Archive for April, 2009

Takziah


2009
04.17

I ‘m expressing my deepest condolences to Mahadi (and family) for the death of his grandma yesterday. Dapat tahu dari mak aku tengah malam semalam. According to my mom, by this time, jenazah dah dikebumikan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. May Allah bless her.

Trivial


2009
04.16

Halal

Kedai halal dah dibuka hari ni. Dapat email dari mailing list. Esok la pergi check lepas Solat Jumaat. Weekend hari tu sempat beli ayam di Newcastle. Aku tolong belikan untuk Izzat. Pastu dia nak menggoreng ayam tuh, camtu jer, ala-ala time aku kat Brunel dulu. Aku terus bertukar kepada mode head chef sebentar. Introduce pada dia kunyit dan tepung goreng ayam.

Tepung goreng ayam tu agak sedap. Dia goreng extra dan ajak aku makan sekali itu hari. Lega dah takyah masak petang tuh.

Delilah

Projek Hey There Delilah dibekukan. Tengoklah macammana. Aku takleh reach a key. Sebab range aku tak luas la.

Paper

Alhamdulillah, paper aku diterima untuk work in progress. Ok gak la. Walopun bukan konferens yang sangat bagus, biasa-biasa jer (menurut sv aku), tapi one step at the time la.

Maths

Semangat nak buat educational video datang dan pergi. Sedikit tidak tahu di mana hendak start. Hm… tapi, InsyaAllah aku akan try buat jugak. Hopefully this project will go on for quite a while. We’ll see.

Komputer


2009
04.14

Ah ya. Betul, aku di bawah Department of Computer Science tetapi komputer ni luas sebenarnya. Banyak bebenda yang aku tak tahu, tapi orang mungkin assume tahu. Kak Nur baru minta tolong format. Aku cakap aku tak reti. So, question and answers time!!

1. Do you know how to hack a pc?

Soalan ni ditanya dua tiga hari lepas. Tidak. Aku tak tau. Abang aku tahu kot.

2. Do you know hot to format a pc?

Juga tidak tahu. Aku berharap pada abang dan abang ipar aku untuk buat benda-benda nih. Kat sini, kalau keadaan memerlukan untuk memformat laptop, aku sudah target Yusran.

3. What are you doing actually in Computer Science?

Aku punya course bawah bidang Geometric Computing, adik beradik Computer Vision. Tahu tak dalam Adobe Photoshop, kita ada tool untuk bagi blur, bagi sharp; ha.. tu untuk 2D image kan. Aku buat benda-benda tuh untuk 3D object punya. Lebih kurang la.

4. But you seems to know a lot of computer stuff

Aku suka memikirkan yang aku lebih kepada software. Terutamanya software berkaitan media editing. Sounds ke, image ke, video ke, aku tahu la nak guna software tu. More towards presentation kot. Tapi disebabkan bebenda media nih yang hasilnya boleh nampak, so, nampak macam gah la. Tapi sebenarnya, biasa ja.

My bro tahu bab-bab hardware, networking, database dan bebenda belakang tabir. Yang powerful sebenarnya tapi dek kerana kita yang marhaen ini guna komputer untuk surf web, so tak berapa faham benda-benda itu.

My bro in law juga berkenaan hardware, dan bleh jadi hardware advisor. He reads A LOT. So, kalau nak tahu processor apa lagi bagus dan bebenda seangkatan dengannya, that goes to my bro in law. Aku tak reti bebenda tuh.

Project: Giving back


2009
04.12

I need INPUT!

Aku rasa rata-rata pembaca aku terdiri dalam kalangan 20-an ke atas kot. Tak pasti pulak. But I got a project I wanna do for quite a long time. Now it is time to make it happen. Not singing, not lyrics writing, this is academic.

And a bit tailored for Malaysian (perhaps it’s still gonna be useful for my fellow friends in Brunei as well).

It is an academic project! And I wanna know some information.

Kepada sesapa yang ada adik-adik (atau korang sendiri) dalam Tingkatan 4 dan 5, bleh tak tanya diorang soalan berikut, dan tolong tinggalkan komen dalam post nih ya.

1. Untuk subjek Matematik (atau Math Tamb pun takpa), topik apa yang diorang confuse-confuse dan nak belajar?
2. Dan tanya jugak, diorang berminat tak kalau tunjuk ajar itu diberikan dalam Bahasa Malaysia?

What is this all about?

I’ve been doing a lot of video log and music translation on Youtube, so I think it’s time for some Youtube academic video. Hopefully it would interesting, dengan tunjuk ajar untuk buat Maths, dan boleh dijadikan video rujukan (=buku rujukan) kepada pelajar-pelajar Maths. I wanna make it a free project. And hopefully this is the way of giving back to the society if you got what I mean.

The purpose of this post. To get input. It’s better to start with something that students want. So, tolong yek tanya adik-adik korang yang Form 4 dan Form 5, topik apa yang diorang nak. Second, hopefully by writing this, I’m gonna make it serious. And hopefully it would be a good advertisement as well. Sebabnya, aku sebagai pemblog dan vlogger yang normal, mempunyai semangat untuk menulis dan buat video bila blog dan video banyak hits. Kinda motivation camtu.

