[Post ini merupakan post cerminan / post dari sudut pandangan lain terhadap post Mahadi di yang bertajuk Catatan Dua Tiga Hari Lepas]
1. Sempat update ketika di Dundee. Aku pergi ke Dundee petang Sabtu. Sebelum sampai di stesyen keretapi, aku tak dapat call Mahadi. Masuk mailbox. Rupanya dia ke Poundland dan takde coverage dalam tuh. Nasib baik kurang 5 minit sampai, aku dapat call dia balik. Kalau tak susah gak sebab aku tak tahu rumah dia kot arah mana.
2. Petang itu tidak buat apa-apa. Mahadi tak bercadang nak masak sebab Abang Tarmidi buat makan-makan untuk bebudak lelaki bujang. Jadi, dinner dekat sana saja. Ramai jugak bebudak bujang kat Dundee, kebanyakannya yang undergrad. Kat Durham sikit sebab banyak undergrad kat kampus kesihatan di Stockton. Salah seorang kawan Mahadi lambat terperasan yang aku dah pernah datang Dundee dulu. Sebabnya waktu aku pergi waktu abis Master, rambut aku panjang. Tengok gambar di sini. I prefer my short hair better.
3. Ahad pagi pergi carboot. Salji siap turun lagi dan aku sangat tidak bersemangat hendak menengok-nengok dalam sejuk-sejuk begitu. Mahadi beli banyak jugak barang walaupun peniaga carboot kali ni tak ramai. Kalau ramai? Hm..
4. Tengah hari pergi melawat Zahiruddin kat Abbotsford Street. Zahiruddin aku kenal waktu kem BTN dulu. Lunch kat sana. Aku baru tahu yang Kak Ina dah tujuh bulan. Aku doakan semuanya selamat. Main-main kejap dengan Luqman dengan Balkhis. Sesekali teringat anak-anak menakan aku kat Malaysia.
5. Petangnya pula gi rakam video untuk lagu cuba. Suasana kat luar sangat sejuk. Aku lak buang baju tebal yang aku pakai sebab kononnya nak nampak cool sikit. Tapi masih nampak nerd jer. Kitorang tak pergi jauh-jauh. Setakat shoot dekat jalan yang tak ramai orang dekat rumah Mahadi.
6. Teringin nak gi tengok movie. Dan Mahadi dapat pinjam kereta orang Dundee. Pukul 10.30 baru abis tengok. Punya la susah nak cari parking kat rumah Mahadi, 3-4 kali gak kitorang pusing.
7. Mahadi ada meeting kul 10 pagi. Aku sempat bangun kejap untuk tukar tempat parking sebelum Mahadi nak bagi kunci kereta pada tuan empunya. Lepas balik, aku buka laptop. Tetiba terasa tilam Mahadi memanggil-manggil. Aku tak mahu mengecewakan panggilan itu. Jadi aku pun tarik duvet dan tidur.
8. Aku terjaga sekejap sekejap. Pukul 1 atau pukul 2, masih lagi terasa malas hendak bangun. Niat jamak ta’khir. Boleh tidur panjang sikit. Mahadi sms aku tanya sama ada dah bangun atau belum? Aku capai dan balas sms cakap ‘tak’. Pastu sambung tidur sampai pukul 4.30.
9. Pukul 5 petang lebih, Mahadi sampai rumah. Aku baru jer dalam setengah jam lebih bangun. Sudah makan sebab Sandi, housemate Mahadi ada masakkan telur dadar Indian style. Ada rempah lagi. Mahadi nampak keletihan sebab sepanjang hari keluar kan..
10. Mahadi masak tom yum seafood malam itu. Dan juga buat telur dadar tapi Malaysian style. Kitorang makan bertiga termasuk Sandi sekali.
11. Sangat segar malam itu. Mahadi masuk tidur awal juga. Aku suruh dia tidur sebab dah nampak tak bersemangat sangat. Aku tak tidur langsung. Programming Matlab dan buat editing video klip Cuba. Siang tadi sudah tidur seharian so taklah mengantuk. Lapar jer. Abis biskut Mahadi atas meja, yang kemudiannya aku tahu sudah setahun dibeli. Okeylah, aku tolong perabih.
12. Pagi Selasa Mahadi hantar aku ke stesyen keretapi. Dalam 15-20 minit juga berjalan kaki. Tak jauh sangat pun rupanya. Lepas sampai, aku balik kejap bilik hantar beg dan pergi jumpa supervisor. Bagus tak trick. Seolah-olah seharian di Durham tapi sebenarnya baru sampai dari Dundee.
seronok baca entry cerminan..haha. Gambar berambut panjang tu sedikit rock, rambut pendek nampak lebih suci..haha
Baru akak perasan..Am memang tak suka mengecewakan sesiapa pun..dan apa pun..termasuk tilam, kan? haha
Tilam memanggil2 siot..”Lutfi~ mari~” (mendayu2)