Archive for April, 2009

Packing


2009
04.30

Packing

7.06 petang. Barang belum dipacking. Baru lepas makan ayam bakar dalam oven (ayam dibakar dalam oven, bukan makan dalam oven). Tangan masih berbau kunyit + kari. Oh, esok balik. Mahadi dan Kam telah di’rekrut’ untuk mengejutkan pukul 9. Biasanya asal nak balik Malaysia, aku takleh tido malam. Terlebih teruja.

Sempat berplan dengan Kam kelmarin (mesyuarat bus stop) tentang Amazing Race punya projek. InsyaAllah Cardiff would be our next location (ala – ala crew tv buat pengambaran lak). Mahadi setuju nak join. So, macam agak best.

Situasi

Seorang mamat bernama Syazwan contact aku melalui YouTube. Dia minta aku nyanyi lagu Situasi oleh Bunkface dalam BI. Dia kata dia dah terjemah. Aku dengar dalam lagu tu first time dalam Youtube. Wah, macam susah jer nak terjemah. But he had done a good job. So, lepas aku release lagu Hey There Delilah versi BM, lagu Situasi is on the line.

Bursary

Alhamdulillah, hari ni sudah siapkan bebenda yang penting sebelum balik. Sudah hantar laporan satu tahun kepada KPT. Mahadi cakap, ‘kenapa tidak hantar sahaja di Malaysia?’. Tidaklah sebaku itu. Lebih Kedahan.

Aku cakap, ‘tak best la, nanti diorang perasan kat Malaysia lak’.

Kemudian Mahadi mengingatkan kawan kitorang, Kak Pah (as in Sharifah Aini, nama glamer dia) kerja kat KPT. Kalau dia menjengah ke blog aku tahu jugak. Aku cakap, mudah kerja KPT sekarang nih. Kalau nak tahu student-student study atau tidak, masuk ajer blog, lengkap lagi laporan termasuk hal-hal peribadi berkaitan emosi dan perasaan (probably bukan aku) dan aktiviti harian dalam bentuk bergerak (probably aku).

Tadi, ‘ter’dapat result sepatutnya bagi kerja yang tengah work on. So, agak happy jumpa supervisor untuk tunjukkan hasilnya. Plus, kolej kediaman aku ada tawarkan returner bursary. Aku dapat, Alhamdulillah. So, yuran penginapan tahun akademik akan datang (mula bulan 9), kurang la sikit kena bayar. Boleh la disimpan untuk membeli buku dan keperluan pengajian… er.. who am I kidding to? Boleh la disimpan untuk turun Newcastle atau shopping benda-benda yang tak perlu. Oh tak, perhaps boleh disimpan untuk balik Malaysia lagi?

Kelmarin

Kelmarin (as in yesterday), Abang Amir datang ke bilik bersama keluarga. Sempat mendukung Amni dan merasuah kasih sayang dengan biskut Oreo (perlu cerita kerana Kak Dijah tidak habis-habis dengan anak orang Iran itu. Iran kah?)

Kak Na sempat approve yang bilik aku memang panas. Aku sangat spoiled di sini keh.

Notice board

Semalam, bosan-bosan (walaupun banyak kerja nak kena buat), sempatlah aku menangkap gambar notice board dalam bilik, dan melabel apa yang aku pinkan di situ.

Bantu aku melawan Kak Dijah!


2009
04.27

Nota: Post ini kepada orang-orang yang bosan sahaja (people who are bored, not boring people, but if you are boring as well, what can I do about it, sigh. Ahaks).

Semalam, selepas bangun tidur petang, tetiba terkena post-effect tidur petang. Rasa lemah, tidak bermaya dan sunyi. Mem’buzz’ Kak Dijah untuk diajak gossip. Tidak dijawab. Klik link yang Kak Dijah bubuh di YMnya. Oh, game untuk orang bosan-bosan.

Trylah. Agak boleh tahan jugak. Target aku ialah untuk mengatasi level Kak Dijah dan menunjuk-nunjuk pada dia (objektif yang sangat over keh)

Kalau nak cuba di sini.

lutfiamri.mybrute.com

Salah satu benda yang bagus website gaming ini kerana takyah register panjang-panjang. Just boh password, then done deal. So, tak terdedah kepada website yang nak kumpul email untuk tujuan spamming. Trylah kalau korang bosan-bosan.

Malam Ini


2009
04.27

Dundee

Baru lepas beli tiket ke Dundee untuk bulan 6 ini. Mahadi punya konvo. Agak tidak best sebab bulan 6 ini sudah pack jadual lepas 15hb.

16 – 19hb gi Cardiff untuk conference.
Konvo Mahad 25 hb.
Research Day department 26hb!

Nampaknya lepas sahaja konvo tamat, perlu bergegas balik ke Durham. Tak apalah Mahadi ya. Bukannya kita hendak ‘have a toast’ di mana bar-bar berdekatan pun, ye tak? Oh, tapi tak dapatlah gi random movie watching.

Beli tiket awal sangat untung. Naik train yang 3-4 jam, bayar return sebanyak 13.50 pounds sahaja. Lebih kurang RM70. Durham -> Dundee lebih kurang 370km, macam Penang ke KL, kot.

Pack

Izzat, flatmate aku tanya sama ada aku sudah pack barang atau belum. Belum. Kam pun tanya hari tu. Walaupun aku sedikit tertanya-tanya, perlukah pack barang awal-awal. Aku suka pack barang night before departure. Barulah sedikit bersemangat. Plus, tidak banyak pun barang yang nak dibawa balik. Tauk saja baju-baju dan seluar. Tidak perlu dilipat. Sumbat-sumbat ajer.

Yang penting, senarai barang eletronik aku termasuk charger bateri, charger phone Nokia, charger phone Sony Ericcson (aku selalu ada problem spelling Ericcson).

Tapi, list hari tu ada lagi dalam blog di sini. Boleh guna pakai.

Balik

Balik Jumaat ini masih terasa abrupt. Tidak lagipun menelefon kakak aku, hendak tahu kalau-kalau dia ingin menjemput. Abang aku yang patut datang. Tapi dek kerana selalu sangat balik, tak perlulah beramai-ramai datang jemput, ye tak? Aku cakap kat kak aku, aku balik lagi kerap berbanding waktu dia duduk di Sarawak dulu. Ye lah, dulu takde AirAsia (walaupun aku taklah balik dengan AirAsia pun).

Video

Sambil tidur petang, aku convert video. Video 3 minit lebih lagu Hey There Delilah versi Bahasa Melayu itu amik masa 2-3 jam untuk convert. Giler lama.. Dari aku tidur sampai aku bangun tidur, baru abis. Sentap.

Tapi final product sedikit mengecewakan. Entah aku tersalah setting, gambar terhasil blur. So, kena convert lagi sekali. Esok lah, waktu nak pergi seminar 2 jam setengah. Sigh.

Balik


2009
04.26

Balik

Ah ya, balik Malaysia Jumaat nih (buat-buat seperti orang tidak tahu). Kenapa? Saja.

Ada yang bertanya, ‘nak kahwin atau nak bertunang?’. Dari mana datang idea itu? Kalau setiap kali balik hendak bertunang/berkahwin, sudah masuk ketiga lah bilangan isteri. (Tiba-tiba teremosi tidak tentu pasal).

Tanyalah ‘Hendak buat Pumpkin Race lagikah?’ Barulah lebih logik.

Susulan cerita Ku Ingin, aku pun mencari-cari tiket untuk pulang. Air Asia? Tidak. Kata sahaja penerbangan murah. Tapi kalau tak ditempah awal, harga tiketnya lagi mahal. Aku beli tiket seminggu sebelum balik, dapat yang murah dengan Emirates. Cuti Easter sudah tamat. Jadi dah kurang orang pergi bercuti.

InsyaAllah Sabtu ni, 2hb sampai di Penang.

19hb, balik semula ke sini. Pidin dah ajak jalan-jalan. Yusran pun jemput ke kenduri kahwin dia. Tapi tengoklah. Cadang macam tak mahu ke mana-mana.

Tiga

Sejak dua hari lepas, aku bergaduh dengan orang 3 (3 ialah syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi etc). Aku baru tersedar yang aku bayar lebih daripada apa dijanjikan. Aku telefon customer service punya orang, dia cakap aku memang kena bayar banyak tu. Aku bergaduh sebab aku cakap waktu aku upgrade, takde pun kata kena bayar extra.

Sehari lepas tu, aku tak putus asa. Aku telefon lagi. Dia cakap aku still kena bayar banyak tuh. Aku hang up telefon setelah melepaskan aura kemarahan aku.

Aku sedikit geram. Aku ingatkan hidden charge. Walaupun servis kat UK selalunya tak main tipu-tipu hidden charges. Last-last aku masuk homepage 3, ada webchat dengan customer service.

Aku pun cerita sekali lagi kat mamat ini. Taip lebih mudah. Senang nak copy paste. Dia tolong check. Alih-alih dia sedar yang sebenarnya lepas aku upgrade plan, diorang tak bagi aku discount yang menyebabkan aku bayar dari sepatutnya. 8 pounds sebulan dia caj lebih. Dah 4 bulan. So, dia sort out dan aku pun dapat balik 36 pound aku (dibawa ke bil, so kira next month tak yah bayar la).

Dalilah

Lagu Hey There Delilah akan direlease soon. Aku tak brapa suka pun. Tapi dek kerana Zeah dan iNa dah bagi approval, so aku pun siapkan la.

Boating in Durham


2009
04.24

Bila musim bunga tiba, ada boat rental di Sungai Durham. Tak pernah try sebelum ni. Maka, aku pun mengajak Rosmin untuk gi cuba. Sesampainya kitorang di dock, mamat penjaga boat me’psycho’ kitorang terlebih dahulu. Tanya ada pengalaman ke tak. Aku kata tak. Rosmin kata ada sikit-sikit. Pastu teringat yang aku pernah jer cuba kayak kecik kat Tasik Harapan. Tapi, taklah sama kan.

Dia sambung me’psycho’. Katanya, terjemahan ‘kalau tak biasa, nanti kang berputar-putar di tempat yang sama’ dan ada potensi nak berlaku kemalangan sebab dilanggar boat-boat lain. Aku sedikit ter’psyched down’. Tapi kitorang menyahut ‘cabaran’ dia dan try out.

Best woo. Tangkap gambar + sempat buat video lagi (ahem) dan kemudian bawa gambar tu ke rumah Kam/Kak Nur dan menjeleskan diorang. Here are some of the pix. BTW, Malaysian with family yang membaca blog ini, bawalah keluarga anda ke sana. Diorang ada boat untuk family. Harga sekepala untuk dewasa ialah 4 pounds sejam.

Perasan ala-ala kat Venice

Ini gambar sedang mendayung. Kam dan Yusran mempertikaikan kata aku tengah posing sahaja. Weh, dayung tu terangkat lah. Or let say, knowing that pictures is taken, just pose all the time eh.

Melepasi Old Elvet Bridge. Betul kot tu namanya.

Rosmin berposing:D

Dek kerana tak puas lagi, aku call company boat tuh untuk bagitau kitorang nak lebih masa. Walaupun lebih 20 minit, brader yang jaga tuh caj kitorang 1 pound jer extra. Blakang tu Prebends Bridge, final pitstop of Amazing Race Durham

Itik-itik yang berposing berbelakangkan boat yang kitorang naik (No 28 tuh).

1 week


2009
04.23

Whoa. 1 week time? I couldn’t believe myself either.

Kak Khalidah said that I was not that excited. Yeah, coz it’s feels like a need more than a necessity. Well, I should stop debating with myself.

1 week time.

(more…)

I am Amri


2009
04.22

or perhaps Lutfi? Sekarang nih, asal tulis email, aku kena jeling dulu sapa yang aku hantar. Dah nak taip ‘Amri’ waktu nak hantar email kat Abang Amir, pastu teringat yang orang-orang Durham panggil Lutfi. Hendak tulis ‘Lut’ bila nak hantar email kat supervisor, tapi teringat yang aku membahasakan diri sebagai ‘Ahmad’ pada supervisor aku. Sedikit konflik nama.

Oh, tadi lepas balik shopping di Tesco, tengok episod baru Heroes, ‘I am Sylar’ (hence why the title of this post is that). It’s pretty annoying of how a show that good, can turn out to be a bit of crap. Heroes was a very creative show back in season 1. Not when they decide to do this and that in Season 2 and getting more and more abscure in Season 3. The reason I’m still watching Heroes is because of Hayden P.., tidak tahu eja last name dia. Uh, not really. I’m still watching Heroes because of I still appreciate the creative script writing they have. Not so indulging anymore, but still creative.

Last night was a bit off for me (hence the writing of Ku Ingin). I have the urge of going home which is weird considering life is pretty good these days. I talked to Kak Khalidah about it, and she gave me the same response when I talked to Tahir back in 2007. I told Tahir that I wanna go home, expecting him to say that I should stay, or spend the money touring Europe, but instead he told me to follow my heart.

So, I’m open to the option. Perhaps ask my supervisor about it tomorrow (today actually, meeting at 3 and now is 1.36am) and see how does it goes.

Sesi tutoring aku berakhir hari ni memandangkan anak murid aku dah nak balik London tadi. Got some few good sessions. Tadi, aku terperasan buku Dragon Ball kat rumah dia. Aku capai dan buka. Conformlah BI, tapi aku tak tahu pulak diorang ada terjemah buku Dragon Ball dan dijual di UK. Sempatlah bergossip sekejap fasal Dragon Ball Evolution.

Sekarang Subuh masuk awal. Pukul 3 pagi camtu dah masuk. Hari dah semakin panjang, so agak best bila gi berjalan-jalan sebab Maghrib masuk dalam kul 8 malam lebih. But it is Durham. Pukul 6 petang, dah lengang. Uh, sad..

Ku ingin


2009
04.20

Mode: Jiwang + rindu

Ku ingin berjalan di kala bulan purnama
Merentasi tiang-tiang cahaya
Mendakap dada dengan kedinginan suasana
Berhenti di tengah lapang
Dan duduk memeluk lutut
Mencari bintang-bintang
Yang terlindung dek cahaya kota

Ku ingin berdiri di puncak dunia
Melihat laluan cahaya
Bingit di kala senja
Lengang pabila malam tiba
Duduk di atas batu
Biar angin membawa berita

Ku ingin duduk di kala pahlawan bertempur
Sambil tangan memegang tinta
Bangun sekejap untuk berkata
Kembali duduk lalu ketawa
Melihat emosi berpadu suara
Hati ini terasa ceria

Ku ingin mendengar lagu irama
Sambil tersenyum ku ikut serta
Kaki memijak, tangan kemudi
Mata melihat kebesaran Illahi
Panas terik yang aku rindu
Mereka yang ramai ingin kutemu

Ku ingin berayun di atas buaian
Letakkan kepala di atas riba
Nasihat diberi juga cerita
Sebak hati biar dipendam
Usah ada apa di mata
Tunggu sahaja berlabuh malam

Jawapan:

(Takde soalan pun bleh ada jawapan ek)
I : Lepak kat tengah padang kawad USM
II: Lepak kat Bukit HEP USM
III: Lepak kat Bilik Mesyuarat Aman, tengok bebudak debat
IV: Drive kereta ke Labu Besar
V: Lepak atas buaian depan rumah

P.S: Nih menyerap aura orang lain nih (jeling orang-orang berkenaan). Tetiba tersentimental plak.

Evolution


2009
04.19

Bangun dalam pukul 11. Terasa hendak menonton Dragon Ball Evolution. Terus amik train pukul 2 ke Newcastle.

Ken (host brother aku di Japan) dah bagi negative review. Ina (x-USM) pun bagitau yang Nas (x-USM) bagitau dia yang Dragon Ball Evolution tak best. I kinda expect it’s gonna be bad. Tapi dek kerana dah mengikuti manga Dragon Ball dulu, maka aku pergi jugak tengok. Nak tengok macammana diorang translate ke movie.

Abis tengok. Hm… bit frustrating. Masalahnya cerita Dragon Ball tu sendiri rich with storylines. Jadi usaha dia nak mempack semua cerita yang ada ke dalam satu movie – agak kurang berjaya.

I bet every fan of Dragon Ball are going to be frustrated with the movie. I think that it’s okay. Okay la. Sesetengah orang suka giler kartun Dragon Ball kan? Aku tak suka. I’m still frustrated with the cartoon even though it’s seems like it is close to the manga. It changed too much. So, I’m gonna put the movie and the cartoon on the same par.

Anyway, there’s new anime called Dragon Ball Kai. Yang mana anime nih sebenarnya dari kartun dulu jugak cuma kali ni lebih faithful to the manga. Diorang digitally enhanced yang lama dan potong bab-bab yang ditokok tambah. I’ve just watched the first episode, and yup, it seems about right.

Gathering


2009
04.18

Hari ini ada gathering perpisahan. Salah seorang Malaysian kat Durham, Cikgu Talib dah berjaya sempurnakan pengajian PhD dia. Big congrats for him. Diorang buat kat dewan depan rumah aku jer, so aku pun pergila. Dah lama gila tak join aktiviti-aktiviti orang-orang Malaysia kat sini.

Appropriate reason – busy with work. With the 1-year presentation and work-in progress paper for a conference. Well, that reason is valid and legit.

But honestly I won’t think that would be a total honest. Honestly I was kinda secluding myself a bit. Going through something. But hey, I don’t have to tell that. It is so obvious and trivial, innit? If you know what I mean (jeling Kak Khalidah).

Anyway. The gathering was fun. Mengambil inspirasi dari Kak Dijah, aku juga ingin menunjuk-nunjuk gambar yang aku amik.

Makanan yang dihidangkan. Pot luck semuanya. First time aku turut menyumbang home-cooked meal. Ayam yang sebelah kanan bawah itu aku bawak. Tetiba terasa nak buat ayam bakar dalam oven dek kerana kedai halal dah dibuka kat Durham. Kira kesyukuran dek kerana dah ada kedai halal kat Durham. Please know that I may be talking about this kedai halal for lot of time because it’s a huge thing to have it here.

Kalau tak, kena gi Newcastle yang akan mengambil masa 10 minit jalan, 12 minit train, 10 minit bas, masa menunggu lagi = pergi balik termasuk shopping dah 2-3 jam. Sekarang nih, kalau jalan kaki pergi balik, 20 minit jer.

Uh, tapi still masih beruntung dari orang-orang Geelong sebab takyah la spend sampai 70km untuk mencari daging halal (jeling Kak Khalidah lagi).

Bergambar waktu pengacara majlis tengah bagi ucapan. Belakang aku, Rosmin. Diorang nak minta aku edit video untuk satu program. Ustaz Fauzi ada tengok video aku dalam Youtube. Memula dia mention Amazing Race Durham. Okey la. Aku okey lagi. Pastu dia mention video aku menyanyi-nyanyi. Ah, terus rasa panas muka. Segan giler.

Oh, ada juga gambar aku mendukung anak Faizal. Dan gambar itu tidak diambil secara paksaan okeh.. (jeling balas pada Kak Dijah), tapi nanti aku dok bubuh gambar semua budak yang aku dukung dalam blog, nampak cam psycho pulak. So, that’s it.