So, that is the two questions I’m asking, and go, call your brother and sister; ask them:)
Dan bagitau diorang nih Form brapa ya. Or if you yourself are in Form 4 and Form 5, answer it!!
:)

A year


2009
04.11

Tup tup, hari ni dah genap 1 tahun 2 hari sejak aku sampai di Durham. Not bad. Made some few friends, submit my 1st year proposal, had my parents here, manage to go back to Malaysia, for the last month (since releasing I’m Yours Malay Version) I had 400+ hits for my overall videos everyday, received an ‘interesting’ fan mail (ahaks) and did some of video logs, couple of new translation songs and Amazing Race Durham. Episode 2 had just been released. Make sure you have watch it.

All that I have mentioned are something that you have already know if you’ve been following my blog (thanks for keep coming and leaving comments. Really appreciated it) except the ‘interesting’ fan mail which I only share with Mahadi, Zeah and Kak Khalidah so far. If I share it here, I’m the biggest jerk in the world, so I keep it down.

Ah, talking about being jerk, in a year, I might have developed the ‘jerk’iness in me quite a much. Being more cranky, hot-tempered and impatient. But hopefully that would be something I overcome in my own pace.

Gambar bebunga kat Framwellgate Moor punya roundabout. On the way balik. Nasib baik tetiba terserempak dengan mamat Jordan yang dulu mengaji kat USM tuh, Mahmud. Tak ingat sebenarnya nama dia. Tapi cari balik dalam blog, aku ada tulis dalam Raya, so dapat la ingat balik.

So, Year 2! I wish I’ll be better. That’s it!

And in short time, I will do the recording for Hey There Delilah Malay Version. So, stay tuned:)

Amazing Race Durham Episode 2


2009
04.09

Here is the finale. Who’s gonna win this game? Make a prediction, and enjoy:)

Remember HQ is available.

Part 1

Part 2

Ikan


2009
04.08

[Disebabkan tajuknya 'ikan', maka pos ini didekasikan kepada Kak Khalidah yang buat ikan di Australia]

I

Semalam aku beli ikan ‘sea bass’ di Tesco. Fish in its form. Ala, macam beli kat pasar Malaysia la. Sebab kat UK nih, ikan juga dijual dalam bentuk filet. Aku tak pernah lagi beli ikan seekor macam tu. Aku dah terfikir hendak bakar. Bukanlah sebab nak lebih sihat, tapi sebab kalo goreng, minyak kena guna banyak.

Sampai kat kolej kediaman, selepas bergossip panjang dengan Kak Khalidah dan kemudiannya kak aku; aku teringat yang aku tidak pernah besiang ikan sepanjang hidup. Alamak. Tapi bawak keluar jer ikan tu dari plasitik, rupanya memang diorang dah buang semua perut etc.

Tapi ikan lautan sini tak best. Ikan temenung jugak best. Sigh.

II

Aku teringat lama dah, pernah bersembang dengan ayah aku. Fasal ikan bakar. Ayah aku cakap, waktu zaman dulu-dulu, kalau ikan tu bergoreng, kira banyak/ada duit la. Sebab nak beli minyak masak pun mahal time tu. Ikan bakar waktu tuh untuk orang-orang miskin ja.

Tapi sekarang nih dah terbalik. Ikan bakar bukan main mahal lagi. Dia tambah lagi, sama la dengan ikan kering. Dulu ikan kering tu untuk orang-orang takdak duit. Sekarang nih…

Hehe.

III

Dulu host bro aku dari Jepun, Ken, pernah datang ke Malaysia dengan kawan-kawan dia (yang jugak aku kenal waktu gi Jepun dulu). Diorang datang rumah aku, so kitorang jamulah ikan temenung goreng. Sekali diorang angkat ikan tu seekor, dan nak meratah.

Menjerit kitorang suruh stop sebab ada tulang kan… Agaknya Jepun sama konsep dengan UK kot. Biasanya orang makan yang filet punya, yang tulang dah dibuang. Tapi, ‘kagum’ gak aku. Sampai tak tahu begitu sekali…

IV

Sejak kebelakangan ini, kurang selera makan. Tak tahu nak makan apa. Tak terasa nak makan pun. Sekalipun pizza. Sigh..

Tiga


2009
04.07

Satu

Amazing race Durham episod 1 sudah direleased. Tonton di sini. Episod kedua/final akan direleased Jumaat ini.

Dua

Rumah parents aku di Merbok kena pecah masuk semalam. Cash kena curi. Yang aku risaunya sebab mak aku macam sangat down dek kerana itu. Tambahan lagi rumah bersepah.

Dua doa. Pertama, aku doakan parents aku dapat cope dan get pass the issue. It’s already bad to lose some money and house damaged, it’s even worse to drag down the emotional stability with it. Hope they are fine mentally and physically.

Kedua, aku doakan pencuri-pencuri yang memecah masuk itu agar diberikan petunjuk and become good people in the society. Hopefully that would be their last act of breaking in. Amin.

