Balik

Balik

Ah ya, balik Malaysia Jumaat nih (buat-buat seperti orang tidak tahu). Kenapa? Saja.

Ada yang bertanya, ‘nak kahwin atau nak bertunang?’. Dari mana datang idea itu? Kalau setiap kali balik hendak bertunang/berkahwin, sudah masuk ketiga lah bilangan isteri. (Tiba-tiba teremosi tidak tentu pasal).

Tanyalah ‘Hendak buat Pumpkin Race lagikah?’ Barulah lebih logik.

Susulan cerita Ku Ingin, aku pun mencari-cari tiket untuk pulang. Air Asia? Tidak. Kata sahaja penerbangan murah. Tapi kalau tak ditempah awal, harga tiketnya lagi mahal. Aku beli tiket seminggu sebelum balik, dapat yang murah dengan Emirates. Cuti Easter sudah tamat. Jadi dah kurang orang pergi bercuti.

InsyaAllah Sabtu ni, 2hb sampai di Penang.

19hb, balik semula ke sini. Pidin dah ajak jalan-jalan. Yusran pun jemput ke kenduri kahwin dia. Tapi tengoklah. Cadang macam tak mahu ke mana-mana.

Tiga

Sejak dua hari lepas, aku bergaduh dengan orang 3 (3 ialah syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi etc). Aku baru tersedar yang aku bayar lebih daripada apa dijanjikan. Aku telefon customer service punya orang, dia cakap aku memang kena bayar banyak tu. Aku bergaduh sebab aku cakap waktu aku upgrade, takde pun kata kena bayar extra.

Sehari lepas tu, aku tak putus asa. Aku telefon lagi. Dia cakap aku still kena bayar banyak tuh. Aku hang up telefon setelah melepaskan aura kemarahan aku.

Aku sedikit geram. Aku ingatkan hidden charge. Walaupun servis kat UK selalunya tak main tipu-tipu hidden charges. Last-last aku masuk homepage 3, ada webchat dengan customer service.

Aku pun cerita sekali lagi kat mamat ini. Taip lebih mudah. Senang nak copy paste. Dia tolong check. Alih-alih dia sedar yang sebenarnya lepas aku upgrade plan, diorang tak bagi aku discount yang menyebabkan aku bayar dari sepatutnya. 8 pounds sebulan dia caj lebih. Dah 4 bulan. So, dia sort out dan aku pun dapat balik 36 pound aku (dibawa ke bil, so kira next month tak yah bayar la).

Dalilah

Lagu Hey There Delilah akan direlease soon. Aku tak brapa suka pun. Tapi dek kerana Zeah dan iNa dah bagi approval, so aku pun siapkan la.


7 Responses to “Balik”

  1. diyana says:

    abg am,blk ni leh jenguk kami training integriti.
    huhuhu

  2. awin says:

    eh, balik lagi?

    kagum

  3. zeah says:

    balik malaysia nanti… boleh lah singgah brunei sehari dua… hehehehehe….. dah dekat dah tue… kita pegi minum kopi pastu kau balik lah malaysia (Ala-ala malaysia brunei seperti dari durham nak ke newcastle…) hehehe

  4. Lutfi Amri says:

    diyana, InsyaAllah

    awin, ha ah.

    zeah, ko je lah datang Malaysia. Amik cuti weekend. Okey aper?

  5. WaReMoN says:

    Weh Lutfi..ang patut ckp ‘Semenanjung Malaysia’, kalau ang ckp ‘Malaysia’ je..Zeah bleh jalan kaki pegi Sabah/Sarawak ja (Malaysia gak tu)..nanti ang yg kena terbang ke Sabah/Sarawak plak..hehehehehe XD

    Lagu ang dah bertukar ke ‘Hey There Dalilah’ ke?? Baru Melayu sket, yiehaa~~~~

  6. zeah says:

    ok jugak aku dtg malaysia, aku tunggu kat miri sarawak. Betul jugak ckap WaReMoN tu. Hehe. Cakap mesti specific. Hahaha.

  7. Emmy Hermina says:

    tahun ni, i dah bercuti 2 kali, cuti yang agak lama la. like almost a week. everytime pun orang tanya benda yang sama, bertunang ke??? the first time they asked i was so surprised. then i realise that i am coming to that age where people will start asking. the second time people ask, i just said ‘…lama lagi…’

Leave a Reply

See also: