Mode: Jiwang + rindu
Ku ingin berjalan di kala bulan purnama
Merentasi tiang-tiang cahaya
Mendakap dada dengan kedinginan suasana
Berhenti di tengah lapang
Dan duduk memeluk lutut
Mencari bintang-bintang
Yang terlindung dek cahaya kota
Ku ingin berdiri di puncak dunia
Melihat laluan cahaya
Bingit di kala senja
Lengang pabila malam tiba
Duduk di atas batu
Biar angin membawa berita
Ku ingin duduk di kala pahlawan bertempur
Sambil tangan memegang tinta
Bangun sekejap untuk berkata
Kembali duduk lalu ketawa
Melihat emosi berpadu suara
Hati ini terasa ceria
Ku ingin mendengar lagu irama
Sambil tersenyum ku ikut serta
Kaki memijak, tangan kemudi
Mata melihat kebesaran Illahi
Panas terik yang aku rindu
Mereka yang ramai ingin kutemu
Ku ingin berayun di atas buaian
Letakkan kepala di atas riba
Nasihat diberi juga cerita
Sebak hati biar dipendam
Usah ada apa di mata
Tunggu sahaja berlabuh malam
Jawapan:
(Takde soalan pun bleh ada jawapan ek)
I : Lepak kat tengah padang kawad USM
II: Lepak kat Bukit HEP USM
III: Lepak kat Bilik Mesyuarat Aman, tengok bebudak debat
IV: Drive kereta ke Labu Besar
V: Lepak atas buaian depan rumah
P.S: Nih menyerap aura orang lain nih (jeling orang-orang berkenaan). Tetiba tersentimental plak.
“sebakdihati biar terpendam” very true indeed. Biar terpendam dalam agar tiada yg dpt mengesan kesebakkan di lubuk hati.
tiada kata yg mampu ku luahkan melainkan ‘poyo lar abg am nih!!!’..kah3
sentappppppppppppp!!!
haha… ku ingat am nk versi-omputihkan lagu syafinaz tu… tp rupanya ku silap tajuk n konsep. anyways, it’s raw n beautiful. congrats!
ku paling suka rangkap 1st.
yg lain-lain tu dh mcm jd skrip bangsawan… hehe!
Jiwang siot..ang berjiwang dgn sapa tu? Haaaaaa~~~~ XD
Zeah, yup yup. Be strong! Hehe
Nurul, keji keji.
Kak Dijah, er.. sekali sekala…
Halim, oh, ader ke lagu Syafinaz bertajuk sama?
Fariz, jiwang dengan diri sendiri.
betul ke u tulis nih? eh eh tak leh jadi ni.. u and halim are actively writing whereas i just wrote a bunch of articles jek here and there! aghhh tensen… tapi cant do anything abt it. am going for dpa-six monts ptd course in mid-may.. so memang i kena let go a lot of stuff for a while and pick them up again in dec. tahun depan memang kena write something nih!
huh..sahla dh bejangkit dengan mahadi ni =p
seb baik dh siap dgn jawapan,kalo x jenuh gak nk kerut dahi ni..hehe
iNa-
uiks… mengeji di ruangan blog orang lain. nak kene nih.
hellop…do u have facebook…can we add each other