Tiga

Baru balik dari Tesco. Sebelum tu, aku gi rumah sorang budak nih, bagi tutoring maths. Dia buat foundation kat Queensmary, University of London. Aku bagitau Mahadi, aku agak nervous sebab nak mengajar orang local. Kalau kat Malaysia, meskipun dah try mengajar dalam BI, tapi teruk-teruk BI pun, taklah kena complaint sangat.

But everything went well. Budak tuh (rasanya dalam 18, 19 tahun camtu kot) pun ada semangat hendak belajar. So, berjalan dengan baik lah.

Teaching is a theraphy for me. Ya ya, I know Kak Khalidah feels that cooking is her theraphy, Abang Tra would probably choose sleeping, and Mahadi? Taking pictures? But as for myself, it really makes me feel calm while teaching maths. Just maths! I tried with Science tapi mula serabut kepala otak. Terutamanya part-part biologi. Terasa tertekan sambil mengajar anak-anak murid (waktu cikgu sandaran kat SMK Bedong dulu) tentang floem dan xilem. Uh..

Ah, you know what I notice of teaching maths? This might sound a bit cheesy. It’s always interesting to see how brutal-looking people look so innoncent once they are learning maths. But. seriously, it is a bit annoying to see the face nerdy-so-called-innoncent people who thinks that they are good in maths (and they may actually do). Hopefully, I’m not one of them. Amin..

Amazing Race Durham Episode 1


2009
04.05

There you go. First episode of Amazing Race Durham. Discussion of eliminate players are allowed, so don’t scroll to the comment section until you watch it all. It comes in 2 parts (as Youtube doesn’t allow a video exceeding 10 minutes). And remember, for people with fast connection, High Quality version is availabe as well.

Part 1

Part 2

Bloom


2009
04.05

Hm.. tak banyak cerita sejak kebelakangan ini. Cerita-cerita peribadi adalah. Dan namanya cerita peribadi, tak dapatlah nak dishare di sini. Hasilnya terpaksa la korang mendengar cerita-cerita tentang sakit kaki. Takpe, bukan sakit hati, kira okeylah. Hati itu sakit, lain pula ceritanya.

Durham sudah semakin cantik dengan bebunga berkembang. Sudah satu tahun aku di sini. Lagi beberapa hari sebenarnya. Sebab sampai Durham 10 hb tahun lepas. Kawan Mahadi ada cerita pada aku. Dia dah duduk UK beberapa tahun. Dia cerita yang dia punya love life berkitar seperti musim. Jatuh cinta tika musim bunga, pastu breakup waktu musim sejuk. Aku senyum. Daripada Detektif Conan, aku belajar yang spring is season of love. Yeah, detektif conan. Bukan mana-mana teen flicks movie.

Nah, perhaps not in my case kot. I love to think that this new cycle, I will have a bunch of new friends who I can really have a deep friendship thingy. It is pretty suck to do stuff alone these days.

But I had going thru the phase and now I am alone but not lonely. Aku bagitau Mahadi yang aku dah rasa balik macam kat London dulu. Full of people, alone but not lonely. Aah, those crappy sweet days.

My mom express her concern. ‘Dok kawan dengan sapa sekarang ni?’. She knows I am kinda lone ranger since Zeah and Arni gone home. Terpaksa lah aku mengekspresskan nada ‘macho’ menunjukkan yang aku tidak apa-apa di sini. A trick I learnt since I’ve been here. Always… ALWAYS show that I’m fine. Kalau tak parents are gonna be worry. But they are my parents. They know me better I bet. I can try to fake it, but well…

Amazing Race Durham

Amazing Race Durham release esok. Jangan lupa tengok. Satu episod dalam 15 minit jer. Saja tak didragkan sampai 40 minit (40 minit = episod standard realiti tv US). Lagipun takdelah scene naik kapal terbang:)

But I think it’s gonna be a fun show. Lagipun this might be the first time of you guys seeing me editing for reality show. Dulu aku ada edit The Mole, properly. Satu season 6 episod. Satu episod 20 minit. Tapi dek kerana tak dapat consent dari peserta-peserta, takleh la nak publish dalam YouTube.

Anyway, Amazing Race Durham! Tomorrow guys!

Hey There Delilah

Ini projek yang berjalan di background. Dah dapatkan sikit sumbangan lirik dari blog. Sudah diproof heard oleh Zeah. Telah berdiskusi dengan Mahadi. Dan sekarang tengah menunggu respon balas dari Halim. Bab-bab ayat-ayat indah nih, kena bagi Halim lah. Aku punya style, straight forward jer. Tapi memandangkan orang yang translate lagu This Is Me kepada Siapa Aku untuk Suki pun; lirik diorang pelik jer meskipun professional, aku taklah peduli sangat, ye tak. Diorang Disney, aku.. ahaks.

So, hopefully Hey There Delilah will be released in shortly after Amazing Race Durham final episode. Wah. Ala-ala datang sini buat mass-com pulak. Ahaks:)