahan hendak check beg. Aiseh, dah la bawak banyak bilis, belacan dan juga cili kering. Lepas atau tak. Cepat-cepat buat muka tak bersalah. Dia check beg aku. Ada lagi beg galas dalam beg besar. Dia nak check jugak. So, ‘terpaksa’lah menunjukkan baju-baju yang tak dilipat (seperti biasa) dalam beg itu termasuk baju-baju kotor.

Dia duk tanya menda apa bagi setiap satu. Sekali dia tanya plastik yang ada belacan. Aku terfikir-fikir nak sebut apa. Last-last aku sebut ‘local dishes’. Nasib baik dia tak suruh buka. Kalau tak abis la berbau airport newcastle tuh.

Dia duk tanya banyak kali ada bawak ‘meat’ ke tak. Dalam kepala otak aku, duk terbayang daging lembu jer. Dan memang aku tak bawak pun. Tapi dah lepas blah, baru perasan yang dia merujuk pada daging babi. Swine flu sekarang ni kan…

Tapi takdela screening apa pun (merujuk soalan yan). Sebabnya tak praktikal nak screening setiap orang yang masuk UK. Bukan seorang dua. Aku dah tanya Abang Amir. Kecoh tak swine flu kat UK (Oh, kitorang panggil swine flu. Malaysia panggil N1H1). Dia cakap tak kecoh pun. So, okey la kot. Sampai tadi takde apa pun. Kat Penang dan KLIA ramai gak yang pakai mask. Kat Newcastle Airport, cam takde apa ja. So, okey la kot kat sini.

Sekarang 2.48 pagi. Subuh dah masuk 2.24 pagi tadi. Uh, kena readjust schedule tidur nih..

Waiting


2009
05.18

Menunggu

Dah pukul 3.39 pagi nih. Patutnya dah bleh check in online untuk Emirates flight. Katanya 24 jam sebelum flight (flight aku kul 2 pagi hari Rabu). Entah kenapa still takleh lagi. Ayah aku cakap ada notis takde karen esok pagi. So takleh tunggu last-last minute.

Reunion

Takdelah. Bukan reunion besar. Just petang tadi gi jumpa Puan Oslina, cikgu BI aku waktu sekolah menengah. Anuar patut pergi, tapi dia ada pitch untuk syarikat apa ntah. So, aku secara rawaknya menghubungi Rofikhi. Lucky me, he is here. Kitorang gi makan kat sebuah restoran bernama River of Flavours. Okey la. Baru jer semalam abang aku belanja kat er.. tak tau nama kedai tu. Makan lamb chop. Hari ni pun teacher Os belanja:D

Puan Noora (cikgu Maths aku) pun join sekali. Teacher Os bagitau student dia yang mengikuti blog aku. Dia kata, dia tahu yang aku balik pun sebab student dia bagitau dia. Wah, tak sangka la pulak silent reader aku termasuk anak murid teacher aku. Zeah, tu la sebabnya takleh buat gosip-gosip liar dalam blog ini. Nanti kang ader yang take it wrongly.. hehe

(P.S.: To my silent reader, Rahim, anak murid Teacher Os, good luck for your study!)