Archive for March, 2009

TAR Durham Release Date


2009
03.31

Haha, kinda make it sound like an official thingy.

Guys and girls, and participants, the first episode of The Amazing Race Durham will be released on 6th of April, Monday morning (Malaysian time).

The second, which is the final episode will be released on Friday, 10th of April 2009.

*Contestants, Kam’s friends who had watched the unfinished version, Abg Tra, and etc; please dun spoil who got eliminated and who wins yeah. Cheers:)

Rawak di pagi hari 3


2009
03.29

Tak Best

Kak Dijah cakap fasal dia tak post beberapa entry yang ditaip kerana rasa tak best (Rujuk Apekah). Dalam 2-3 hari lepas, aku sebenarnya dah taip fasal macammana aku berjaya mendownload rapidshare sekarang ni dan beberapa perkara lain, tapi, in the end tak post sebab tetiba terasa gaya penulisan tidak menarik. Kalau terasa gaya penulisan menarik, meskipun sedikit jiwang (cecece..), post jugak kan…

1 hour

Daylight Saving Time sudah berakhir (ke bermula?). Pukul 1 pagi tadi, orang-orang UK yang masih tidak tido akan menganjakkan jam ke pukul 2 pagi. Kalau laptop, dia tukar automatik. Handphone Nokia aku (ini handphone nombor UK) pun tukar automatik. Handphone Sony Ericsson aku (ini handphone nombor Malaysia untuk orang antar mesej rindu-rindu tapi aku tak balas sebab RM2 sekali balas) tidak berubah pun secara automatik. Jadi sekarang nih, beza UK dan Malaysia dah jadi 7 jam sahaja.

Sempat bersembang dengan Yusran tentang hal ini.

‘Sabtu nih tukar jam kan’, Yusran cakap.

‘Eh, Ahad laa..’, aku mulakan mode defensive.

‘Sabtu malam, betul la kan?’, Yusran terconfused.

‘Ahad pagi.. betul la tuh,’ aku gelak sebab samanya apa yang kitorang cakap tapi dari pandangan yang berbeza.

Yusran tiba-tiba memperingatkan aku waktu DST bermula tahun lepas. Sebab waktu tu kitorang tukar waktu beramai-ramai sebab melepak kat rumah Zeah untuk main board game. Ah, those sweet time:)

Rapidshare

Hasil pertolongan abang aku, sekarang aku sudah dapat mendownload file-file rapidshare. Tapi prosedurnya semacam sukar, aku akan tangled up in lines kalau bercakap tentang hal itu. Secara mudahnya, kitorang setup satu komputer di US sebagai server. Sebenarnya boleh jer kalau setup komputer kat rumah Mahadi pun secara teorinya. Pastu aku remote control komputer tu dari sini untuk download file-file rapidshare, dan kemudian pindah masuk dalam laptop aku melalui FTP.

Cara ni boleh digunapakai sebab Durham Uni block IP rapidshare.com. So, for now, takyah la nak consider pindah keluar. Tapi sebenarnya agak best jugak kalau dapat pindah ke tempat yang dekat sikit dengan department aku. Sekarang nih aku memang naik bas sebab kalau jalan kaki, mau dekat 40 minit kot. Tak pernah try plak. Tapi dek kerna kedinginan UK dan kawasan berbukit, aku tak jadikan itu sebagai option. Bas jer. But anyway, bilik sekarang ni suam. So, aku tidak cranky. That’s good.

Earth Hour?

Actually I’ve been reading about Earth Hour from Naz’s blog. And one of the Malaysian over here send us email through Yahoo Group. I don’t think Britons really heard about the news as there are not reminder whatsoever either from the department newsletter or college newsletter or student union newsletter. So I guess that there’s not much of promotion happening here in UK.

But I guess I answered the call by doing what I so-called promised in Naz’s blog which is sleeping. Yeh, and it’s not just 1 hour baby! It’s like.. 1,2.. er.. more than 7 hours:D

So proud of myself. Yeah, right.

Catatan Hati


2009
03.28

[Post ini mengandungi unsur-unsur jiwang yang tidak keterlaluan. Tidak sesuai kepada pembaca-pembaca yang anti-jiwang, juga kepada pembaca yang menganggap aku sebagai 'cool'. Oops, sentap! Haha. Sekali-sekala jiwa kacau, apa salahnya. Tak gitu Kak Dijah:]

I

Kenapa perlu takut untuk bersuara?
Aku malu.
Bukannya kamu perlu berdrama. Hanya sampaikan apa yang terbuku di hati. Biarpun sakit menerima jawapan, tapi kamukan pasti.

II

Mengapa kamu perlu jatuh hati dengan lelaki seperti itu?
Aku tidak bisa melawan kata hati. Bukannya dipaksa. Rasa itu datang sendiri.
Apa yang dia janjikan padamu?
Dia mahu mencuba.
Itu sahaja? Dia kata dia suka padamu?
Tidak. Tetapi kalau tidak cuba, manalah dia tahu.
Aku tidak faham.
Apa yang kamu tidak faham?
Mengapa kamu mahu menyakiti diri sendiri tika kamu tahu yang dia sekadar biasa.
Kerna aku rela sakit dari tidak mengambil peluang.

III

Katanya dia tidak berperasaan terhadapku lagi. Dia jatuh cinta pada orang lain.
Siapa kau di matanya?
Bahan eksperimen.

IV

Kamukan ‘hot stuff’. Diminati begitu ramai.
Tapi hatiku hanya milik si dia.
Si dia yang tidak tahu?
Ya.
Kenapa tidak kau pilih dengan yang pasti.
Kerna biar sakit menunggu dari sakit berpura-pura.

V

Dia katakan tidak kepadamu. Apa yang mahu kau buat?
Tidak berbuat apa-apa. Kami masih sahabat.
Ah tidak. Aku tahu kamu masih berharap suatu hari nanti dia akan berubah hati.
Siapa mampu berkata yang itu tidak mungkin terjadi?
Aku.
Siapa kamu yang begitu pasti.
Aku – yang sudah menyakiti begitu ramai hati.

VI

Salahkah jika aku rindu padanya?
Ya. Kerna kau mahu sesuatu yang lebih.
Aku rindu sebagai seorang sahabat.
Aku ragu-ragu.
Tidak ada apa akan terjadi antara kami. Tapi dia insan istimewa.
Kalau sekadar itu yang kamu fikirkan, aku mengalah. Mungkin kamu betul.
Kalau aku tipu?
Aku harap kau tidak. Kau tidak sedar yang kau juga istimewa untuk dilukakan begitu.

VII

Mengapa hati ini mahukan sesuatu yang tidak bisa dicapai?
Kita terlalu banyak menonton tv.

VIII

Sahabat, berikan aku satu nasihat.
Nasihat apa?
Apa-apa pun.
Hidup saja seperti biasa. Semuanya sudah tertulis.
Tanpa usaha?
Siapa kata kau perlu goyang kaki. Usaha dan doa.
Doa agar dia milikku?
Tidak. Doa agar kau kan punya yang terbaik untukmu.
Biarpun terbaik itu bermaksud aku akan hidup sendiri?
Kau sangat dramatik.
Jawab!
Benar. Jika itu yang terbaik untukmu.
Aku tidak mahu.
Pandang masa hadapan.
Bila aku berusia separuh abad? Hidup sendiri tanpa teman.
Tidak. Pandang masanya bila kau akan hidup selamanya.
Oh.

IX

Kau begitu baik terhadap ku. Kau sajalah jadi temanku.
Tidak, aku bukan yang terbaik untukmu.
Tidak apa. Aku pun tidaklah baik sangat.
Er…

X

Kita masih sahabat kan?
Ya.
Aku tidak takutkan kamu?
Tidak.
Kenapa engkau begitu ‘cool’
Aku sudah pernah menyakiti dan disakiti. Aku perlu belajar memaafkan.
Tipu. Kau manusia tak berperasaan.
Ah, itu benar juga.

Sigh


2009
03.27

6.13 petang.

Maghrib lagi 15 minit+ camtu. Sudah plan untuk tido sebaik sahaja solat. Tadi terjaga pukul 4 pagi dek kerna angin seperti menghentam bangunan. Henry, flatmate aku cakap yang dia terasa bangunan bergegar. Aku tak terasa pun. Mungkin daya pengamatan aku tidak sebaik itu. Oh ya, aku memang ignorance.

Angin kuat sejak kebelakangan ini. Sempat membeli baju baru minggu lepas walaupun telah over-budget untuk suku pertama tahun ini. Jaket. Cadang hendak pakai tika mentari bersinar terang dan suhu sudah semakin naik. Tapi dek kerna angin yang kuat, terpaksa pakai baju yang tebal. Sigh.

Tekak sedikit sakit. Hari ni sakit tekak jer. Rasanya macam demam semalam. Aku pun confuse sama ada demam ataupun keletihan disebabkan tidak cukup tidur + tidur berlebihan. Biasanya untuk satu hari, tidur tak cukup, menyebabkan hari berikutnya tidur berlebihan. Jadual tidur pelik. Aku peduli apa.

Analoginya beginilah. Kalau orang mahu kuruskan badan, diet, bersenam, tahan lapar. Kalau orang lelaki hendak nampak lebih sasa, pergi ke gym. Kalau orang perempuan hendak nampak lawa, pakai ini dan itu. Kalau aku nak siapkan kerja, apa lah salahnya tidur tak cukup.

Logik yang murahan. Sepatutnya gaya hidup seimbang. Sigh.

Aku bersembang dengan kak aku dan Mahadi tentang isu ini. Tahu tak pensyarah-pensyarah yang seperti dull dan tidak ada skill sosial? Kak aku cakap jangan jadi macam itu. Aku cakap pada Mahadi, ‘I think I’m becoming one of those’. Aku beritahu kak aku, pada saat ini, aku tidak peduli. Biarlah kalau itu terjadi asalkan dapat abiskan pengajian ini dengan jayanya. Sekarang ini sangat malas bersosial. Bukan sahaja di dunia nyata, malah di dunia digital. Mahadi perasan yang aku sudah tidak appear online lagi dalam YM. Tidak appear busy juga. Benar-benar hidup di dalam gua. Nasib baik ada internet. Uh, hidup yang menyedihkan. Sigh.

Oh, sudah 6.30. Sudah masuk Maghrib. Tak sabar hendak tidur. Kalau diteruskan menulis, lagi banyak perkara negatif akan tercatat. Maklumlah, aku bukan sahaja cranky apabila lapar. Juga cranky apabila mengantuk. Doa agar cranky boleh ditolak sekejap untuk melaksanakan kewajipan. Dan biasanya tidak akan cranky di depan supervisor. Orang lain… terpaksa menghormati ke’cranky’an ini. Buruknya perangai. Sigh.

The Call


2009
03.26

[Lagu latar: BSB - The Call. Cari sendiri dalam Youtube]

Aku terasa yang Yusran ada call waktu aku tidur petang semalam. So, aku hantar mesej pada dia, ‘ko ader call aku ke semalam? Kenapa?’

Yusran called aku dan ketawa. Dia cakap yang dia terasa yang aku macam tak berapa sedar, tapi aku menjawab dengan betul soalan yang dia tanya.

Hah? ‘Apa yang ko tanya?’, aku tanya dia balik.

Dia bagitau aku soalan dia tentang software, dan seriously, aku tak ingat langsung aku jawab. ‘Ko tahu software Origin tak?’, Yusran ulang balik soalan dia. Dia cakap aku jawab ‘tak’.

Pastu dia cakap yang dia ada nak tanya soalan tapi dia terlupa. Dia bagitau aku sempat mem’bitchy’ dan cakap ‘nanti ko ingat ko call aku baliklah!’. Wah! Sentap. Mampu mengekspresi perasaan dalam keadaan tidak sedar.

Teringat waktu kecik-kecik dulu, dalam Darjah 1 atau 2, mak aku selalu tanya aku nak makan sarapan apa untuk pagi tu. Bihun ke nasi goreng. Tapi waktu tu aku selalu cenderung untuk menjawab yang aku taknak makan. Pastu tanya mak aku, ‘kenapa mak masak nasi goreng hari ini?’. Mak aku jawab yang aku mintak yang tuh.

Uh, bahayanya ‘kebolehan’ mampu menjawab dalam tidur. Nanti terkeluar benda-benda yang tak sepatutnya. Sigh…

Yes Man


2009
03.25

[Post kedua hari ini]

Yes

Baru lepas tengok Yes Man. Tengok kat laptop ja. Tengah credit crunch sekarang nih. Aku tak suka Jim Carrey sebenarnya. Sebab dia punya personaliti cam sedikit hyper. Tapi trailer cerita ini agak best. And honestly I love this movie. Sangat memberikan inspirasi. Cerita fasal Carl yang hidupnya membosankan berubah apabila dia bercakap ‘Ya’ kepada semua benda. Tetiba terasa macam kursus-kursus motivasi yang cheesy bila aku cakap camtu.

Anyway. I like it. Grabbing the opportunity. Hm.. sounds nice. I think I’m gonna keep my attitude that way. Not sure whether I am.

Talk to Mahadi about moving out. Really for the wrong reason – because Durham Uni blocks filesharing site. ‘So, hang nak pindah keluar ka?’, Mahadi tanya. Aku cakap, ‘if there’s a good place. Why not? Just grabbing the opportunity’. Hm.. good step eh.

Australia

Sempat bersembang dengan Kak Khalidah. VOIP ke Aussie mahal. 5pence per minute. Kalau ke Malaysia 1pence. Ke Brunei 1.5pence. Aku tersentap bila Kak Khalidah bagitau yang kat Australia takde unlimited broadband. Sedikit tidak percaya. Come on, it is Australia. I thought that country is quite popular globally. It’s like saying Nicole Kidman doesn’t have big house, if you know what I mean.

Aku ragu-ragu dengan kenyataan Kak Khalidah. Maka aku surf homepage Virgin Australia. Sebab Virgin UK ada sediakan unlimited broadband yang laju (masih lagi mode dengki kat Mahadi). And I was shocked that they don’t have one of those in Australia. It is limited. Capped at 5GB for around RM100.

Uh, better slow streamyx than fast limited broadband.

Aku harap kalau ada sesapa yang dalam proses ke Australia (jeling Kak Dijah) atau ingin menyambung pelajaran kat Australia supaya tidak hilang motivasi dek kerna tidak ada unlimited broadband.

Uh, dok kat Durham kena block rapidshare pun dah jiwa kacau nak pindah bilik. Kalau dok kat Australia, mau nak kena pindah benua tuh.

Open Project 3: Hey There Delilah


2009
03.25

Semalam hantar work-in progress punya paper. Dah pening-pening kepala sejak minggu lepas. Hari ni baru release sikit. Terus terasa nak work on another new project. So it’s time for Open Project!!

And the song is “Hey There Delilah”. First, sebab lagu ni cam popular. Second, sebab aku dah make peace with this song (this is note for Mahadi). Third, sebab lepas buat versi serious, aku cadang nak buat versi ‘keji’ untuk kawan kita yang jauh itu (this is note for Kak Dijah).

Walau bagaimanapun, it’s time for an open call for lyrics translation. Penat ah buat sendiri sorang-sorang, plus aku terus blank bila sampai part ‘it’s what you do to me’. Nah translate apa ntah dalam BM.

So here’s how things work. Kalau korang ada idea bagi mana-mana verse (termasuk Verse 1 dan 2 yang telah diterjemah), tulis nombor verse, dan terjemahkanlah. In the end, nanti aku pilihlah mana-mana yang aku berkenan:)

Ini demonya:-

Ini liriknya

Verse 1:
Hey there Delilah
What’s it like in New York City?
I’m a thousand miles away
But girl, tonight you look so pretty
Yes you do
Times Square can’t shine as bright as you
I swear it’s true

Terjemahan Verse 1:
Wahai Delilah
Apa khabarmu di sana
Biarpun di hujung dunia
Ku tahu kau sihat-sihat sahaja
Sinaran malam kota raya
Kaulah punca

Verse 2
Hey there Delilah
Don’t you worry about the distance
I’m right there if you get lonely
Give this song another listen
Close your eyes
Listen to my voice, it’s my disguise
I’m by your side

Terjemahan Verse 2
Wahai Delilah
Usahlah merenung jauh
Dengarkanlah lagu ini
Tika kau terasa sunyi
Pejamlah
Suaraku kan menemani
Kau di sana

Verse 3
Oh it’s what you do to me
Oh it’s what you do to me
Oh it’s what you do to me
Oh it’s what you do to me
What you do to me

Verse 4
Hey there Delilah
I know times are getting hard
But just believe me, girl
Someday I’ll pay the bills with this guitar
We’ll have it good
We’ll have the life we knew we would
My word is good

Ulang Verse 3

Verse 5
A thousand miles seems pretty far
But they’ve got planes and trains and cars
I’d walk to you if I had no other way
Our friends would all make fun of us
and we’ll just laugh along because we know
That none of them have felt this way
Delilah I can promise you
That by the time we get through
The world will never ever be the same
And you’re to blame

Verse 6
Hey there Delilah
You be good and don’t you miss me
Two more years and you’ll be done with school
And I’ll be making history like I do
You’ll know it’s all because of you
We can do whatever we want to
Hey there Delilah here’s to you
This one’s for you

Congrats


2009
03.23

[Post kedua hari ini]

A big congratulation for my sister for passing her viva for Masters in Translation. She was doing mix-mode in USM and as for her dissertation, she chose ‘Translation of Songs’ as her topic, one of the reason why I was actively doing translation of songs as inspired by her. And she was the one who did translation for Faizal Tahir’s song. I’m so proud of her. They even asked her to present her disso this August as they find it interesting. Again, I’m so proud of her:)

To be honest or not to be?


2009
03.23

This is my conflict of the hour. To make it clear, it is not a relationship related topic.

Honesty can be a cultural concept. Seriously. If you are in Japan, and you are being too honest about everything – of how awful the cloth of the person you talk to, or how uncool it is for him/her to do something; you’ll be in big trouble. That is the east of the East. West is different. You gotta tell what you want otherwise you won’t get it. My classic story of ‘trying to be polite’ and answering ‘no’ for a drink offer had taught me that I had to speak up if I want something, otherwise I would be thirsty, at least for that case.

So here’s my so-called conflict. I’ve been put in charge to do something which is very good. And I’m not being sarcastic here. But I’m kinda don’t wanna do it. Reason? Hm.. that’s where I have the conflict. How do I tell that I just don’t want to be involved because I’m lazy?

Should I be honest or not to be?

I have friends and I used to be honest. My high school friends, Muzaini, Anuar, Khairul, Mahadi etc used to come to my house all the time. And when I’m tired of having them around, I did tell them straight to their face to go home because I just wanna be alone. First, they are seriously good friends for still being friends with me. I would recommend them to anyone for date and friends because of that matter (except Khairul coz he got someone, oops, Dr Khairul. Anuar already has wife and a son). Second, that’s why I kinda find it irony for people saying that I’ve changed after coming back from UK coz I was basically like that even when I was back in Malaysia. Third, I found it amusing when people over-respect me coz honestly, I did those stuff. Call me average, I feel better.

Anyway, they are friends. It is easy to tell them an honest reason. They don’t have to tell me sugarcoating reason either. I asked my friend for a trip to Japan. He’s not into it, so he told me. He doesn’t have to give excuses of he wanna do saving, or he will be busy with study and stuff.

Friends are in different league. Being honest seems like a good idea.

What about not-so-close people. Now I have a choice of sugarcoating something which might eventually means a lie or just give some obnoxious reason but the truth. I did once (or perhaps many, but now I can think of one), and it kinda weird when someone suddenly ’sentap’ because of it.

A very respectful person (and again, I’m not being sarcastic. He is) asked me of why didn’t I join doing this good thing. Well, over the time these are the reasons I’ve heard which is valid and sounds fine.

1. Not having time because of jam-packed class.
2. Not having transportation as the public transportation networking is bad (either you are in rural areas or in Durham)
3. Having other commitments which you can’t get out of it.
4. Doing final year project or research which requires undivided attention and bad timing. (Reminds me of my debate/bio friends – Kak Bibah who has to go to lab at midnight because her bacteria is calling her. She was doing microb)
5. Having illness which suppress your activity.

But no.. I didn’t pick one of those. Instead I told this respectful guy, ‘I was lazy…’. He was ’sentap’. He deserved to respond that way for my honesty. I’m feeling good and bad at the same time. I feel bad for making him ’sentap’. I feel good for not lying. I was…

1. having a lot of free time which is why I always there for debate training – my first year until the end, a short period of unfinished Masters in USM, and even when I was doing the tutoring.
2. not having transportation issue. I got motorcycle back then.
3. having a commitment and that is to go home during weekend (or once every 2 week). My debate friends know that. But well…
4. having a final year project but I am in no way being in the same shoes as Kak Bibah. I am doing my lab (Matlab) at midnight because I choose to.
5. Alhamdulillah, I had no sickness which avoid me living my life.

All of those explanation. Now I wonder.

What should I say for this non-wanted position I am given now?

Should I say ‘I’m busy with my work, because now I’m really starting my research extensively. I’ve been having a lot of trouble sleeping and been a little bit depressed. I was just finished going through 1st year presentation and now working on a project for a conference’. I am not lying for that. But I should continue saying ‘oh yeah, by the way, I haven’t been missing any of the latest season of Amazing Race and The Apprentice. And so not Heroes. I even watch Paris Hilton’s My British Best Friend but I’m kinda ashamed to admit that.’

Or should I give a simple gonna-be-sentap statement of ‘I’m lazy and not in the mood of socializing’ and put an end of it.

To be honest, or not to be?

Hm…

Iklan HSBC


2009
03.22

Berikut dipaparkan transkrip chat aku dengan Kak Dijah. Moga-moga boleh jadi pedoman untuk pelajar-pelajar Malaysia yang nak sambung belajar di luar negara.

Kak Dijah
akak nak bawak cash 2:43 AM
gila tak 2:43 AM

Aku
wah 2:43 AM
gila 2:43 AM
hah, HSBC la penyelesaiannya 2:43 AM

Kak Dijah
sebab kat sana nak bukak commenwealth bank 2:43 AM

Aku
(mode iklan balik) 2:43 AM
taaaak 2:43 AM
buat camni 2:43 AM

Kak Dijah
*sangat duta hsbc* 2:43 AM

Aku
itulah 2:43 AM

Kak Dijah
meh ajaq 2:43 AM

Aku
akak buka akaun HSBC 2:44 AM
kat malaysia! 2:44 AM
pastu pindah masuk suma duit kat situ 2:44 AM
kecuali duit poket 2:44 AM
akak akan dapat kad ATM 2:44 AM
dan kad ATM tu bleh digunakan untuk bawak keluar duit kat aussie 2:44 AM
bila jumpa HSBC bank 2:44 AM

Kak Dijah
seriously? 2:44 AM
wahhhh 2:44 AM

Aku
dia akan convert terus 2:44 AM

Kak Dijah
gituhhhhh 2:44 AM

Aku
bukan sahaja kat Aussie akak (mode makcikmakcik) 2:44 AM
tetapi seluruh cawangan HSBC seluruh dunia 2:45 AM

Kak Dijah
hahahahahaa 2:45 AM
ic 2:45 AM

Aku
lagi satu keuntungannya 2:45 AM

kak Dijah?
*iklan sangat!* 2:45 AM

Aku
katakanlah akak bershopping sakan sehingga habis duit kat bank Aussie 2:45 AM
mak dan bapak nak hantar macam mana? 2:45 AM
masuk ja dalam HSBC 2:45 AM
pastu terus boleh bawak keluar dari sana 2:46 AM

Kak Dijah
hahaha 2:46 AM
ok2 2:46 AM

Aku
kalau akaun akak masuk CIMB, gunakan perbankan online, terus bleh pindahkan 2:46 AM

kak Dijah
bijak2 2:46 AM

Aku
So, gi bukak HSBC sekarang juga! 2:46 AM
(giler mode iklan) 2:46 AM

kak Dijah
baikkkk 2:46 AM
*sangat iklan….*

****Nota: Kalau terikat dengan KPT, kena juga buka akaun kat bank negara belajar. HSBC sebagai medium sahaja.
****Nota 2: Kalau orang HSBC bahagian marketing baca, aku sanggup dihire untuk menjadi Duta HSBC di UK:D