Malam Ini

Dundee

Baru lepas beli tiket ke Dundee untuk bulan 6 ini. Mahadi punya konvo. Agak tidak best sebab bulan 6 ini sudah pack jadual lepas 15hb.

16 – 19hb gi Cardiff untuk conference.
Konvo Mahad 25 hb.
Research Day department 26hb!

Nampaknya lepas sahaja konvo tamat, perlu bergegas balik ke Durham. Tak apalah Mahadi ya. Bukannya kita hendak ‘have a toast’ di mana bar-bar berdekatan pun, ye tak? Oh, tapi tak dapatlah gi random movie watching.

Beli tiket awal sangat untung. Naik train yang 3-4 jam, bayar return sebanyak 13.50 pounds sahaja. Lebih kurang RM70. Durham -> Dundee lebih kurang 370km, macam Penang ke KL, kot.

Pack

Izzat, flatmate aku tanya sama ada aku sudah pack barang atau belum. Belum. Kam pun tanya hari tu. Walaupun aku sedikit tertanya-tanya, perlukah pack barang awal-awal. Aku suka pack barang night before departure. Barulah sedikit bersemangat. Plus, tidak banyak pun barang yang nak dibawa balik. Tauk saja baju-baju dan seluar. Tidak perlu dilipat. Sumbat-sumbat ajer.

Yang penting, senarai barang eletronik aku termasuk charger bateri, charger phone Nokia, charger phone Sony Ericcson (aku selalu ada problem spelling Ericcson).

Tapi, list hari tu ada lagi dalam blog di sini. Boleh guna pakai.

Balik

Balik Jumaat ini masih terasa abrupt. Tidak lagipun menelefon kakak aku, hendak tahu kalau-kalau dia ingin menjemput. Abang aku yang patut datang. Tapi dek kerana selalu sangat balik, tak perlulah beramai-ramai datang jemput, ye tak? Aku cakap kat kak aku, aku balik lagi kerap berbanding waktu dia duduk di Sarawak dulu. Ye lah, dulu takde AirAsia (walaupun aku taklah balik dengan AirAsia pun).

Video

Sambil tidur petang, aku convert video. Video 3 minit lebih lagu Hey There Delilah versi Bahasa Melayu itu amik masa 2-3 jam untuk convert. Giler lama.. Dari aku tidur sampai aku bangun tidur, baru abis. Sentap.

Tapi final product sedikit mengecewakan. Entah aku tersalah setting, gambar terhasil blur. So, kena convert lagi sekali. Esok lah, waktu nak pergi seminar 2 jam setengah. Sigh.


5 Responses to “Malam Ini”

  1. alien mulut besar says:

    Tulah Am..ko tammo buh nama jad Hey there khadijah..mesti tak blur gambo =p

  2. abg am mmg tak reti ejer nm phone tuh..dulu..kini n selamanya..oppss, jgn marah yek..haha..

  3. ayam yg suka menyamar menjadi alien says:

    “Tauk saja baju-baju dan seluar. Tidak perlu dilipat. Sumbat-sumbat ajer.”

    Haha! Am is still Am. Never changed.. Hehe!!

  4. ayam yg suka menyamar menjadi alien says:

    ……………………………………..
    (masih terkesima dgn twist Amazing Race tadi!)

    Takde kena mengena kena ini post pun!

  5. WaReMoN says:

    Terkesima, sedap perkataan tu..tp aku lupa maksudnya..apa ya?

    Tu la weh, dah buh ‘Hey There Dalilah’, ang buh balik ‘Hey There Delilah’..kan dah blur gambar, muahahaha~ XD

Leave a Reply

See also: