define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Packing - Pagi Hari di Durham

Packing

Packing

7.06 petang. Barang belum dipacking. Baru lepas makan ayam bakar dalam oven (ayam dibakar dalam oven, bukan makan dalam oven). Tangan masih berbau kunyit + kari. Oh, esok balik. Mahadi dan Kam telah di’rekrut’ untuk mengejutkan pukul 9. Biasanya asal nak balik Malaysia, aku takleh tido malam. Terlebih teruja.

Sempat berplan dengan Kam kelmarin (mesyuarat bus stop) tentang Amazing Race punya projek. InsyaAllah Cardiff would be our next location (ala – ala crew tv buat pengambaran lak). Mahadi setuju nak join. So, macam agak best.

Situasi

Seorang mamat bernama Syazwan contact aku melalui YouTube. Dia minta aku nyanyi lagu Situasi oleh Bunkface dalam BI. Dia kata dia dah terjemah. Aku dengar dalam lagu tu first time dalam Youtube. Wah, macam susah jer nak terjemah. But he had done a good job. So, lepas aku release lagu Hey There Delilah versi BM, lagu Situasi is on the line.

Bursary

Alhamdulillah, hari ni sudah siapkan bebenda yang penting sebelum balik. Sudah hantar laporan satu tahun kepada KPT. Mahadi cakap, ‘kenapa tidak hantar sahaja di Malaysia?’. Tidaklah sebaku itu. Lebih Kedahan.

Aku cakap, ‘tak best la, nanti diorang perasan kat Malaysia lak’.

Kemudian Mahadi mengingatkan kawan kitorang, Kak Pah (as in Sharifah Aini, nama glamer dia) kerja kat KPT. Kalau dia menjengah ke blog aku tahu jugak. Aku cakap, mudah kerja KPT sekarang nih. Kalau nak tahu student-student study atau tidak, masuk ajer blog, lengkap lagi laporan termasuk hal-hal peribadi berkaitan emosi dan perasaan (probably bukan aku) dan aktiviti harian dalam bentuk bergerak (probably aku).

Tadi, ‘ter’dapat result sepatutnya bagi kerja yang tengah work on. So, agak happy jumpa supervisor untuk tunjukkan hasilnya. Plus, kolej kediaman aku ada tawarkan returner bursary. Aku dapat, Alhamdulillah. So, yuran penginapan tahun akademik akan datang (mula bulan 9), kurang la sikit kena bayar. Boleh la disimpan untuk membeli buku dan keperluan pengajian… er.. who am I kidding to? Boleh la disimpan untuk turun Newcastle atau shopping benda-benda yang tak perlu. Oh tak, perhaps boleh disimpan untuk balik Malaysia lagi?

Kelmarin

Kelmarin (as in yesterday), Abang Amir datang ke bilik bersama keluarga. Sempat mendukung Amni dan merasuah kasih sayang dengan biskut Oreo (perlu cerita kerana Kak Dijah tidak habis-habis dengan anak orang Iran itu. Iran kah?)

Kak Na sempat approve yang bilik aku memang panas. Aku sangat spoiled di sini keh.

Notice board

Semalam, bosan-bosan (walaupun banyak kerja nak kena buat), sempatlah aku menangkap gambar notice board dalam bilik, dan melabel apa yang aku pinkan di situ.


4 Responses to “Packing”

  1. Kamilah says:

    tmw 9am! InsyaAllah! hahaha.. skarang ni pun dah pukul 1am!

  2. alien mulut besar says:

    Am, its Iraq, bukan iran..kekeke
    Have a safe journey okeh!

  3. Kamilah says:

    Have a safe flight!

  4. WaReMoN says:

    Dah sampai bagitau la noh ;)

Leave a Reply

See also: